Date: Thu, 8 Oct 1998 09:29:45 -0700
From: DR NORMAN <norman@eng.upm.edu.my>
To: "'salih@eng.upm.edu.my'" <salih@eng.upm.edu.my>
Subject: FW: Untuk renungan bersama

KELUARGA AYAM

ibu ayam, bapa ayam dan anak ayam
kalau istilah ini disalah guna
maka buruk padahnya
tapi apa kan daya
anak ayam makhluk biasa
ada perasaan dan ada kecenderungan

bapa ayam mendengar desas desus khabar
khabar dibawa oleh angin
kaki tiga dikatakan si ibu bermain
peluang besar untuk meretakkan cermin
mana tahu di belakang ada yang mengapi-api
peluang besar untuk meretakkan cermin
mana tahu di belakang ada yang mengapi-api
yang ingin menjadi sebagai pengganti

khabar angin didengar
bertahun lamanya hingga tak sedar
alih-alih meletup apabila tergugat dan tercabar
khabar angin diambil sebagi bukti
tanpa melihat dengan mata dan kepala sendiri
cara mungkin ikut proseduer
perlaksanaannya tidak kena tatacara
macam ada udang di sebalik batu
tak tahu

sangka baik itu tuntutan
si ibu ayam  berhujah mempertahankan tuduhan
si bapa ayam berhujah memperkukuhkan tuduhan
siapa yang betul itu hak Tuhan
si bapa ayam berhujah memperkukuhkan tuduhan
siapa yang betul itu hak Tuhan

se ekor anak ayam si hitam manis
duduk di koner asyik menangis
melihatkan telagah dan bencana yang melanda
di antara ibu dan bapa
apa nak buat tiada kuasa
angkat  tangan berdoa sahaja

begitulah dikehendaki kepada semua anak ayam
tetapi masing-masing ada kecendurungan
di atas pagar duduk keseorangan
akhirnya jatuh ke kiri atau ke kanan

bersatu itu padu
bercerai itu roboh
hang tuah hang jebat sebagai contoh
akhirnya mereka bergaduh

hang tuah hang jebat sebagai contoh
akhirnya mereka bergaduh
kemarahan bukan mainan
sokongan bukan asas persetujuan
diam tidak bererti ianya kosong
bising tidak berertinya ia menyokong
anak ayam menjadi bingung
apa yang dipinta adalah keadilan

bagi anak ayam yang lain
jadilah sebagai si hitam manis
tak usah lah menangis
tetapi doa siang dan malam
supaya hidayat tersebar seluruh alam.

Laman Ir. Dr. Norman di FK

- salinan dari emel di eng.upm.edu.my iDAN

      kss   |      karya        |      yasin       |     idan
1