Bahagian-IV

Imej dalam HTML - III


 
Masalah-masalah tentang Imej
Ramai yang masih keliru dengan penggunaan tag <img> ini. Mereka ini hanya menggunakan Netscape Composer ataupun Microsoft FrontPage untuk membuat laman web tanpa pengetahuan yang lengkap tentang bahasa HTML. Dan apabila berlaku sesuatu yang tidak difahami, sebagai contoh, paparan gambar tidak ada, barulah mereka sedar yang betapa pentingnya pengetahuan tentang bahasa HTML ini.

Fail HTML sebenarnya hanya berfungsi untuk memanggil fail-fail imej yang anda telah sediakan, sebagai contoh, comp.gif ataupun light.gif. Fail imej ini tidak disimpan bersama dengan fail html anda, ia adalah satu fail yang berasingan. Jika anda mahu memindahkan lokasi fail-fail html anda, anda perlu juga memindahkan fail-fail imej anda sekali.


Masalah Pertama
Kebiasaanya masalah yang selalu berlaku tentang imej ialah gambarajah yang dikehendaki tidak kelihatan pada skrin komputer. Masalah ini boleh diperbaiki dengan sedikit pengetahuan tentang html.

Sebagai contoh sila lihat gambarajah di bawah. Ia menunjukkan bahawa terdapat 3 fail iaitu myfile.htm(fail html), comp.gif(fail imej) dan light.gif(fail imej). Fail myfile.htm ini pula akan menentukan lokasi kedudukan imej tersebut. Manakala browser anda akan mencari fail imej ini mengikut apa yang anda tulis di sifat <img src="...nama...">.

Perihal lokasi, Lokasi imej memainkan peranan penting dalam penggunaan tag imej. Terdapat 3 jenis lokasi yang boleh anda gunakan. Sebagai contoh

--Untuk imej yang berada pada direktori yang sama dengan fail html pemanggil---
<img src="imej.gif">
---------------------
--Untuk imej yang berada di mana-mana lokasi di Internet--
<img src="http://www.geocities.com/SiliconValley/Vista/2459/imej.gif">
---------------------
--Untuk imej yang terkandung pada direktori komputer pengunjung--
<img src="c:\windows\imej.gif">
---------------------

Perhatian, bahawa pada kebiasaannya jika anda menggunakan Netscape Composer, Microsoft FrontPage, Microsoft Word 97, perisian ini akan mencari fail itu dan membuatkan jalinan itu seperti ini,

---------------------
<img src="d:\downloads\image\imej.gif">
---------------------

Malangnya jika anda memuat-naikkan laman anda, paparan imej itu mungkin ada pada komputer anda tetapi tidak pada komputer orang lain kerana tidak semestinya komputer mereka mempunyai fail imej.gif pada pemacu disket d:\downloads\image... Penyelesaian, oleh itu sebaik-baiknya anda menyimpan kesemua fail-fail html dan gif/jpg anda dalam satu folder/direktori, dan pada setiap tag img src=.., anda cuma letakkan nama fail imejnya sahaja.


Masalah Kedua
Akan tetapi anda telah pun mengikuti arahan-arahan di atas, fail sudah berada dalam satu folder dan anda telahpun memuat-naikkan fail imej beserta fail html anda, tetapi anda tidak berupaya membuat laman anda memaparkan gambar. Mengapa ya..???

Masalah ini boleh diperbaiki dengan menggunakan huruf kecil untuk setiap nama fail-fail html atau nama fail gambar anda, dan pada tag <img src="namafailhurufkecil.gifpunhurufkecil"> anda buat begini.

Memanglah pada komputer anda gambar-gambar boleh dipaparkan kerana sistem yang anda gunakan tidak membezakan huruf kecil dengan huruf besar, ( Windows 3.1, Windows 95). Tetapi sistem yang digunakan oleh pelayan(sistem Unix) yang mengandungi fail-fail anda di geocities MEMBEZAKAN antara huruf kecil dan huruf besar. Senarai nama di bawah mungkin tidak dibezakan oleh sistem komputer anda, tetapi kesemua nama-nama ini dibezakan oleh pelayan komputer di Geocities.

index.htm   Imej.JPG
index.HTM    imej.JPG
index.html   Imej.JPEG
Index.html   Imej.jpg
iNDex.Htm    imej.jpg
INDEX.HTML   iMej.JPG
inDEx.hTM    imEJ.Jpg
indEX.HtM    imej.JpG

Anda seharusnya berhati-hati kerana nama-nama untuk setiap fail ini boleh berubah secara automatik semasa proses muat-naik laman anda. Sebab itu pada laman muat-naik di Geocities, anda mempunyai pilihan untuk menukar kesemua nama fail dengan huruf kecil semasa proses muat-naik berjalan.


Masalah Ketiga
Anda telah berupaya menyelesaikan masalah pertama dan kedua, tetapi fail imej anda masih juga tidak kelihatan. Kenapa?!!??!. Ini kerana fail imej anda telah ROSAK, atau lain dari bentuk yang dikehendaki iaitu GIF dan JPEG/JPG. Anda terpaksa mengganti fail imej yang telah rosak dengan fail yang tidak rosak.

left btn right btn
1