Kita Sering dikhabarkan berita gembira untuk meraikan
kejayaan staf fakulti kita yang berjaya dalam kerjaya
Maka mereka digelarlah seorang Profesor



Saya kerap terfikir akan rakan kerja yang terusan setia berkhidmat
terusan bersedia menduduki segala kursus juga peperiksaan
Sedar tak sedar kekinian mereka telahpun menabur bakti lebihi 2 dekad
Saya sendiri kini telahpun 24 tahun berkhidmat di UPM
Saya tahu ada ramai lagi teman saya yang berkhidmat lebih lama dari saya
Ada kalangan rakan saya yang di dalam lingkungan sokongan
telah tamat pengajian sebagai seorang graduan.. malahan ada yang
begitu tekun menyudahkan pembelajaran Master
Namun dalam bualan antara saya dengan mereka terselit nada kecewa
lantaran majikan mereka amat sifar dalam memikirkan kebajikan mereka
Tiada persediaan tempat bagi mereka yang begitu gigih berkhidmat, begitu tekun belajar
demi untuk fakulti dan famili mereka... lalu saya terfikir perkataan yang diluahkan olah rakan saya
yang mengambil keputusan berhijrah ke kerjaya lain!!
- Dunia universiti seolah-olah dunia pensyarah serta golongan akademik..
sering kebajikan staf sokong terabai begitu sahaja..
Sejauh mana benar kata-kata ini
Mungkin tidak bagi mereka yang mendapat segala
terpulang kepada mereka yang rata-rata merasa terbiar melata!
lalu saya andaikan rakan taulan saya itu terusan terkurung dalam jawatan PAR mereka...selain juruteknik..
juga pegawai kontrak yang begitu lama setia dengan fakulti

Tahniah Prof & PAR

Prof :        Tahniah! Sumbangan kalian adalah titipan anak bangsa
                Ilmu kalian adalah jangkauan ibadah
                Bagi kupaterikan MOU dengan segala produktiviti
                Tersohor seantero dunia Universiti-mu pemacu ilmu
                Kebajikan kalian disisip segala bukti
                Jangan sesekali abaikan pelajarmu
                demi Pelangganmu

PAR:         Tahniah! kini telah lebih 2 dekad berbakti
                 Jasa kalian adalah sesuap nasi untuk anak isteri
                 Bagi kurakamkan N1 dengan segala rezeki
                 Teruji segala makna fakulti-mu berwajah seri
                 Kebajikan kalian dideruan kapcai impi
                 Jangan sesekali lupakan khidmatmu
                 demi Fakultimu

Tahniah! Prof & PAR
Akan kukapankan di satu liang lahat
Terabadilah dua diimpian.

iDANRADZi
 

PAR@Pembantu Am Rendah
N1@skim gaji PAR yang tersohor


Sila Baca Tentang Gangguan Syaitan yang boleh menyesatkan


Kembali Ke Laman Utama
1 1