PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
TEKNIK-TEKNIK
ASAS BIOLOGI
Teknik-Teknik
Asas Bakteria
Sebelum
anda memulakan kerja amali berhubung dengan semaian bakteria, anda perlu
ingat tentang perkara-perkara berikut:-
1.
Pelupusan Sisa-sisa Semaian:
Walaupun bakteria patogenik ( Patogen ) Sekali-kali tidak boleh digunakan
didalam kerja-kerja amali. Patogen ini boleh hidup dan menbiak jika keadaan
sekeliling sesuai bagi pembiakan bakteria seperti ini .Bakteria sentiasa
terdapat di udara dan bakteria patogenik boleh dibawa oleh penutut-penutut yang
sakit jika terdapat tempat semaian yang sesuai bakteria boleh menbiak dengan
pesatnya pada tahap yang sangat yang merbahaya. Kedua, Bakteria takpatogenik
boleh mutet ( mutate ) untuk menjadi patogen. Masalah disin adalah untuk
mengetahui mana-mana bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab inilah
maka semua bakteria mesti dianggap sebagai potensi patoogen.
Semaian
hendalah dihapuskan dengan cara:
a)
Semaian air daging yang direbus, kaldu, bubur,
i. Jika semaian tak spora ia boleh dihapuskan dengan cara membuka penutup
dan merendangkan tub (bekas)
dalam larutan 10% lysol. Satu bekas khas mestilah
disediakan didalam makmal untuk tujuan ini dan dilebel dengan terang.
Piring petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol.
ii. Jika semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121
darjah celcius 15 minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan ). Jika organisma
spora hendaklah digunakan satu bekas lain yang berlebel hendaklah digunakan, dan
mesti ditutup. Bekas ini akan dipanaskan dalam oven. Kedua-dua semaian ini
hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan di lupuskan dengan air yang banyak atau
dengan cara yang lebih baik, iaitu dilupuskan di dalam jamban.
b)
Semaian agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan dibakar . Piring
atau bekas hendaklah direndamkan 10% lysol.
Penting
:
Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin
murid-murid akan membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat pembasmi kuman yang
kuat ( disifectant ) hendaklah digunakan sebelum semaian dilupuskan.
1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan.
1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau lantai,
anda hendaklah:
Mencucinya dengan 3% lysol, dengan
serta merta. Keadaan seperti ini hendaklah
dianggap bahaya.
1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda hendaklah
membasuh tangan dengan larutan lemah centrimide, lysol.
1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas kerja-kerja
amali.
1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal.
1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan terjadi.
Kebanyakannya akan terjatuh ke lantai, tetapi yang paling kecil akan
terapung-apung di udara. Jika cecair berwap, bakteria akan terapung-apung
di udara. Jika kumin ini disedup ianya akan segera masuk ke dalam paru-paru
membiak dan membinasakanya.
Selalunya cuai menyedut cecair dengan pipet menyebabkan pencemaran udara.
Apabila semaian tumbuh di atas semaian bahan tara pepejal dalam botol bertutup,
skru membuka penutup ini akan melepaskan kumin-kumin ke udara. Selalunya, satu
lapisan bendalir ini akan pecah dan melepaskan titik bendalir terapung-apung di
udara.
1.7. Jangan sekali-kali menjilat label dan menggunakan mulut untuk
menyedut pipet.
1.8. Bangku dan meja hendaklah di basuh dengan bahan pembasmi kuman
sebelum dan sesudah kerja amali.
1.9. Merokok tidak di benarkan di dalam makmal.
2.
Bahan tara semaian:
Jarang sekali identiti organisma mikro dapat dikenali melalui sifat-sifat
sruktur sahaja. Mereka misti dipelihara dengan menggunakan bahantara tiruan dan
satu organisma mesti di biakan berasingan.
2.1. Jenis-jenis bahantara:
a) Cecair atau Pepejal
Kegunaan bahantara cecair tidak menampakkan bahan semaian
dengan nyata. Dengan itu penggunaan bahantara cecair tidak digalakkan
kecuali untuk ujian biokimia tertentu.
Bahantara pepejal biasa digunakan sebab ia menampakan kebiasaan
sifat pertumbuhan bagi satu-satu bakteria.
b) Air
Air paip tidak sesuai untuk kerja ini.Selalu gunakan air suling atau air
tak- ionik. Air tak-ionik lebih sesuai dan menjimatkan masa. Ianya mempunyai
kelebihan senang di angkup dan tidak memerlukan haba atau tenaga elekrik walau
bagaimanpun mungkin terdapat larutan sebatian organik yang terjadi daripada
resimdan akan memberi kesan terhadap protozoa.Air mestilah mengandungi 1.5 p.p.m.
