Cerpen Rekaan Tiada Kena Mengena Yang HidupAtau
Yang Telah Tiada.
Surat Tawaran Jawatan Tutor.
2. (c) Sebagai Tutor, tuan/puan dikehendaki
mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti
bagi memperoleh ijazah Ph.D di sebuah universiti
di dalam atau di luar negara sebagaimana yang
diluluskan oleh Universiti ini.
Aku amat terkilan, syarat-syarat yang selalu berubah
telah memerangkap aku dalam suasana serba
salah. Kalau dulu bilamana seorang Tutor setelah
selesai penyiapkan Master secara automatik layak
dipertimbangkan untuk menjadi seorang pensyarah.Sekitar
tahun 2001 ada kalangan sahabatku
telahpun menjadi pensyarah tanpa memiliki Ph.D.Mereka
amat bernasib baik!!!! Minat dan cita-citaku
untuk mendidik anak bangsa kekinian amatlah tercabar
lantaran aku dipaksa tunduk dengan arahan
Dekanku. Aku kena menyiapkan Ph.D di luar negara,
itupun bergantung pada pemilihan Universiti yang
Dekanku mahukan. Biarpun dalam syarat penerimaan
jawatan Tutor
2 (c) tidak memaksa aku ke luar negara.
Fakultiku nampaknya terlalu ghairah inginkan FakultiKejut
tersohor seantero dunia. Rata-rata mahukan
semua pensyarah di fakulti ini bergelar Dr. dari
universiti ternama dunia. Aku begitu sedih melihat ibu
ayahku yang begitu banyak berkorban untuk aku
sejak aku dibangku sekolah rendah. Sepatutnya
bilamana aku telah memiliki master sebegini
keluarga aku akan berbangga memiliki seorang anak bergelar
pensyarah. Aku terlalu ingin membantu adik-adikku
belajar, tapi nampaknya harapanku tidak dapat ku
capai sepenuhnya lantaran dalam usiaku yang ke25
tahun ini memerlukan aku menabung untuk
berumahtangga. Aku baru saja membuat pinjaman
di sebuah bank tempatan lantaran gajiku yang segini
telah memaksa aku terus dibebani hutang berhutang.
Hutangku semasa aku membuat ijazah dulupun
masih belum langsai berbayar.
Jika aku lambat berumahtangga, aku risau anak-anakku
nanti tiada siapa akan menguruskan majlis
nikah kawin mereka. Bayangkan jika umurku 30an
baru bernikah, dapat pula anak lelaki semuanya.
Jika mereka mengikut jejakku bernikah dalam usia30an....
jatuhnya aku akan menerima menantu pada
umur lewat 60an.. emm!.. berdayakah aku menyambut
tetamu dalam umur sedemikian.
Begitu juga kalangan rakan tutor perempuan, kasian
mereka ada yang telah pergi menyiapkan Ph.D di
luar negara yang masih tiada jodoh. Rata-rata
usia mereka 23 jika belum buat master, malahan yang
telah ada master 25 lebih usia mereka......23+4=27.
Usia 27 sudah dikira andartu, 25+3 emmm... lagi lerr
usia 28 sepatuhnya telahpun menimang cahayamata.
Kasihan mereka sudahlah terpaksa memerah otak
untuk belajar dengan imbuhan Tutor; jika ganjaran
mereka bergajikan pensyarah, pasti menjangkau ke
seribu ringgit bedanya. Siapakah nanti yang sudi
menjadi jodoh mereka, masihkah setia kekasih mereka
menanti mereka pulang jika mereka telah bercinta
sebelum belajar ke luar negara??. 3 atau 4 tahun itu
amat tercabar cinta mereka. Apakah mereka nanti
terima seadanya tanpa mengira siapa yang sudi
meminang!!! siapapun okey asalkan jangan terusan
menjadi andartu. Sanggupkah ibu dan ayah mereka
yang telah perabih duit dipandang serong
oleh masyarakat lantaran memiliki andartu.
Merantau di negara orang dengan kejutan budaya
dan perbagai rintangan. Sememangnya boleh hidup
dan cukup makan, tapi risikonya bukan sedikit.
