UPDATE: 25.09.03

HARAP MAAF...SEMUA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DIHENTIKAN SEKETIKA
SEBARANG URUSAN & PERTANYAAN SILA E-MEL layar@post.com

24 Mac 2001~Langkawi diisytiharkan sebagai Bandaraya Pelancongan


:. Peta

:. PULAU LAGENDA SERI NEGERI
Langkawi
 terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.

Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau lagenda ini  dikurniakan dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan misteri dari cerita burung besar dan garuda, pahlawan gagah perkasa dan puteri kayangan serta peperangan dan percintaan. Tergolong dalam salah sebuah pulau yang tercantik di dunia, pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semulajadi stalagmit dan stalaktit. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta menikmati keindahan kehidupan marin.seterusnya...

:. LAGENDA MAHSURI
Mahsuri
adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati.Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.

Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.
Lagi... 

    TEROKA KEINDAHAN ALAM

.
:. Langkawiku
   Eagle Feeding
Polis 04-966 6222
Hospital 04-966 3333
Bomba 04-966 6444
Pusat Penerangan Pelancongan 04-966 7789
Kastam 04-966 6227
Imigresen 04-969 4005
Pejabat Daerah 04-966 6590
Radio Langkawi 04-966 8586
 

OH, LANGKAWI !
:: Peta
:: Lagenda Langkawi
:: Direktori
:: Tempat menarik
:: Beli-belah
:: Memancing (Pakej)
:: Teroka Pulau (Pakej)
 
INFO
.KEDAH online
.Info Langkawi
.Lagenda Langkawi
.Langkawi Online
.Mastour Langkawi
.Melancong ke Langkawi
 
RENCAH
:: Menggilap status Langkawi
:: Detik Bersejarah Langkawi
:: Tak puas hati tambang Feri
:: Misteri pelanduk putih
:: Misteri kera putih
:: Misteri kelapa putih
:: Langkawi lubuk ikan
 
JOM PI LANGKAWI
Ingin Maklumat lanjut?  Hubungi mailto:layar@post.com
 
RANGKAI
Senarai Homepej
Tambah URL
Lihat senarai
 
INFO
e-mel
layar@post.com
Buku Pelawat
Catat / Baca
Layar Langkawi© '01-02
Laman ini dibina pada 20.10.1999.(DB)
Kandungan laman ini diubahsuai pada 24.3.2001 dan dikenali sebagai Layar Langkawi
 

 

1