( bahagian dalam sejuta bahagian ) garam. Dengan demikian air suling berlogam
tidak sesuai digunakan.
c) Agar-agar
Agar-agar sebenarnya adalah sejenis polysacharide. Dalam larutan bercair
ia mengeluarkan satu gel yang tidak cair di suhu yang tinggi. Hanya sebilangan
kecil bakteria samudera yang akan menyebabkan ia rosak dan berair.Ia juga tidak
menambah sifat-sifat noritif satu-satu bahantara dan juga bebas dari bahan-bahan
pertumbuhan.
Takat lebur dan pemejalan adalah berbeza. Kebanyakan agar-agar lebur pada
95 darjah celsius dan memejal pada 45 celsuis. Ini bermakna Nutrium yang
sensitif pada haba boleh di tambah pada suhu yang agak rendah.
Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh dibiarkan memejal dan disimpan untuk keggunaan masa hadapan, tetapi ianya mesti di lebur dengan sedikit haba dan digunakan terus.
Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih baik ianya
disimpan dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50 darjah celsius. Ini adalah
untuk mengelak pembuagan masa dalm memanaskannya pada suhu yang tinggi.
2.2
Memilih bahantara
Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara penyelidikan.
Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat ( fungsi ),
bakteria akan hidup tetapi pertumbuhan kulat akan terhap.Bakteria biasanya di
biakkan di tas agar-agar nutrium manakala kulat di biakkan di atas agar-agar
ubikentang dekstrosa. Untuk keja-kerja amali agar-agar lain digunakan.
2.3.
Bekas untuk bahantara
Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup kapas bulu
hendaklah digunakan. Ini juga mesti digunakan jika hedak digunakan.Gunakan
botol tabung uji dengan penutup getah gabus atau logam jenis lekat kertas (
slip-on ) dan bertutup jenis skru juga boleh digunakkan.
Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh digunakkan
berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian hendak disimpan. Kapas bulu
boleh digunakkan untuk semaian yang hendak disimpan, tetapi mesti dibuang
selepas di gunakkan. Juga, jika suhu dan tekanan bertukar udara masih boleh
masuk ke dalamnya. Udara akan ditapis apabila ia melalui kapas bulu, tetapi
perlindungan ini tidak terdapat pada penutup logam jenis lekat ke atas.
3.
Penstrilan ( basmi kuman )
Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang lain
hendaklah di pupuskan dengan cara penstrilan.
Ada dua cara penstrilan:
3.1 Haba
i. Haba kering
Haba
kering mungkin membunuh dengan cara pengoksidaan yang
membinasakan beberapa juzuk sel tertentu.
ii. Haba lembat
Haba lembat lebih berkesan kerana kelembapan membunuh dengan
cara pengumpulan dan mengnyahaslikan ( denaturing ) protein dan enzin,
satu proses yang
memerlukan air.
Masa yang diperlukan lebih kurang 15 minit, pada 121 darjah celsius. Masa yang lebih lama hendaklah diberi jika terdapat
banyak bakteria.
Jenis bahan di dalam mana mikro organisma dipanaskan akan memberikan
kesan kepada kecepatan pembinasaan.
Bahan kinia organik biasanya melindungi organisma. Lemak yang lembab
menghalang kemasukan air dalam organisma. Penentangan haba oleh spora adalah
maksima pada nilai ph nuetral.
3.2.
Bahan kimia
Hanya
beberapa bahan sahaja yang mempunyai kesan ke atas spora.
Perkataan disinfectant dan antiseptik digunakan kepada bahan kimia yang
berlainan, walaupun kedudukannya memberi maksud pembasmi kuman. Bahan
disinfectant merupakan bahan kimia yang toksik (Bisa ataua racun) . Bahan
antiseptik tidak toksik dan boleh dikenakan pada bahagian luar tisu hidup.
Jenis
Bahan Kimia.
A.
Antiseptik dari kumpulan phenol - seperti lysol (biasanya 3% dalam
larutan air)
Ia
bertindak dengan cara pengumpulan protein.
B.
Halogen - hipokrip biasa digunakan. Helogen tidak dapat bertindak adalam
bahan organik yang berkesan ke atas spora. Selalunya helogen digunakan dengan
bahan pembasuh. (Cecair). Kerana organik terutamanya kesan lemak .
c.
