Format persembahan wayang kulit mengandungi berbagai
unsur hiburan dan pendidikan
berdasarkan cerita hikayat, cerita rakyat dan lagenda, selaras
dengan cita rasa penonton. Upacara ritual, gerak patung, ucap, nyanyian,
iringan muzik, dan unsur-unsur visual
sebagai elemen penting di dalam format
persembahannya.
Terdapat dua
teknik yang digunakan oleh dalang semasa persembahan wayang kulit iaitu pertama,
teknik menyusun dan melayang
patung serta keduanya teknik mengembangkan cerita. Teknik ini berdasarkan format di
dalam aturan dalang yang hanya
di peroleh dan dipratik oleh dalang melalui latihan formal. Hasilnya amat mengkagumkan sehingga terdapat
persamaan di dalam persembahan antara
satu dalang dengan dalang yang lain.
Sistem pendidikan dalang mengandungi sukatan mata pelajaran lengkap yang
merangkumi teknik persembahan dan kaedah membentuk keperibadian dalang.
Sebagai pelakon solo, dalang mewakili puluhan
watak di dalam persembahan,
bertindak menyampaikan cerita, dailog, nyanyain dan sebagai
ketua kumpulan. Dalang juga
berkebolehan bermain kebanyakkan
alat muzik, menjadi pakar rujuk untuk
upcara ritual malah sebagai bomoh yang memberi sumbangan kepada
masyarakat. Ilmu yang diperoleh semasa
belajar digarap, dikumpul dan diadun, untuk mengahasilkan persembahan yang
bermutu.
Kalangan penonton sering beranggapan bahawa
persembahan lakonan dalang berdasarkan improvisasi bebas. Angapan ini kurang
tepat kerana persembahan wayang kulit walaupun berdasarkan improvisasi tetapi
improvisasi itu terangka. Improvisasi
terangka membekalkan kerangka untuk dalang mengisikan perinciannya dengan improvisasi bebas. Dalang bertindak secara sepontan terhadap situasi luar–jangka
sewaktu persembahan improvisasi bebas yang dikendalikan melalui aksi-aksi vokal
dan fizikal. Oleh yang demikian,
terdapat ucap tetap, gerak tetap, cerita tetap dan watak stok di dalam persembahan
wayang kulit yang menjadi aturan asas untuk mengawal improvisasi bebas. Dalang sebagai pelakon solo tidak berinteraksi dengan pelakon yang lain, tetapi
berinteraksi dengan dirinya. Situasi
luar-jangka hanya dapat diatasi dengan
kekuatan mental dan fizikal yang ada di
dalam diri dalang. Kesemua
dipelajarinya melalui perantisan ( apprenticeship
) dan pengamatan terhadap dalang-dalang lain. Oleh itu, dalanglah yang mencorakkan segala-galanya sepanjang
ruang-waktu persembahan melalui lakonannya.
Kaedah Aturan Dalang masih menjadi ikutan dan diperturunkan
kepada generasi dalang hingga hari ini.
END.
Petikan Abstrak
Oleh
Jamaludin bin Osman
Pusat Pengajian Seni USM