![]() |
Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah BISTARI dan para anggota Hospital Pasir Mas kerana berjaya menerbitkan majalah BISTARI yang julung kalinya diterbitkan sempena sambutan ulangtahun kesepuluh penubuhan Hospital Pasir Mas. |
Adalah menjadi harapan Jabatan inisupaya anggotanya sentiasa berdaya kreatif dan mampu melahirkan buah fikiran melalui penulisan. Usaha-usaha initentunya akan menambahkan pengetahuan dan pengalaman di kalangan anggota seterusnya akan meninggikan kualiti perkhidmatan masing-masing, akhirnya matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas dan produktif sepanjang masa akan dapat direalisasikan.
Sehubungan dengan inisaya ingin mengambil kesempatan untuk menyarankan agar diperbanyakkan inovasi di peringkat unit atau jabatan dan dimuathan maklumatnya, cara penggunaan dan kesannya melalui majalah seperti iniagar inovasi itu dapat dikembangkan faedahnya ke hospital-hospital lain semoga mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan secara keseluruhan.
Akhir kata, saya ingin mengucaphan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah BISTARI dan anggota Hospital Pasir Mas yang telah menjayakan majalah ini
Sekian, terima kasih.
tt
Dr.
Yao Sik Chi,
Pengarah
Kesihatan Negeri
Kelantan.
29 November
1995.