PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH

Google

MENYEDIAKAN LARUTAN LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL BIOLOGI

1 : LARUTAN  BENEDIT 

CARA MENYEDIAKANYA:

Larutkan 174g natrium sitrat, 100g natrium karbonat dan 17.3 g kuprum sulfat dalam air suling menjadikannya 1 liter. 

KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada apabila campuran itu dipanaskan, ia akan menghasilkan mendakan merah beta. 

2.    LARUTAN BIKARBONAT

CARA MEMBUATNYA: 

Campurkan 0.2g timol biru, dan 0.1g kresol merah dalam 20 cm3 etanol. Kemudian tambah 0.84 g natrium hidrogen karbanat dan 900 cm 3 air suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama beberapa jam. Bila hendak digunakan cairkan 10 x dengan air suling.

3. LARUTAN PENUNJUK UMUM. 

CARA MEMBUATNYA 

Larutkan 0.26g bromotimol biru, 0.025g timol biru, 0.0625 g metil merah dan 0.5 fenoftalin dalam 500 cm3 etanol. Tambah air suling supaya menjadi 1 liter. 

4. LARUTAN MILLON ( Lebalkan Racun) 

CARA MEMBUATNYA 

Penyediaan Larutan millon mestilah dijalankan dalam akmari wasap sahaja. Mula-mula  ambil sebuah bikar bersaiz 500 cm3 dan isi dengan 100 cm3 merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 asid nitrik pekat. Suatu tindak balas berhenti. Cairkan larutan tersebut dengan air suling mengikut keperluan masing-masing. 

5. LARUTAN RINGER

Untuk mengawetkan tisu-tisu haiwan 

Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan tisu-tisu haiwan direndamkan dalam larutan Ringer supaya tisu itu tidak cepat mati. Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan yang isotonik dengan bendalir sel dalam tisu itu. Kandungan larutan Ringer bagi haiwan-haiwan yang berlainan adalah berbeza-beza. Untuk menyediakan larutan Ringer, anda hanya perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling menjadi tepat 1 dm3.

a) Untuk Tisu Mamalia:

natrium klorida                        8.0g

kalsium klorida 6H20                0.2g

natrium bidrogen karbonat        1.0g

kalium klorida                         0.2g

magnesium klorida 6H20           0.1g

natrium dihidrogen fosfat          0.05g 

b)  Untuk Tisu Amfibia 

natrium klorida                        0.5g

natrium klorida 6H20                0.12g

kalium klorida                          0.14g

natrium hidrogen karbonat         0.20g 

c) Untuk Embrio Ayam 

    Natrium klorida                    7.0g

    Kalsium Klorida 6H2O           0.24g

    Kalium Klorida                     0.42g 

d) Untuk Serangga                     

    Natrium Klorida                    7.6g

    Kalsium Klorida 6H2O            0.22g

    Kalium Klorida                      0.75g

    Magnesium Klorida 6H2O       0.19g

    Natrium dihidrogen Karbonat  0.37g

    Natrium dihidrogen Fosfat      0.48g 

e) Untuk Cacing 

     Natrium Klorida                    0.0g

     Kalsium Klorida 6H2O            0.2g

     Kalium Klorida                      0.12g

     Natrium Hidrogen Karbonat     0.1g

 

Index

1