LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN MASALAH BINGKAI |
Jika anda menggunakan bingkai anda mungkin akan menghadapi masalah seperti ini. Iaitu bingkai anda mungkin akan menjadi berganda.
Seperti di bawah.
Kita lihat puncanya dahulu. Ini berlaku kerana laman anda terdapat jalinan yang merujuk kepada fail index.html. Maka browser akan menganggap bahawa fail index.html perlu di letakkan di dalam ruangan jalinan itu berada menjadikan paparan anda seperti di atas.
Penyelesaiannya. Anda jangan buat jalinan yang merujuk kepada fail index.html tetapi anda buat jalinan yang merujuk kepada fail isi untuk ruangan tersebut. Begini
<a href="isi2.html" target="namaruanganyanghendakditukar"> jalinan</a>
ataupun jika anda mahukan jalinan itu merujuk kepada index.html. anda buat begini.
<a href="index.html" target="_top">jalinan</a>
target="_top" akan membuatkan laman index.html tidak berada di dalam mana-mana bingkai lagi.
Tekan butang back untuk kembali ke tutorial HTML.