PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA
1.4
LETUPAN
Letupan kadang kala berpunca daripada kebakaran. Bahaya letupan yang
biasa didapati di makmal disebabkan oleh:
i)
Kebakaran gas
ii)
Cecair dan pepejal mudah terbakar
iii)
Tindak balas eksotermik
iv)
Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan
perklorat
v)
Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam
keadaan serbuk halus boleh meletup (natrium,zink, aluminium).
1.5
EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA
1.5.1
Penyalaan Hidrogen
Sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakannya di tempat yang jauh
daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api
biru.
1.5.2
Campuran Yang Mempunyai Klorat
Jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah
teroksida seperti fosforus
atau sulfur.
1.5.3
Pemanasan Ammonium Nitrat
Sebahagian
kecil darpadanya mungkin meletup bila
dipanaskan. Proses
1.5.4
Natrium dan kalium
Gunakan sedikit bahan sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh meletup
walaupun segaja langkah pengawasan baginya dijalankan.
Kalium yang tersimpan lama akan bertukar menjadi kuning hendaklah
dimusnahkan dengan cermat dengan menukarnya
menjadi garam.
1.5.5
Asid
i)
Dilarang menuang air ke dalam asid pekat
ii)
Bila hendak mencairkan asid pekat tuang asid
ke dalam air serta kacau
larutan tersebut.
iii)
Jangan sesekali mencampurkan asid pekat dengan klorat.
1.5.6
Cecair Yang Mudah Terbakar
Jangan sesekali meletakkan cecair yang mudah terbakar di tengah
panas atau berhampiran sebarang sumber
haba, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya
letupan.
1.5.7
Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalak menjalankan apa-apa
amali yang melibatkan penggunaan alatan bervoltan tinggi.
1.5.8
Barang-Barang Kaca Bagi Kerja Tekanan Tinggi
dan Rendah
Salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal
dan berada dalam keadaan yang baik.
1.5.9.
Demonstrasi
Dalam demonstrasi yang melibatkan penggunaan radas bervoltan
tinggi,tekanan tinggi, bahan radioaktif, tindak balas cergas dan
sebagainya,pastikan pelajar berada di jarak yang selamat. Jika keadaan
memerlukan supaya mereka berada dekat,
pengadang yang sesuai hendaklah digunakan. Pelajar-pelajar
hendaklah diberitahu tentang bahayanya.