Etilalkohol - selalunya berkesan diantara 50 % - 70 % tetapi tidak
berkesan dalam kekuatan selebihnya. Bahan ini digunakan terutamanya untuk
menyejuk siku platinun, setelah dipanaskan dalam anyalaan api apabila tidaak
digunakan. Alat penstrilan boleh
disimpan dalam alkohol.
D.
Formeldehyde
Bahan ini sangat berguna kerana ia
boleh dikenakan ke atas bahan yang akan rosak akibat dipanaskan. Selalunya
digunakan dalam larutan 0.1 hingga
0.5 % .
e.
Sabun dan bahan basuh. - Tindakan adalah disebabkan oleh kepekatan pada
permukaan antara air dan objek, membawa kepada menurunnya tekanan permukaan dan
sebab itu sel-sel akan binasa.
F.
Certimide dan keloros - kedua-duanya boleh didapati dari kedai kimia
tempatan, tapi tidak berkesan terhadap spora.
3.3.
Teknik-Teknik Penstrilan Yang Selalu
Digunakan Di Sekolah-Sekolah.
A.
Siku inokulasi (inoculating loop) dan titik-titik forcep .
panaskan
dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah.
B.
Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip penutup skalpal
dan jarum.
Stril
dengan melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi panas merah.
C.
Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.
Sebelum
penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah ditutup dengan kapas
bulu. Pipet hendaklah disalut oleh kertas coklat (Brown paper) sila ambil
perhatian iaitu setengah-setengah kapas bulu mengeluarkan bahan coltaile semasa
dipanaskan dan akan melekat terus kepada akaca apabila disejukkan.
Oleh yang demikian gantikan dengan penutup logam, letak di atas (Slip on
metal caps) jalankan penstrilan pada 160 cesius untuk selama sejam.
Semua
botol bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan.
D.
Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.
Oven
jenis ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini hendaklah
distril dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm tebal dalama piring petri.
Apabila
amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri sehingga sesak
kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak bebas.
Setelah
selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan
sekurang-kurangnya 2 jam kerana barang kaca akan retak jika ia dibenarkan sejuk
terlalu cepat.
E.
Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang
. penutup mengandungi lapisan getah stril dalam kukus tekanan.
4.
Menuangkan ke dalam piring.
4.1.
Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang boleh
ditanggung oleh pipi anda sendiri. Jika ia dituang terlalu panas (steaming)
kondensasi akan terjadi pada penutup. Kodensasi
akan boleh terjadi suhu 45 celsius. Jika
boleh, panaskan sedikit piring itu. Kerja-kerja
ini hendaklah dijalankan jauh dari udara lembab.
4.2.
keluarkan penutup dari botol.
JANGAN sekali-sekali letakkan penutup di atas bangku, ini akan
menyebabkan pencemaran. Begitu juga
botol tidaka boleh ditegakkan , ianya mesti disendengkan.
4.3
Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen.
Dengan tangan lain angkat piring petri. Jangan buangkan penutup piring
petri, cuma ketepikan sedikit sahaja supaya bahantara dapat dituangkan ke dalam.
5.
Suntikan Bahantara semaian.
Selalunya
siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di dalam api bunsen.
5.1
menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng ubi kentang.
a.jika
botol bertutup jenis skru digunakan, longgarkan penutup sehingga terletak di
atas.
B.
Pegang botol tabung mengandungi semaian dan pegang betol yang lain dengan
tangan kiri.
C.
Panaskan siku platinum dengan tangan kanan.
D.
Kemudian masukkan siku platinum dalam 50% larutan alkohol.
E.
Ketepikan penutup botol yang hendak dijalankan suntikan dengan jari
tengah tangan kanan.
F.
Nyalakan lehir botol. Menyalakan leher botol tak semestinya membunuh
kuman bakteria, tetapi ia menahan bakteria dari masuk ke dalam botol,
g.
Masukkan siku platinum ke dalam botol dan carikkan permukaan semaian.
H.
Keluarkan siku platinum dan keluarkan penutup botol yang lagi satu dengan
jari empat tangan kanan.
I.
Masukkan siku platinum yang mengandungi semaian dan lerikkan ke atas
sendeng atau masukkan ke dalam bubur larutan daging rebus, kaldu, keluarkan suhu
platinum dan nyalakan sekali lagi.
J.
Nyalakan leher kedua-dua botol ataua tabung dan panaskan penutup.
6.
Pengeraman. (Incubation)
Kebanyakan
bakteria memerlukan suhu 37 celsius untuk pembesaran optima.