Bahagian-IX

Jadual di dalam HTML - III


 
Untuk penggabungan baris pula, ia sedikit kompleks.
tetapi boleh difahami caranya jika diperhatikan dengan teliti.
   
 
   

-------------------------------------------
<table border=1>
        <tr><td  rowspan=2>&nbsp;</td> <td>&nbsp;</td></tr>
        <tr><td>&nbsp;</td></tr>
        <tr><td>&nbsp;</td> <td>&nbsp;</td></tr>
</table>
-------------------------------------------

Pada baris pertama diletakkan sifat rowspan pada tag <td> dan jumlah tag <td>...</td> yang ditulis ialah 2. Oleh kerana nilai sifat rowspan yang ditulis ialah 2, maka pada baris kedua, jumlah tag <td>...</td> hanyalah satu kerana penggabungan yang mahu dilakukan ialah pada kotak A11 dan A21.


Jika penggabungan ialah pada baris kedua dan ketiga.
Jika penggabungan ialah pada baris kedua dan ketiga.
   
   
 

-------------------------------------------
<table border=1>
        <tr><td>&nbsp;</td> <td>&nbsp;</td></tr>
        <tr><td rowspan=2>&nbsp;</td><td>&nbsp;</td></tr>
        <tr><td>&nbsp;<td></tr>
</table>
-------------------------------------------


Jadual yang lebih kompleks
  Organisasi
Ketua Kakitangan
Kelas Mahir Mahir Separuh Mahir
Jumlah      
Kemampuan      

Contoh di atas menunjukkan cara penggunaan jadual yang lebih kompleks. Diharapkan anda dapat menguasai tag-tag jadual dan boleh menggunakan tag-tag ini. Tetapi jika diperhatikan pada jadual di atas, Kedudukan huruf-hurufnya sejajar pada baris kiri jadual tersebut, dan kotak-kotak pada jadual tersebut hanya muat-muat sahaja

Contoh di bawah pula ialah jadual yang telah dinaiktarafkan. Teks untuk setiap lajur telah diketengahkan dan jarak antara teks dan garisan sempadan telah ditambah.

  Organisasi
Ketua Kakitangan
Kelas Mahir Mahir Separuh Mahir
Jumlah      
Kemampuan      

Kod yang telah digunakan ialah

----------------------------------
<table border=1 cellpadding=10>
	<tr align=center>
		<td rowspan=2>&nbsp;</td>
		<td colspan=3>Organisasi</td>
	</tr>
	<tr align=center>
		<td>Ketua</td>
		<td colspan=2>Kakitangan</td>
	</tr>
	<tr align=center>
		<td>Kelas</td>
		<td>Mahir</td>
		<td>Mahir</td> 
		<td>Separuh Mahir</td>
	</tr>
	<tr align=center>
		<td>Jumlah</td>
		<td>&nbsp;</td>
		<td>&nbsp;</td>
		<td>&nbsp;</td>
	</tr>
	<tr align=center>
		<td>Kemampuan</td>
		<td>&nbsp;</td>
		<td>&nbsp;</td>
		<td>&nbsp;</td>
	</tr>
</table>
-----------------------------------

Diharapkan anda sudahpun memahami cara-cara untuk membuat jadual. Topik di bawah ini pula berkisar tentang cara-cara untuk memformatkan jadual anda supaya ia dapat dipaparkan dalam bentuk yang dikehendaki.


left btn right btn
1