PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
Peraturan
ini hendaklah ditampal pada setiap makmal - Tampalkan pada kertas tebal dan
balut dengan plastik cerah .
PERATURAN
MAKMAL BAGI PELAJAR
a)
Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.
Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B.
Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C.
Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanaya boleh digunakan
atas arahan dan panduan guru.
D.
Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah
digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E.
Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
F.
Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
G.
Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan
segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H.
Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam
makmal.
I.
Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat
lain tanpa kebenaran guru.
J.
Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal
hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
K.
Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L.
Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti
dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M.
Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal
tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
N.
Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O.
Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P.
Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q.
Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan
guru.
R.
Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
PENGGUNAAN
BAHAN KIMIA
A.
Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk
mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B.
Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana
sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian
kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian
yang jelas. Jangan membazirkan
bahan kimia.
C.
Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari
tangan.
D.
Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera
setelah diambil bahannya.
E.
Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.
Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN