PIALA PENGADIL SAFA KENINGAU DIVISEN I & II
DIVISEN I

Pertandingan Bola Sepak Divisen I Piala Pengadil SAFA Keningau adalah satu format baru yang diperkenalkan mulai tahun 1999, sebagai satu kesinambungan daripada Pertandingan Piala Pengadil SAFA Daerah Keningau 1999. Dalam pertandingan ini, sepuluh pasukan terbaik dalam Pertandingan Bola Sepak
Piala Pengadil SAFA Daerah Keningau 1999 ditawarkan untuk bertanding dalam Divisen I.

Format pertandingan ialah liga dalam kumpulan untuk satu pusingan sahaja, di mana Divisen ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan mempunyai lima pasukan. Setiap pasukan dengan itu berpeluang untuk bermain dalam 4 perlawanan bagi menentukan johan dan naib johan kumpulan masing-masing.

Penentuan kumpulan dibuat melalui kiraan mata, jaringan bersih (jaringan - bolos), jaringan dan bolos. Johan dan naib johan kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir, dan pemenang dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir akan bertemu dalam perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan Divisen I.

Pasukan-pasukan yang layak ke separuh akhir juga layak ditawarkan untuk menyertai Pertandingan Piala Juara Keningau bersama-sama dengan Johan dan naib Johan dari Divisen II
.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Delsum Abdullah @ Salus (Tel: 087-332768) atau Encik Zulkarnain Zaini (Tel: 087-339042 (R), 331330 (P), 010-8823684 (HP) ,

atau email kami di alamat
sarefkgu@sabah.org.my


DIVISEN II

Pertandingan Bola Sepak Divisen II Piala Pengadil SAFA Keningau adalah satu format baru yang diperkenalkan mulai tahun 1999, sebagai satu kesinambungan daripada Pertandingan Piala Pengadil SAFA Daerah Keningau 1999. Dalam pertandingan ini, lapan pasukan yang selebihnya dalam Pertandingan Bola Sepak
Piala Pengadil SAFA Daerah Keningau 1999 yang mempunyai pengurusan pasukan yang baik dan mempunyai pemain-pemain yang berpotensi dan berdisiplin ditawarkan untuk bertanding dalam Divisen II. Disamping itu, untuk menyerikan lagi pertandingan ini, beberapa pasukan yang baru juga dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

Format pertandingan ialah liga dalam kumpulan untuk satu pusingan sahaja, di mana Divisen ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B setakat ini. Setiap kumpulan mempunyai lima pasukan. Setiap pasukan dengan itu berpeluang untuk bermain dalam 4 perlawanan bagi menentukan johan dan naib johan kumpulan masing-masing.

Penentuan kumpulan dibuat melalui kiraan mata, jaringan bersih (jaringan - bolos), jaringan dan bolos. Johan dan naib johan kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir (jika hanya terdapat dua kumpulan) atau suku akhir (jika terdapat empat kumpulan), dan perlawanan dibuat secara kalah mati. Pemenang dalam perlawanan-perlawanan berkenaan akan layak ke peringkat seterusnya. Pemenang-pemenang di peringkat separuh akhir akan bertemu dalam perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan Divisen I.

Johan dan naib johan Divisen II ini juga layak ditawarkan untuk menyertai Pertandingan Piala Juara Keningau bersama-sama dengan empat pasukan terbaik dari Divisen I
.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Delsum Abdullah @ Salus (Tel: 087-332768) atau Encik Zulkarnain Zaini (Tel: 087-339042 (R), 331330 (P), 010-8823684 (HP) ,

atau email kami di alamat
sarefkgu@sabah.org.my


Ahli Jawatankuasa Pengadil

Aktiviti Tahunan Pengadil

Undang-Undang Permainan Bola Sepak

Senarai Pengadil SAFA Keningau

Piala Pengadil SAFA Keningau



1