PEKERJAAN SEKARANG

Bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kompleks Bernas Utama Sdn. Bhd., Simpang Lima, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Ditugaskan dibahagian Pentadbiran dan terlibat juga dengan bahagian Kewangan.

PENGALAMAN KERJA

Selepas tamat persekolahan, saya berkawan rapat dengan abang   saudara saya yang pada masa itu masih menganggur. Bapa saudara saya adalah Siak Masjid, Taiping pada masa itu. Jadi kalau ada kematian beliau akan dihubungi untuk menguruskan jenazah tersebut. Memandangkan saya dan abang saudara saya itu masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, maka kerja-kerja menggali liang diserahkan kepada kami. Upahnya tidak menentu. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Tetapi paling lekehpun, sepuluh ringgit selubang. Itupun sudah cukup lumayan pada masa tu. Kalau satu hari ada dua tiga kematian?...

Selain daripada itu membantu bapa menghantar kueh ke kedai-kedai makanan di Taiping, mengajar budak-budak mengaji quran, menangkul ikan dan sebagainya. Tak kira dapat upah ke atau tidak. Yang penting ialah mencari pengalaman.

Pada bulan April, 1971 saya dipelawa oleh Tengku Menteri, Haji Wan Mohd. Noor, O.B.J. Taiping untuk bekerja dengan beliau mengendalikan urusan akaun perniagaannya sebagai Pelatih Penyimpan Kira-kira. Upahnya saya tak persoalkan. Yang penting ialah mencari pengalaman. Walau bagaimanapun saya diberi upah sebanyak lima puluh ringgit.

Sewaktu bertugas saya sering meneliti iklan-iklan dalam akhbar-akhbar tempatan yang dibekalkan disitu dan saya cuba memohon beberapa jawatan dengan menggunakan mesyin taip pejabat itu. Pada pertengahan bulan Jun, 1971 surat tawaran temuduga telah saya terima daripada Perbadanan Pemasaran Padi Dan Beras, Kuala Lumpur. Pada 1 Julai tahun itu saya telah menghadziri temuduga jawatan Penolong Penyimpan Kira-kira di Perbadanan Pemasaran Padi Dan Beras, Bangunan Bangkok Bank, Kuala Lumpur.

Saya telah berjaya dalam temuduga tersebut dan telah diarah melapurkan diri untuk bertugas di Perbadanan Pemasaran Padi dan Beras, Kedah/Perlis, Bangunan Keat Hwa, Jalan Teluk Wanjah, Alor Star, Kedah pada 1 Ogos, 1971. Ramai juga yang datang melapurkan diri pada hari itu dengan pelbagai jawatan yang ditawarkan. Selepas mendengar taklimat daripada Pengurus Rancangan, Encik Masri, penempatan kami dipecahkan kepada dua lokasi, iaitu Anak Bukit dan Arau. Saya dan beberapa orang kawan telah dibawa dengan land rover pejabat untuk ditempatkan di Kompleks Mengering Padi, Arau, Perlis. Pengurus Kompleks pada masa itu ialah Encik Ibrahim bin Abdul Manan. Oleh kerana berlebihan kakitangan pada masa itu, saya telah ditugaskan mengawal lori yang keluar masuk kompleks untuk beberapa ketika dan selepas itu ditugaskan untuk menimbang lori-lori padi yang keluar masuk.

Pada 1 Januari, 1972 saya ditukarkan ke kompleks yang baru dibuka iaitu Kompleks LPN, Sungai Baru, Alor Star, Kedah. Pengurus Kompleks pada masa itu ialah Encik Shamsudin Marzuki. Disana saya ditugaskan sebagai kerani pengangkutan disamping tugas-tugas memeriksa bil-bil belian padi.

Pada 1 Januari, 1973 saya ditukarkan ke Pejabat LPN Alor Star, di Bangunan Keat Hwa, Jalan Teluk Wanjah dan ditugaskan untuk mengumpul maklumat belian padi bagi kompleks-kompleks dan mengendalikan Lejar Siberhutang.

Pada 1 Mei, 1973 saya telah bertukar ke Gudang Beras LPN, Bagan Serai atas permohonan sendiri. Permohonan tersebut dibuat kerana ingin berdekatan dengan kampung halaman saya di Bukit Gantang, Taiping. Saya adalah kerani tunggal disitu dan diberikan tugas sebagai kerani am yang mengendalikan berbagai tugas seperti pentadbiran, kewangan, gundal, taip-menaip termasuk bahagian Penguatkuasa dan sebagainya.

Pada 16 Januari, 89 saya ditukarkan ke Kompleks LPN Simpang Lima dan diberi tugas di Bahagian Pentadbiran.hinggalah kehari ini. Disamping itu melaksanakan tugas menimbang dan membantu dalam kerja kerani kewangan. Pengurus-pengurus kompleks semasa saya bertugas di Simpang Lima adalah Encik Adnan Sulong, Encik Fadzil b. Mohd. Salleh, Encik Zulkefeli Kadir dan Encik Muhamad Razif b. Kasim.

Siapa Saya | Tempat Kerja | Home

Emel saya ialah : ahsanari@hotmail.com
1