Kata Kata Aluan
PENGARAH HOSPITAL PASIR MAS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Hospital Pasir Mas ini telah mula dibina pada tahun 1981 dan telah mula beroperasi secara berperingkat mulai 1 hb. September 1985 dengan kakitangan seramai 50 orang. Perasmian hospital ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yapg Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim pada 3hb. Mei, 1986. Beban kerja meningkat secara mendadak pada tiga tahun pertama dan seterusnya meningkat setiap tahun. Dalam perkembangan 

perkhidmatan hospital ini anggota hospital pun telah meningkat kepada 237 orang. Pelbagai projek pembangunan telah diadakan untuk menampung perkembangan perkhidmatan. Di antara Pembangunan yang diadakan termasuklah bangunan farmasi dan makmal ubat, bangunan stor bagi barang-barang mudah terbakar, pembesaran bilik bersalin, pembinaan masjid hospital, pembukaan taman didikan kanak-kanak dan nurseri.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah BISTARI dan terima kasih kepada sesiapa jua yang telah memberi sumbangan dalam penerbitan majalah ini. Hospital ini telah mengeluarkan Edisi Bulanan Berita Hospital Pasir Mas hampir tiga tahun. Sebelum itu hospital ini bersama Nesihatan dan Pergigian Pasir Mas telah mengeluarkan buletin yang dinamakan Pena Mas. Inilah kali pertama hospital ini mengeluarkan satu majalah. Namanya serta muka depannya telah dipilih dalam satu pertandingan yang dibuka kepada anggota hospital ini.

Perkhidmatan-perkhidmatan baru yang telah ditambah termasuk fisioterapi dan pemulihan cara kerja, kaunseling, pendidikan pesakit, lembaga pelawat hospital, perpustakaan, stor integrasi, perkhidmatan komputer, perkhidmatan pemeriksaan PAP smear, perkhidmatan berkhatan sepanjang tahun, perkhidmatan pembedahan dengan bius dan menjadi pusat latihan amali bagi penuntut-penuntut Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta dan Sekolah Jururawat Masyarakat Pasir Mas. Hospital ini juga berbangga kerana kemenangan Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan pada 1993, memenangi Pertandingan Landskap tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan pada 1993 dan tempat kedua pada 1994.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
 
tt

Dr. Ziaudin Ahmed bin Abdul Kareem,

Pengarah Hospital Pasir Nas. 1