Gospel of Barnabas 2
Oleh: Rozi Bin Muda
Assalamu'alaikum wrt wbt!
Terlebih dahulu, saya memohon berbanyak maaf kerana berlaku banyak kesilapan
ejaan di dalam tulisan saya semalam mengenai perkara di atas. Ada beberapa
kesilapan yang patut saya betulkan misalnya:
1. "... para malaikat mengangkatnya daripada mukabumi dan meletakkannya
di atas langit *ketika* dengan ditemani oleh para malaikat." Perkataan
yang sepatutnya ialah *ketiga*.
2."Perihal ini diberitakan kepada Jesus yang berada pada *langir ketikan*
oleh malaikat, lalu Jesus berdoa ke hadrat Allah untuk berjumpa dengan
ibu serta para sahabatnya."
Perkataan yang dimaksudkan di sini ialah *langit ketiga*.
Mungkin ada dari kalangan pembaca yang cekap, terus teringat akan satu
hadis mengenai mi'raj(sahih Bukhari), yang terkandung di dalamnya satu
kenyataan bahawa Baginda Rasulullah(SAW) bertemu dengan Isa(AS) dan Yahya(AS)
pada langit KEDUA. Saya pun pernah terfikir malahan menganggap ia merupakan
satu pencanggahan fakta antara GOB dengan hadis yang sahih. Tetapi apabila
saya teliti semula, kenyataan Gospel of Barnabas (GOB) di atas merujuk
kepada "penempatan sementara", di mana baginda(ISA a.s) turun semula ke
bumi selama TIGA hari, sebelum diangkat semula ke langit, tanpa diberitahu
ke mana Baginda ditempatkan untuk selanjutnya. Maka fakta GOB ini tidak
bercanggah dengan kenyataan daripada hadis sahih Bukhari tersebut.
Bagi pembaca yang meneliti butiran yang saya kemukakan semalam, akan
didapati beberapa fakta yang berlawanan di antara kenyataan GOB ini dengan
kenyataan ke empat-empat gospel yang terdapat di dalam Bible. Di antaranya:
1) Judas Iscariot sendiri yang mengetuai gerakan menangkap Jesus (kerana
beliau yang tahu tempat penginapan baginda) dan beliaulah yang mula-mula
masuk ke rumah tersebut, di mana para sahabat sedang tidur. Bible menyatakan
pada masa itu, Jesus sedang berucap/berleter kepada para sahabat yang tidur,
(sedangkan baginda bersembahyang); yakni sejurus sebelum kedatangan Judas,
kesemua sahabat sudah terjaga; bahkan Jesus menunjukkan kepada mereka tentang
kedatangan Judas, yang mengistiharkannya sebagai pembelot [Matthew 26:
44-46, Mark 32:37-42, Luke 22: 45-48].
2) Rupa paras serta suara Judas Iscariot telah diubah oleh Allah menjadi
mirip Jesus, menjadikan para sahabat bingung, apatah lagi para askar. Perkataan
Judas yang menafikan beliau Jesus bahkan menerangkan kedatangnya untuk
menangkap Jesus, menyebabkan para sahabat melarikan diri dan membiarkan
askar yang keliru menangkap beliau. Manakala, di dalam Bible, para sahabat
cuba mempertahankan baginda, hanya saja dilarang oleh Jesus daripada berbuat
demikian [puak kristian berhujjah, insiden ini menunjukkan bahawa memang
Jesus secara rela dan MAHU disalib, sebagai imbalan kepada semua dosa manusia].
3) "Jesus" (di sini bermaksud Judas yang telah berubah rupa bentuknya
mirip Jesus0 telah meracau dan menimbulkan kemarahan Herod. Akibatnya,
beliau telah diseksa dengan pelbagai rupa, tetapi masih hidup. Kemudiannya,
Gabenor Rom, P. Pilate menyerahkan beliau kepada High Priest (ketua pendita
yahudi), setelah dibayar penebusannya. Golongan pelampau YAHUDI yang diketuai
oleh ketua pendita inilah yang seterusnya mengarak "Jesus" ke Mt. Cavalry,
menyeksa kemudian menyalibnya. Bible pula menyatakan cerita yang berlainan
di mana yang melaksanakan hukuman ialah pihak berkuasa Rom. [lihat kenyataan
al-Qur'an, surah an-Nisa', ayat 156-157 yang merujuk kepada perbuatan puak
Yahudi, bukan pihak berkuasa Rom!].
