Halaman UtamaProjek Sarjana MudaAktivitiBiadota PelajarBiadota Pelajar Senarai MatapelajaranGambar AlbumSumbanganl Audio/VideoLink Ke Halaman Lain
 
 

SELAMAT DATANG KE

HALAMAN WEB 5 BKJ 2004/2005

Halaman ini adalah bagi memori kepada setiap pelajar dari kelas 5 BKJ. Di dalam halaman ini memuatkan segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pengajian di KUittho terutama ketika berada di semester akhir. Antara tujuan aktiviti sepanjang semester adalah bagi memupuk semangat bekerja sama terutama ketika melakukan kerja-kerja berkumpulan. Aktivit ini juga diharap dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.Dipersilakan kehalaman BLOG kelas kami di alamat http://www.kuittho.blogdrive.com
     
 
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP
ANJURAN 5 BKJ


Pada 11-12 Dec 2005
Seramai 18 orang telah terlibat menjayakan aktiviti ini. Secara keseluruhan aktiviti ini telah mencapai obkejtif utama ia dianjurkan

> Berita seterusnya
 

 
 
 

Rasulullah Sentiasa Tersenyum

RASULULLAH s.a.w. amat karib dengan sahabat-sahabat Baginda. Kadang-kadang Baginda tergelak sehingga menampakkan gigi gerahamnya, yang membuat para sahabatnya ikut tertawa untuk memuliakannya.

Pada suatu hari seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah s.a.w. ingin bertanya sesuatu dan berharap Baginda akan tersenyum mendengarnya.

Para sahabat melarangnya kerana mereka takut kalau-kalau Nabi s.a.w. tidak suka dengan pertanyaan itu.

Arab Badwi itu menjawab: "Biarkan saya bertanya, demi Allah yang mengutuskannya menjadi nabi, saya tidak akan meninggalkannya sebelum Baginda tersenyum."

Arab Badwi itu kemudian menghadap Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah! Telah sampai berita kepada kami tentang al-Masih, iaitu Dajjal yang akan datang kepada manusia dengan membawa roti berkuah, dan manusia pada masa itu telah binasa akibat kelaparan.

Apakah pendapat Tuan, wahai Rasulullah, jika seandainya saya tidak mengambil roti berkuah daripada Dajjal itu agar saya dapat memelihara diri sehingga saya binasa disebabkan kurus kelaparan?

Atau saya ambil sahaja roti berkuah itu agar perut saya kenyang dan sesudah itu saya beriman kepada Allah s.w.t. dan kafir kepada Dajjal itu?'' (Maksud Arab Badwi itu dia hendak menipu Dajjal dengan berpura-pura taat kepadanya untuk memperoleh roti berkuah itu dan kemudian dia beriman semula kepada Allah).

Mendengar pertanyaan Arab Badwi itu Rasulullah tertawa sehingga nampak gerahamnya.

Kemudian Baginda menjawab soalan itu dengan serius : Tidak perlu begitu. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan memberimu kekayaan seperti apa yang diberikan Allah kepada orang mukmin.

Itulah sifat dan tabiat Rasulullah. Walaupun Baginda mendapati pertanyaan itu agak bodoh dan mungkin tidak disukainya.

Baginda tetap memberikan senyuman, tertawa dan dengan senang hati menjawab pertanyaan Arab Badwi yang sedikit ilmunya itu.

 
 
 
   
 
 
 

Isi Buku Pelawat

Chat
Forum

 
 
©Copyright 2005 KUiTTHO. Sekadar Untuk Kenangan Bersama | Website by Madet
1