Sekarang kita
akan bergerak kepada bingkai yang lebih kompleks.
Kita akan membuat bingkai seperti di sebelah. Kod
yang diperlukan untuk membuat bingkai seperti ini
adalah seperti berikut.
 |
----------------------------------------
<html>
<head></head>
<frameset cols="10%,90%">
<frame src="menu.htm" name="ruanganmenu">
<frameset rows="10%,90%">
<frame src="iklan.htm" name="ruanganiklan">
<frame src="isi1.htm" name="ruanganisi">
</frameset>
</frameset>
</html>
----------------------------------------
|
Jika kita
perhatikan kod di atas terdapat dua tag frameset.
Ini adalah perlu kerana pada lajur kedua kita
hendakkan ia mempunyai 2 baris. Kembali kepada
asas, Baris pertama selepas tag frameset
yang pertama menentukan sumber untuk lajur
pertama. Tetapi untuk lajur kedua kita mahukan ia
terbahagi kepada 2 baris, maka baris kedua
selepas tag frameset cols yang pertama,
kita letakkan satu tag lagi tag frameset rows
supaya ia dapat membahagikan lajur kedua kepada 2
baris. Senang bukan, kesimpulannya tugas tag frameset
ialah untuk membahagikan lajur(cols) atau
baris(rows). Manakala tag frame
pula ialah untuk menentukan sumber fail html pada
lajur yang ditetapkan.
Untuk contoh
kedua, kita akan membuat bingkai seperti di
sebelah.
Bingkai ini adalah sama seperti bingkai di contoh
sebelum ini, tetapi jika diperhatikan betul-betul
ada kelainannya. Bingkai ini mempunyai 2 baris
dan pada baris kedua, ia mempunyai 2 lajur. Kod
yang diperlukan adalah seperti berikut:
 |
----------------------------------------
<html>
<head></head>
<frameset rows="10%,90%">
<frame src="iklan.html" name="ruanganiklan">
<frameset cols="10%,90%">
<frame src="menu.html" name="ruanganmenu">
<frame src="isi1.html" name="ruanganisi">
</frameset>
</frameset>
</html>
----------------------------------------
|
Jika anda
perhatikan, pada tag frameset pertama
diletakan sifat rows untuk membahagikan
halaman itu kepada 2 baris. Manakala pada tag frameset
kedua diletakkan sifat cols untuk
membahagikan baris kedua kepada 2 lajur.
|