4) Semasa di palang, "Jesus" meraung dengan perkataan masyhur yang bermaksud
"Wahai, kenapa Kau membiarkan(forsaken/abandon) aku?", berulangkali sehingga
kematiannya. Kenyataan ini muncul juga di dalam Bible [Matthew 27: 45-46,
Mark 15:33-34]. Mengikut GOB, oleh kerana suaranya mirip Jesus, ramai orang
terkeliru menyangkakan ia sememanynya suara Jesus yang sebenar. Di sinilah
wujudnya konflik, kerana Jesus pernah menyatakan bahawa Baginda tidak akan
mati, sehingga hampir ke hari qiamat.
Oleh kerana wujud persepakatan di sini, katakan kita menerima lafaz
laungan tersebut. Kalaulah perkataan tersebut memang dilaungkan oleh orang
yang disalib itu, bagi seorang yang memerhati, tentu sahaja ia bukannya
Jesus, kerana perkataan tersebut bermaksud "sifat putus asa terhadap pertolongan
Allah serta menyalahkanNya" sedangkan bagi orang beriman, tidak mungkin
akan bersikap sedemikian [lihat misalnya ayat 87, surah Yusuf, melalui
perkataan Nabi Yaakub yang bermaksud "..tidak akan berputus asa daripada
rahmat/pertolongan Allah, melainkan orang-orang yang KAFIR"]; apatah lagi
bagi Isa(AS) yang merupakan seorang nabi lagi rasul! Maka, melalui kenyataan
Bible sendiri dapat dinafikan bahawa orang yang disalib itu adalah Nabi
Isa.[ Pihak kristian yang berhujjah dengan saya menyatakan perkataan ini
dikeluarkan ketika mana Jesus dipenuhi oleh seluruh dosa manusia, dan beliau
buat sementara daripada 'trinity' lantas dimatikan bersama dosa-dosa itu.
Sungguh melucukan, seolah-olah Tuhan turut sengsara diseksa akibat perbuatan
manusia dan sebahagiannya mati seketika bersama dosa - malahan komen ini
tiada disokong oleh mana-mana dalil mereka sendiri. Bidasan saya sebegini
terhadap hujjah yang dibuat membuatkan mereka 'merah muka' dan geram, tanpa
dapat berdalih lagi].
5) Di dalam GOB, ada dinyatakan perihal dua orang pengikut "who do not
fear God" yang mencuri mayat Judas, kemudian menyembunyikannya, seterusnya
menyebarkan berita bahawa kononya Jesus telah "rise again". Di dalam Bible,
tidak diketahui bagaimana batu di atas kuburan dialih, bahkan terus menceritakan
pertemuan antara Jesus dengan Mary Magdalena di sisi kubur sahaja, lantas
mereka pergi ke rumah Maryam.
6) Terdapat beberapa pesanan terakhir yang direkodkan oleh GOB mahupun
Bible. Di dalam GOB terdapat kenyataan khusus perihal kedatangan seorang
lagi nabi bernama MUHAMMAD yang akan membersihkan nama baginda. Tiada kenyataan
mengenai kedatangan "seseorang" yang lain di dalam Bible kecuali di dalam
John yang bermaksud:" But I am telling you the truth: it is better for
you that I go away, because if I do not go, the HELPER will not come to
you. But I do go away, the I will send HIM to you. And when HE comes, HE
will prove to the people of the world that they are wrong about sin and
about what is right and about what is right." [John 16:7-9].
Kenyataan dalam ayat ini jelas sekali bukan merujuk kepada Holy Spirit,
kerana peranan yang bakal dimainkan tidak menepati peranan Holy Spirit
yang mereka cuba gambarkan, bahkan manusia jua. [Lihat buku "Muhammad in
the Bible" oleh Ahmad Deedat untk huraian lanjut].
Inilah beberapa percanggahan mengenai kisah penyaliban dan seterusnya
di antara GOB dan Bible, yang begitu ketara menyebabkan sesiapa yang mempercayai
kenyataan Bible, tidak mungkin akan "compromise" dengan GOB.
Itulah antara sebabnya kenapa GOB telah cuba dimusnahkan habis-habisan,
hingga akhirnya satu simpanan yang disimpan hanya untuk kegunaan Pope bolos
jua sehingga dapat dibaca oleh sesiapa yang mahu membacanya. [Begitulah
ringkasan latarbelakang GOB mengikut penterjemah GOB ini].
