PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH
Perkara-perkara
am
A).
Petunjuk
Satu
petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA
berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar
tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap
makmal;.
B)
Peti pertolongan cemas
peti
pertolongan cemas hendaklah lengkap
dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C)
Peraturan
pelajar-pelajar
mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-murid
perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan
ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi
mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap
tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains
hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk
membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan
serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa
kebakaran di sekolah.
D.
Pergerakan pelajar
Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh
untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan
bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa
berada dalam makmal sains.
E.
Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak
daripada lemas atau menyedut asap yang beracun.
F.
Lantai
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang
daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa
berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang
basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.
G.
Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk
menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh
juru elektrik yang berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa
sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan
sebarang wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja
hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah
hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan
yang basah.
H.
Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca,
membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran
kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi
tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran
kaca.
I.
Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah
mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa,
rawatan yang diberi dan catatan guru.
1.2
KEMALANGAN
Antara
jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai
gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila
pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta
kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon
dioksida dab jenis busa. Biasanya
pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
Peralatan
pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu
dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru
dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api.
Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal
pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan
nasihat dan tunjukcara.
1.3
LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila
menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ),
adang keselamatan hendaklah digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku
akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak
boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan
cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk
serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan
tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen
hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang
bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah
diuji dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah
berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk
mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar
juga boleh mengakibatkan letupan.
1.4
PERCUBAAN YANG MERBAHAYA
a.
Menyalakan hidrogen
sentiasa
uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam
tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas.
Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.
b.
Campuran yang mempunyai klorat
jangan
panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur
atau sulfur.
c.
Pemanasan Ammonium Nitrat
sebahagian
kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah
diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.
d).
Natrium dan kalium
Gunakan
sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah
pengawasana baginya dijalankan. Kalium
yang tersimpan lama dan bertukar
menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya
menjadi garam.
e).
Asid
jangan
sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid
pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI
dituang air ke dalam asid pekat.
f).
Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar
jangan
seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah
panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan
berlakunya letupan.
g)
Voltan tinggi
Pelajar-pelajar
tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan
peralatan sains voltan tinggi.
h).
Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah
salur
kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada
dalam keadaan yang baik.
I).
Tunjukcara
Dalam
tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan
radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada
di tempat yang cukup jauh. Jika
keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi
hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
j).
Semaian Hidupan Seni
Adalah
mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian
hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada
bahagian salur yang curam) untuk
mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar
hendaklah dibalut dengan pita selofan.
Pelajar
yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya
dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam
semaian itu sebelum membuangnya.
1.5
BAHAN KIMIA
Terdapat
banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains
sekolah pada masa ini. Antaranya
ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain
yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.
Pelajar-pelajar
hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan
kimia.
Jika
pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.
Jangan sedut dengan mulut.
Mesti
berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.
a)
Pepejal Yang Mudah Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam
minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam
air dan jangan dibiarkan
menjadi kering.
Pemyimpanan
ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan
bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak
digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan
pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida,
asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi
dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.
Jadual
di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya,
penyimpanan dan pembuangan masing-masing.
Bahan
Kimia |
Kesan-Kesan
Merbahaya |
Penyimpanan
dan Pembuangan |
Catatan |
Litium, Natriun, Kalium Serbuk
Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum Sulfur Fosfurus
Kuning Fosfurus
triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium klorida |
bertindak
balas dan meletup dengan air Bertindak
balas dengan cergas dengan tetraklorometana Mudah
terbakar dan terbakar denga cergas Menghasilkan
gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan Membentuk
campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat Membakar
serta-merta apabila terdedah kepada udara Bertindak
balas dan meletup dengan air |
Disimpan
dalam parafin (kerosin) Bertindak
balas dengan etanol sebelum dibuang Mesti
dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan
peroksida Mesti
dijauhkan daripada agen peroksida Mesti
disimpan di dalam air Fosfurus
triklorida ialah cecair yang sangat beracun |
Api
Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk Mesti
dipotong di dalam air Mesti
digunakan dalam kuantiti kecil Ujikaji
mesti dilakukan di dalam almari wasap |
b)
Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol
Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini
harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang
pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair
Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal.
Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan.
Gunakan alat yang sesuai.
Cecair
tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan
dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.
Jadual
di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat
masing-masing.
Bahan
kimia |
Takat
Kilat /0C |
Propana Dietil
eter Dimetil
eter Karbon
disulfida Aseton Sprit
Petroleum Metanol Etanol |
-104 -
45 -
41 -
30 -
18 -
17
10
12 |
c)
Bahan Kimia Yang Mengkakis
Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid
nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia
pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium
manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan
menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia
ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata
serta srung tangan.
Sekiranya
sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah
dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia
ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
D)
Bahan Kimia Beracun
Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan
yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.
Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk
mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.
Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair
yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan
mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang
boleh memudaratkan:
i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut
ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama,
boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia
mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga
merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat
beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia
bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik
lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan
bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
i)
Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah
diperiksa dari semasa kesemasa.
ii)
Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan
didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan
ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.
iii)
Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah
di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk
menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.
iv)
Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan
racun hendaklah direkodkan.
vii)
Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan
cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh
digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya
letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.
1.6.
BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal
sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan
kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang
nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan
di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah
dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan
jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau
sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam
penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber
radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan
radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang
bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka
sarung tanga getah hendaklah digunakan.
Sisa-sia
yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya (
lihat pelupusan).
C)
Penyimpanan
Sekolah
tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam
mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber
terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka
mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang
membebaskan zarah alfa.
Semua
bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari
bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang
adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau
almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki
secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau
disukat serta ditanda padanya.
Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih
daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.
Jika
man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan
Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Semua
sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan
hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.
D)
Kemalangan dalam Makmal
Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk
memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah
dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh.
Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal
hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang
tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang
tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan
secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.
E)
Pelupusan
i)
Sumber tertutup
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau
bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan
serta-merta.
ii) Sumber terbuka
Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan
dicurahkan denga air yang banyak atau dengan
membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah
tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian
tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya
mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak
berlaku.
1.7
PELUPUSAN BAHAN SISA
a)
Gas
Gunakan
almari wasap untuk membuangnya.
B)
Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan
dituang ke dalam sink.
Cecair
yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong
dan dibakar di luar makmal. JANGAN
SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.
C)
Pepajel
Bagi
pepejal yang tidak larut dan aktif,
ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.
Natrium
dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya
dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.
Pepejal
yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan
di tempat lapang dengan menuang air kepadanya
secara sedikit demi sedikit.
D)
Kaca
Sebuah
kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E)
Haiwan yang dibelah
ia
hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,
f)
Semaian hidupan seni
semua
semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.
1.8
PAMERAN SAINS SEKOLAH
a.
Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B.
Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan
kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan
daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.
C.
Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan .
Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah
diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi
pameran ini setiap masa.
D.
Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.
E.
Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal .
mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.
F.
Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar
yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah
keselamatan makmal.
G.
Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang
bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat
khabar boleh mengakibatkan letupan.
H.
Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka
penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.
I)
Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains,
pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam
pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal,
Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah
dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas.