Berita . JPM

WACANA BUDAYA/SASTERA

Gambar kenang-kenangan: Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Ismail Hussein bersama-sama warga MPKS.

Bertempat di Bilik Gerakan Maktab Perguruan Keningau (MPKS), pada 15 Julai 2005, telah berlangsung wacana budaya/sastera anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu (JPM) MPKS dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPS). 

Penceramah undangan dalam wacana budaya/sastera itu ialah Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Ismail Hussein, Ketua 1 Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

Sebanyak 60 orang yang terdiri daripada pelajar kursus persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), pelajar tingkatan enam dari sekolah yang berhampiran MPKS dan Tambunan serta guru-guru mereka, dan pensyarah-pensyarah MPKS hadir dalam wacana budaya/sastera itu.

Tan Sri Prof. Emeritus Dato' Ismail Hussein antara lain menggalurkan perjuangan GAPENA menyatukan dunia Melayu.

Menjawab satu pertanyaan peserta, beliau meluahkan rasa terkilannya terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sedangkan bahasa Melayu telah membuktikan kekuatannya sebagai wahana mata pelajaran itu.

Rata-rata peserta menyatakan masa yang diperuntukkan agak pendek yang menyebabkan beberapa soalan tidak sempat dikemukakan.

1