Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai
Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan
Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai
kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan
mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu
amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan
amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa
yang engkau gemar dan ingini).