Jadi, setelah meneliti beberapa fakta yang bercanggah di antara Bible
dan GOB, di mana kenyataan Bible banyak yang bercanggah dengan nas al-Qur'an
dan as-sunnah, manakala saya belum jumpai kenyataan bercanggah di dalam
GOB, saya memutuskan adalah lebih baik untuk mengkaji fakta di dalam GOB
daripada Bible, kerana Bible terbukti banyak sekali kekeliruan dan kesalahan
fakta. Bahkan, mengikut kenyataan Barnabas di dalam GOB, beliau memberi
amaran tentang peranan Paul [dikenali ramai oleh golongan kristian sebagai
St. Paul, bahkan lebih diutamakan di dalam Bible, padahal beliau bukanlah
sahabat Jesus yang tulin!], dalam menyesatkan manusia. Maka, saya, mengagak
apa-apa yang tertulis di dalam Bible (terutamanya New Testament) yang beredar
sekarang adalah dipengaruhi oleh ajaran Paul, yang telah dinyatakan oleh
Barnabas sebagai menyeleweng. Ajaran sebenar telah diketepikan oleh Paul,
manakala penganutnya diseksa, dibunuh dan buku-buku yang selain yang diluluskan
oleh Church of St. Paul, dimusnahkan. Apatah lagi, kenyataan daripada Bible
sendiri (misalnya dalam The Acts) yang merujuk Paul sebagai peranan utama
dalam menyebarkan ajaran kristian sehingga ke hari ini.
Maka, dengan ini, tamatlah huraian ringkas saya mengenai peristiwa penyaliban
"Jesus" mengikut persepsi Gospel of Barnabas, cuma perlu rasanya diingatkan
bahawa kenyataan daripada al-Qur'an dan as-sunnah sudahpun mencukupi dan
lengkap dalam memperihalkan apa-apa yang perlu kita ketahui mengenai kisah
para nabi dan seumpamanya. Rujukan kepada bahan-bahan lain hanyalah pengembangan
untuk kajian akademik biasa, itupun dengan memerlukan tapisan daripada
dua sumber asas islamiyyah tadi dalam memastikan kesahihan fakta tersebut.
Saya mengalu-alukan adanya penyelidikan mendalam dijalankan terhadap Gospel
of Barnabas ini oleh pengkaji yang berminat.
Semoga komentar ini bermanfaat untuk diri sendiri dan antum semua. Wassalamu'alaikum...!
Saudaramu dalam Islam,
Rozi Bin Muda
Gospel of Barnabas: Ulasan ==>Pembetulan
Assalamu'alaikum wrt wbt!
Sekali lagi ana memohon berbanyak maaf kerana melakukan banyak kesilapan
ejaan dan tertinggal perkataan yang penting, kerana ia ditaip secara tergesa-gesa
dan idea yang ditimbulkan pula secara spontan. Setelah menyemak, di sini
disertakan beberapa pembetulan [kedudukan tempat kesilapan akan ditandakan
dengan *...*] yang memang perlu supaya ayat-ayat tersebut difahami.
>4) Semasa di palang, "Jesus" meraung dengan *perkataan masyhur yang
bermaksud "Wahai, >kenapa Kau membiarkan(forsaken/abandon) aku?"*, berulangkali
sehingga kematiannya.
Sepatutnya: "...perkataan mahsyur di kalangan kristian yang bermaksud:
"Wahai Tuhan! Kenapa Kau membiarkan aku? (Inggeris: God! Why has you
fosaken me?)
>[ Pihak kristian yang berhujjah dengan saya menyatakan perkataan ini
dikeluarkan ketika >mana Jesus dipenuhi oleh seluruh dosa manusia, dan
*beliau buat sementara daripada* >'trinity' lantas dimatikan bersama dosa-dosa
itu. Sungguh melucukan, seolah-olah Tuhan >turut sengsara diseksa akibat
perbuatan manusia dan sebahagiannya mati seketika bersama >dosa - malahan
komen ini tiada disokong oleh mana-mana dalil mereka sendiri. Bidasan >saya
sebegini terhadap hujjah yang dibuat membuatkan mereka 'merah muka' dan
geram, >tanpa dapat berdalih lagi].
Sepatutnya: ...dan beliau terputus daripada hubungan 'trinity' buat
sementara waktu, lantas dimatikan bersama dosa-dosa itu...
Saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi kerana kesilapan yang
berlaku. Semoga perkara sebegini menjadi pengajaran buat diri dan ikhwan
semua bahawa kita memang tidak sempurna, malahan selalu cenderung melakukan
kesilapan. Maka, antara cara membendungnya ialah dengan menjauhi sebarang
sifat "tergesa-gesa", semaklah dan hisablah dengan teliti setiap perkara
yang bakal dilakukan supaya tingkah-laku dan tindakan kita itu tidak membawa
kesilapan, kesalahan, yang mungkin di antaranya boleh membawa kesan buruk
kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sesungguhnya antara tanda orang
mukmin itu adalah orang yang menyelamatkan tangan atau tindakannya daripada
melukai atau menyakiti saudaranya.
Ampun maaf jua dipinta. Wassalamu'alaikum...!
Saudaramu dalam Islam,
Rozi Bin Muda
|