:: Artwork ::

 

:: Surah Al Fatihah ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam.
2.  Yang bersifat Pengasih dan Penyayang.
3.  Yang berkuasa pada hari pembalasan.
4.  Akan Engkau sahaja Tuhan kami yang kami sembah, dan hanya 
kepada Engkau sahaja tempatkami meminta pertolongan.
5.  Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
6.  Iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang telahEngkau berikan nikmat, 
bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan
orang-orang yang sesat.



 

:: Surah An Nas ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan  manusia".
2.  Raja manusia
3.  Tuhan manusia
4.  Daripada kejahatan bisikan [syaitan] yang tiada kelihatan. 
5.  Yang membisikkan kejahatan ke dada [hati] manusia.
6.  Dari golongan jin dan manusia.


 
 

:: Surah Al Falaq ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan waktu Subuh.
2.  Dari kejahatan akhlak yang dijadikan-Nya.
3.  Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
4.  Dan dari kejahatan tukang-tukang mentera, yang meniup-niup 
pada tali yang berbuhul.
5.  Dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki.


 

 

:: Surah Al Ikhlas ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Katakanlah : "Dia itu Allah yang Tunggal.
2.  Allahlah tempat sekalian [makhluk] bergantung.
3.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.
4.  Dan tiada satu pun yang menyerupai-Nya.



 

:: Surah Al Lahab ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar celaka.
2.  Tiada berfaedah padanya harta serta apa saja yang diusahakannya.
3.  Ia akan masuk neraka yang menjilat-jilat apinya.
4.  Dan [begitu pula] isterinya pembawa kayu bakar.
5.  Dilehernya ada tali dari ijuk/sabut.



 

:: Surah Al Nashr ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
2.  Dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah berduyun-duyun.
3.  Maka bertasbihlan dengan memuji-Nya dan mintalah ampun daripada-Nya,
sungguh Dia adalah Maha Pengampun.
\


 

 

:: Surah Al Kafirun ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Katakanlah : "Hai sekalian orang-orang kafir".
2.  Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
3.  Dan kamu pun bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4.  Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5.  Dan kamu pun bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
6.  Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.


 

 

:: Surah Al Kautsar ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Sesungguhnya kami telah berikan banyak kebaikan padamu.
Maka dirikanlah solat keran Tuhanmu dan berkorbanlah.
3.  Sesungguhnya pembencimu itulah yang musnah.


 

 

:: Surah Al Ma'un ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

1.  Tahukah kamu [orang] yang mendustakan agama itu?
2.  Ialah orang yang enggan memelihara anak yatim.
3.  Dan tiada mengajak untuk memberi makan kepada orang-orang miskin.
4.  Maka celakalah [azablah] bagi orang-orang yang sembahyang.
5.  Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya.
6.  Yang mereka menginginkan amalnya dilihat orang [riak].
7.  Dan enggan memberikan bantuan/pertolongan.


 

::: Note ~ Sekiranya anda ada kemusykilan mengenai surah mana
ayat yang telah saya terjemahkan, anda bolehlah menghubungi
saya untuk mengetahuinya. Saya tidak dapat menulis ayat
tersebut kerana pc saya tiada perisian bahasa Arab ::
 


1