Apatah lagi jika mengenangkan dasar kerajaanku kini,
yang lebih ke arah pinjaman bukan lagi biasiswa
seperti pensyarah dulu-dulu. Bermewah seperti dulu
jauh sekali!!!.
Aku masih ingat dulu-dulu, pensyarah di fakultiku
ramai membawa kereta mewah pulang ke negara
sendiri telah penat menimba ilmu. Nampaknya impianku
jauh sekali tersasarnya. Yang pasti akan
terusan dibebani hutang piutang biarpun aku akan
menjadi seorang yang berilmu.
Aku berdoa agar usia ibu ayahku panjang, ayah
tahun hadapan dah nak pencen, ibu memang telah lama
berhenti kerja lantaran faktor tua.
Sepatutnya fakulti tidak mendesak sangat, jika
kembali seperti dulu dengan menawarkan jawatan
pensyarah sebelum aku membuat Ph.D ku rasanya
itu lebih baik. Untuk apalah kita mendera anak
bangsa sendiri sampai membelakangkan orang tua-tua.
Rasanya mereka telah bergadai bergolok dan saat
umur mereka beginilah mereka amat memerlukan
bantuanku. Terutama adik-adikku yang kian ramai
melangkah ke universiti. Lagipun masalah kekurangan
pensyarah di fakulti amat meruncing. Apalah
gunanya kita terlalu ghairah mengambil pensyarahluar,
sedangkan penduduk tempatan ramai yang
berwibawa. Lagipun bilamana aku amati, kalangan
pensyarah yang ada di fakulti ini pun ada yang telah
mendapat. prof. biarpun tanpa Ph.D, tapi mereka
dikagumi dunia juga. Apakah fakulti aku ini akan
membunuh semangat aku untuk mendidik anak bangsaku
sendiri.
Atau!!! apakah aku jugak akan mengikut jejak sebahagian
dari rakan tutorku, yang telah hilang ghaib
begitu sahaja!!! lantaran terlalu kecewa dengan
pra syarat yang tidak tetap, asyik berubah-ubah.. atau
seperti rakanku yang belumpun sampai 3 bulan
di luar negara untuk membuat Ph.D tiba-tiba kembali
ke Malaysia.
Lagi aku simpati pada pensyarah yang dulunya dikenakan
syarat 3 tahun menjawat jawatan baru boleh
membuat Ph.D ataupun bilamana telah tetap jawatan
pensyarah. Hinggakan ada yang bersungguh-sungguh
untuk membuat Ph.D terpaksa meletakkan jawatan
pensyarah.....memohon tutor... agar tidak terikat
dengan syarat pelik oleh fakulti@universiti.
Lagi lerr sedih bilamana lagi sebulan dua memenuhi syarat
untuk tetap jawatan.. tiba dipaksa pulak buatPh.D
baru boleh tetap taraf jawatan pensyarahnya!!!
Rasanya terlalu banyak opsen yang boleh kita rangka
untuk memudahkan kalangan tutor atau
pensyarah membuat Ph.D, memang ada kalangan kita
yang begitu ghairah ingin cepat mendapat Ph.D
berilah mereka peluang dan bukan sedikit
yang ada masalah untuk mereka terpaksa menangguhkannya
Ph.D janganlah kita paksa!!!.
Pun, bagaimana pula pensyarah yang telah hampir3
tahun dalam taraf kontrak!!! terpaksa juga buat
Ph.D, risiko mereka amat tinggi, jika terjadi
sesuatu yang tidak dirancangkan fikirkan betapa hutang
pinjaman belajar mereka apakah jadinya taraf
kontrak mereka??
Aku masih terfikir-fikir, lagi ku fikir lagi bungkam
dan buntu....di dinding fikiranku ntah berapa banyak
tanda tanya!!!. Yang pasti aku kini telah kehilangan
ramai rakan yang memang berwibawa. Ada
kalangan mereka telah menjadi pensyarah
tetap lagi stabil di universiti lain. Aku pulak!!! tidak dapat
tidak terpaksa memerah otak lagi!!! meninggalkan
negara tercinta ini lagi!!!
Kasihan melihat mata redup adik-adikku!! apatahlagi ibu dan ayahku!!!.
bersambung!!!
perkembangan Tutor ada dalam yahoogroups Cekarawali
Laman Utama KSS