
Sekali imbas....sudah tentu Model Ferrari. Untuk pengetahuan Sahabat sekalian
Model F 355 F1 direka khas untuk perlumbaan sport car.Bentuk badannya yang dinamik
mantap dan kedudukan yang stabil semasa memandu,memberi keselesaan yang amat memuaskan
bagi sesiapa sahaja yang memandunya. Malah, reka bentuk model F355F1 ini mencakupi ciri-
ciri keselamatan yang diakui oleh golongan profesional dalam bidang pengeluaran automobil.
Warna merah menjadi asas kepadamodel ini dan sudah tentulah warna merah merupakan warna
asas Ferrari. Ada orang mengatakan bahawa merah adalah ferrari dan begitulah sebaliknya.

Penggunaan enjin berkuasa kuda dengan menggunakan peralatan terkini,sudah pasti kelajuan had
maksimanya tidak dapat dibayangkan. Bukan itu sahaja,Ferrari juga menambah beberapa peralatan
termasuklah suspensinya,brek,enjin turbo dengan sokongan racing turbo dan sebagainya,bagi
memastikan setiap keluaran Model Ferrari berkualiti tinggi memadai dengan harganya yang begitu
mahal. Di samping itu juga, Ferrari membuat kelainan sedikit reka bentuk model ini, iaitu membuat
reka bentuk "sporty" terkini, berbanding sebelum ini membuat reka bentuk yang agak garang seperti Model FTO.
InsyaAllah saya akan cuba mengumpul maklumat lengkap mengenai Model ini,O.K..
Sekiranya sahabat sekalian mempunyai maklumat berkaitan Model ini,sila hantar ke e-mail saya.

Home