|
Di dalam laman ini
terkandung tip-tip yang anda boleh gunakan ketika dalam
proses pembikinan laman anda.
- Perlu diingatkan
bahawa imej-imej dalam laman anda mengambil masa
untuk dimuat turunkan. Jika besar imej anda, maka
lambatlah proses muat turunnya. Maka tiadalah
sesiapa yang akan pergi melawat hompej anda.
- Gunakan grafik yang
berulang-ulang, ini kerana pada komputer
pengunjung terdapat satu ruangan yang dikhaskan
oleh browser pengunjung untuk menyimpan data-data
yang telah dibaca dari laman anda. Jika anda
menggunakan grafik yang sama pada laman anda yang
lain, maka browser tersebut akan mengambil data
dari ruangan tersebut tanpa memuat turun dari
hompej anda semula. Proses ini adalah sangat
cepat.
- Kecilkan imej anda.
Anda tentu terperanjat jika saya katakan fail
format GIF boleh dikecilkan lagi saiznya. Dengan
penggunaan perisian-perisian tertentu seperti WebImage(boleh
didapati di www.download.com), anda boleh
mengurangkan warna yang digunakan pada imej
tersebut tanpa menghilangkan sifat-sifat asal.
Jika saiznya dikecilkan maka masa untuk proses
muat turun juga akan dikecilkan.
- Letakkan sifat width
dan height pada setiap imej anda. Ini
untuk memberikan ruang kosong kepada kawasan imej
jika pengunjung mematikan fungsi AutoLoad Image.
Proses ini juga mencepatkan paparan hompej anda.
|