PENOLAKKAN AKIDAH INI DARIPADA KACAMATA AL QURAN.

1-Firman Allah Taala yang bermaksud:
 "Dan kerana ucapan mereka :sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih,Isa putra Maryam,Rasul Allah,padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya,tetapi (yang mereka bunuh ialah)orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang pembunuhan Isa,benar-benar dalam keraguan tentang dibunuh itu.mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu,kecuali mengikuti persangkaan belaka,mereka tidak pula yakin bahawa mereka bunuh itu Isa"(28)

Huraiannya:

 Ayat ini jelas menafikan kematian nabi Isa a.s (Jesus bagi Kristian) serta menolak kesemua dogengan ciptaan mereka itu.

2-Firman Allah Taala yang bermaksud:
 "Tetapi (yang sebenarnya),Allah telah mengangkat Isa kepadaNya.Dan adalah Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"(29)

3-Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Ketika Allah Taala berfirman:Hai Isa,sesungguhnya aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengankat kamu kepada ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu diatas orang-orang yang kafir sehingga hari kiamat.Kemudian hanya kepada akulah kembalimu,lalu aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya"(30)
Huraiannya:

 Mengenai cerita Isa a.s naik kelangit,tidak pernah tersebut bahawasanya Isa a.s naik kelangit dengan sendirinya yaitu tidak terdapat kalimah yang menggunakan kalimah Soida(naik) ataupun Irtafaa(naik) sepertimana yang terdapat dalam nas-nas golongan Kristian ini.
 Yang terdapat didalam Al Quran bahawa Allah Taala yang mengangkat Isa a.s(Jesus bagi Kristian) dengan menggunakan lafaz Rafaahu(menaikkan dia) seperti firman Allah Taala diatas.Dalam hal ini telah berlaku perbezaan yang jauh diantara nas golongan Kristian dengan Nas Al Quran yang mulia ini yaitu dari segi bahasa pada perkataan Soida dan Rafaa bagi nas Kristian dan perkataan Rafaa bagi nas Al Quran.
 Percanggahan antara kedua-dua Feel atau kata kerja tersebut merupakan percanggahan yang membawa kepada percanggahan dari segi akidah dimana perkatan Soida merupakan Feel Sulasi(kata kerja yang berasal dari tiga huruf arab) dan perkataan Irtafaa merupakan Feel Kumasi(kata kerja yang berasal dari lima huruf arab).Kedua-dua perkataan ini merupakan Feel Lazim yang berkehendakkan kepada pelaku.Dalam hal ini pelaku ini ialah Isa a.s (Jesus bagi Kristian).
 Maka dalam pengertian yang lain,kepercayaan Kristian ini menafikan bahawa Allah Taalalah yang mengangkat Isa a.s (Jesus bagi Kristian) ,bahkan tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Isa a.s (Jesus bagi Kristian) itu yang naik kelangit dengan sendirinya tanpa alat.Ini merupakan satu bentuk perbuatan yang terkeluar daripada perbuatan manusia biasa.
 Melalui pengertian daripada Al Quran pula yaitu didatangkan dengan Feel sulasi yang mutaadi(kata kerja yang melampaui) yaitu pada perkataan Rafaa ataupun dengan Isim Feel(nama perlaku) yaitu pada perkataan Warafiuka.Nas ini mengandungi ajaran asas nabi-nabi terdahulu yaitu:
i-Bahawasanya terangkat Isa a.s (Jesus bagi Kristian) dan kejayaannya menawan musuh adalah dari perbuatan Allah Taala Semata-mata dan bukannya di atas keupayaan Isa .as (Jesus bagi Kristian) sahaja.
ii-Bahawasanya hanya Allah Taala sahajalah yang tunggal dalam segala perbuatan ketuhanan yang tidak ada sekutu baginya.Allah Taalalah yang memelihara Isa a.s (Jesus bagi Kristian) yaitu hambanya dan juga rasulnya serta Allah Taala jualah yang melepaskan beliau daripada musuh-musuh beliau.
  Kesimpulannya bahawa kepercayaan Orang-orang Kristian ini telah melanggari serta tidak mengandungi asas serta bercanggah dengan apa yang diserukan oleh nabi-nabi terdahulu.Bahkan ianya hanya cedokan daripada akidah penyembah berhala.
 
