|
Pergerakan |
Untuk memudahkan
pengunjung bergerak dari satu laman ke satu laman
yang lain, anda boleh meletakkan jalinan di dalam
laman anda. Penggunaan jalinan yang tidak betul
akan mengakibat pengunjung tidak dapat mencari
maklumat yang dikehendaki dan adakalanya
pengunjung boleh sesat di dalam laman anda. Untuk
itu, anda bolehlah menggunakan cara-cara yang
disebutkan di bawah.
- Pertama

Penyusunan
sebegini berguna jika anda mempunyai
banyak topik dalam laman anda. Anda
perlukan satu laman yang berfungsi
sebagai menu dan melalui laman ini
pengunjung boleh melompat dari satu laman
ke satu laman yang lain.
- Kedua

Jika
anda membuat laman yang berkisar tentang
tutorial dan anda mahukan pastikan
pengunjung melihat setiap laman-laman
anda. Cara penyusunan laman sebegini amat
sesuai dan akan membuatkan pengguna
bergerak dari satu laman ke satu laman
yang lain tanpa terlepas laman-laman
penting.
- Ketiga

Corak
penyusunan sebegini agak kelam kabut,
tetapi ianya memudahkan pengunjung
bergerak antara satu laman ke satu laman
yang lain dengan cepat.
|
Untuk mencapai
pergerakan-pergerakan seperti di atas, beberapa
cara boleh digunakan. |
- Penggunaan
Bingkai
Penggunaan
bingkai akan membuatkan jalinan anda
sentiasa wujud di dalam laman anda. Ini
adalah satu cara dimana pengguna tidak
perlu pergi ke laman MENU UTAMA
untuk melompat ke topik-topik yang lain
di dalam laman anda. Walau bagaimanapun,
penggunaan bingkai ini tidak digalakkan
kerana sesetengah browser tidak menyokong
penggunaan bingkai. Berbalik kepada konsep
browser umum, jika anda mahukan laman
yang berbingkai pastikan juga anda
mempunyai laman yang tidak berbingkai.
- Penggunaan
Combo Box
Penggunaan
Combo adalah satu cara untuk memudahkan
pengunjung melompat ke laman yang lain
dalam tapak web anda. Ini adalah cara
yang paling mudah pengguna untuk bergerak
dari satu laman ke laman yang lain.
Rekaan sebegini juga menjimatkan ruang.
- Penggunaan
Jalinan
Ini adalah cara yang biasa digunakan oleh
pereka-pereka web. Dengan mengklik pada
perkataan-perkataan yang telah ditetapkan
jalinannya maka ia akan membawa
pengunjung ke laman yang dikehendaki.
Jalinan boleh dalam bentuk teks atau
gambar. Jika anda mahukan jalinan dalam
bentuk gambar, anda mempunyai 2 pilihan,
iaitu
- sebuah
imej untuk satu jalinan, atau
- satu
imej untuk beberapa jalinan
(pemetaan imej).
|
|