Bahagian-VIII

Bingkai di laman HTML - III


 
Penerangan untuk fail menu.htm
----------------------------------------
<html>
<head></head>
<body>
        menu
        <br>
        <a href="isi1.htm" target="ruanganisi">mukadepan</a><br>
        <a href="isi2.htm" target="ruanganisi">biodata</a><br>
        <a href="isi3.htm" target="ruanganisi">pantun</a><br>
        <a href="isi4.htm" target="ruanganisi">sajak</a><br>
        <a href="isi5.htm" target="ruanganisi">peribadi</a><br>
</body>
</html>
----------------------------------------
nota:simpan fail ini sebagai menu.htm

Fail ini bertujuan sebagai laman menu untuk tapak web anda. Ruangan menu ini akan sentiasa wujud di skrin. Oleh kerana sekarang skrin sudah terbahagi kepada 2 bahagian dimana bahagian kanan mempunyai majoriti ruangan, maka jika pengunjung klik pada jalinan-jalinan disebelah kiri, seperti biodata, pantun dan sajak. Browser html anda akan mencari fail isi2.htm, isi3.htm, dan isi4.htm dan meletakkannya di ruangan yang telah kita namakan ruanganisi (bahagian 90%).


Bagaimana caranya?
Ini dilakukan dengan setiap jalinan dalam ruangan menu diletakkan sifat target="ruanganisi". Jika sebelum ini, tanpa penggunaan target, ruangan dimana jalinan tersebut berada, yang akan berubah. Kini yang berubah ruangan lain, iaitu ruangan ruanganisi.


Mengapa ada pula tag body pula dalam fail ini?
Ya, tag body perlu ada kerana jalinan-jalinan ini hendak dipaparkan di skrin atau dalam kata lain fail ini berfungsi untuk paparan.

left btn right btn
1