Penutup

 Sukalah saya meminjamkan kata-kata Dr Al Hilal dalam kata-kata pengantarnya menyebut :"Christianity:men without Religion:Islam:Religion without men"yang bermaksud yang ada pada Kristian adalah manusianya,tidak pada Agama:manakala Islam pula adalah satu Agama tetapi ketiadaan pemeluknya.
 Telah nyata dan jelas kepada kita bahawa Agama Kristian adalah satu Agama yang tidak mempunyai hujjah yang kukuh bahkan hanyalah sebagai rekaan paderi-paderi meraka sahaja.
 Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat yang menatapi kertas kerja ini agar dapat memberi teguran sekiranya terdapat kekurangan dan sekiranya ianya memberi sedikit sebanyak pengajaran maka marilah kita bersama mengutipnya.
Segala amal yang sedikit ini amatlah diharapkan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t dan memberi manfaat kepada kita semua.
Wassalam.

Nota kaki:

1  -Surah Al Taubah : ayat 30
2  -Al Masihi   : 120
3  -Al Jawab Al Sohih : 122 Jilid 2
4  -Surah Al Maidah : ayat 17
5  -Surah Al Maidah : ayat 72-73
6  -Surah An Nisa : ayat 171
7  -Surah Al Baqarah : ayat 116
8  -Surah Al Taubah : ayat 30-31
9  -Injil Marqus  : m/s 10
    -Injil Yuhana : m/s 3-17
    - Risalah Rumawiyah : 3-23
10- Safar Tasniah atau perjalanan kedua ( muka surat 16-24)
11-Injil dan Salib : m/s 8
    -Al Masihiah : m/s 142
12-Kitab Aqidah Penyembah Berhala pada Ugama Kristian : m/s 130-165
     (Ust Muhammad Tahir Al Manir)
13-Surah Al Baqarah : m/s 30
14-Mafatihul Ghaib : Juzuk 1
15-Surah Al Araf : ayat 23
16-Dan yang dimaksudkan dengan sesat disini ialah mengikuti apa yang dibisikkan
      Syaitan
17-Surah Taha  : ayat 121-122
18-Surah An Nisa : ayat 157
19-Surah Ali Imran : ayat 55
20-Surah Al Baqarah : ayat 176
21-Tafsir Ibnu Kasir
22-maksudnya: anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapa-bapa mereka dan dikumpulkan dengan bapa-bapa mereka didalam syurga.
23-Surah Al Thur : ayat 21
24-Surah Al Muddassir : ayat 38
25-Surah An Najm : ayat 38-39
26-Tarikh Qibti : m/s 63-65
    -Zaki Syanudah : m/s 262/270
   : juzuk 1 dan juzuk ke-2
27-Akidah Penyembah Berhala : m/s 139-155
    -Kristian Dan Islam : m/s 58
28-Surah An Nisa : ayat 157
29-Surah An Nisa  ayat 158
30-Surah Ali Imran : ayat 55

Buku-Buku Rujukan:

1-Akidah Kristian dari Pandangan Al Quran
  -Dr Solah Abdul Alim Ibrahim
2-Kristianisasi Sebagai Sebuah Gerakan
   -Ghazali Basri
3-Christ In Islam
   -Ahmad Deedat
4-Al Quran Dan Terjemahan
   -Yayasan Penterjemah Al Quran
  5 -  Al Masihi
  -Dr Syed Ahmad Syalabi

Al Faqir

me
Ceramic
 

 
 
 
  
   
 
copyright@1999,wildanians@groupsyababwildans
copyright@1999,wildanians@groupsyababwildans
 
1