PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
KESELAMATAN
MAKMAL
1.
KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1
BAHAN KIMIA
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.
Jika
pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti
berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut:
1.1.1
Pepejal Mudah
Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam
minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan
jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan
ketiga-tiga bahan ini hendaklah
diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan
fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan
pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida,
asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah
teroksida.
Jadual
1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan
kaedah penyimpanan masing-masing.
1.1.2
Cecair Mudah Terbakar
Cecair
mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester”
hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini
harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada
botol yang pecah. Cecair ini
haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair
tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah
terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.
Jadual
2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat
masing-masing.
Jadual
2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah
Terbakar
Bahan |
takat
kilat /C (Sambaran) |
Propana Dietil
eter Dimetil
eter Karbon
disulfida Aseton Sprit
petroleum metanol Etanol |
-
104 -
45 -
41 -
30 -
18 -
17
10
10 |
1.1.3
Bahan Kimia Mengkakis
Contoh
bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik,
asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII)
dan argentum nitrat.
Elakkan
anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.
Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan
memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan.
Sekiranya
sebahagian badan terkena bahan
kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang
berlebihan.
Selalunya
, jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti
yang kecil sahaja digunakan.
1.1.4
Bahan Kimia Beracun
Eksperimen
dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk
menyedut keluar cacair yang beracun.
Seseorang
yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan
sarung tangan keselamatan getah. Selepas
eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.
Jika
mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak.
Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(A)
Langkah
Keselamatan
Bahan-bahan
kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan.
Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian.
(i)
ANILINA mudah menyerap ke
dalam kulit.
(ii)
BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama,
boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia
mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau
xilena.
(iii)
WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia
juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv)
KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun.
Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(v)
WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana)
adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vi)
KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
(vii)
HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia
bukanlah racun yang menokok. Ia
mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.
(viii)
MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik
lagi jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya
ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix)
SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.
(B)
Peraturan
Penyimpanan
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah
dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke
semasa.
Bagi-bahan
kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.
(ii)
Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah
disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik.
Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol
daripada jatuh.
(iii)
Cecair meruap dan lain-lain
cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api.
(iv)
Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di
dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv)
Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada
500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan
sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan).
Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul.
1.1.5
Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia
Sebarang
tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran,
kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik.
(i)
Bahan pepejal kering :
Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang
sesuai.
(ii)
Larutan (Asid) :
Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan.
Pepejal
Natrium Hidrogen Karbonat atau
laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan
kemudiannya dicuci dengan air.
Peringatan
: Apabila air disiram ke atas
tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil
dan asid akan terpercik. Siram
dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan
haba serta percikan asid itu.
i)
larutan Alkali : Tumpahan
larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang.
Peringatan:
Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin.
?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan.
i)
Bahan
berminyak
Tumpahan
minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga
kering.
ii)
Pelarut mudah Meruap :
Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat.
Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas. Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:
(a)
Jika tumpahan itu sedikit, lapkan
dengan kain dan buangkan kain tersebut
ke
dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
Dan
b)
Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).
iii)
Merkuri:
Tumpahahn
merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri
tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang
cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk
sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.
*
Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang
tumpahan.
1.1.6
Pelupusan
Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.