Simposium Kedurjanaan ISA on November 7, 1998 - Organizers PAS, PRM & others


SIMPOSIUM KEDURJANAAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
 

                            TARIKH : 7hb NOVEMBER 1998 (17 REJAB 1419)

                            JAM : 8.00 pagi – 4.00 petang

                            TEMPAT : DEWAN BESAR MARKAZ

                                         TARBIYAH PAS PUSAT,

                                         Lorong Haji Hassan,

                                         Off Jalan Batu Geliga,

                                         Taman Melewar,

                                         68100 Batu Caves,

                                         Selangor Darul Ehsan.

 

 Anjuran : DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

 LATAR BELAKANG :

 Mendapati kurangnya suara-suara dan ketegasan masa kini berkenaan
dengan isu-isu yang menglibatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya
yang berkaitan dengan ISA, dan juga senario yang menyedihkan lagi dimana
di dalam kegawatan politik masa kini peranan mereka telah
 digembar-gemburkan oleh media cetak dan elektronik sebagai hanya
insan-insan yang diperalatkan, maka kami merasakan amat perlu supaya
suatu pendirian yang prihatin digembelingkan dan ditegaskan dengan
jelas.

 PENEKANAN :

 Platform suara yang aktif bergerak di dalam badan-badan politik dan
juga badan-badan bukan kerajaan yang amat prihatin terhadap
kesejahteraan masyarakat kita masa kini. Juga mengembalikan peranan dan
mertabat mereka daripada tohmahan insan-insan yang mudah diperalatkan
kepada pejuang-pejuang keadilan dan kesejahteraan umat.

 PENYERTAAN DAN PERWAKILAN:

     1.Badan-badan bukan kerajaan NGO yang berdaftar seperti ABIM, JIM,
 SUARAM, dll.
     2.Persatuan-persatuan Mahasiswa IPTA dan IPTS.
     3.Persatuan-persatuan Akademik/tenaga pengajar IPTA dan IPTS.
     4.Badan-badan kebajikan pekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan
 swasta.
     5.Ahli-ahli wanita parti-parti politik.
     6.Ahli-ahli Dewan-Dewan Muslimat PAS mewakili kawasan-kawasan
 dalam Wilayah Persekutuan dan wakil negeri-negeri.
     7.Individu tidak berparti dan pelajar-pelajar yang berminat.

 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 5hb NOVEMBER 1998 (Khamis)

 Tetamu Jemputan:

     1.Pimpinan PAS di peringkat Pusat dan negeri-negeri.
     2.Presiden, Majlis Peguam Malaysia.
     3.Isteri-isteri mangsa ISA.

 Yuran :

     1.RM 100.00 bagi 5 orang wakil-wakil pertubuhan / persatuan.
     2.RM 25.00 bagi individu tidak berparti yang berminat.
     3.RM 10.00 bagi pelajar-pelajar yang berminat.

 

 Untuk Penyertaan sila hubungi :-

 1. Ustazah Nuridah Mohd Salleh

                     Telefon : 03-6893481 (8.00pagi – 4.15 petang)

                     Fax : 603-6895770

 2. Hajjah Salbiah Abdul Wahab

                     Telefon : 03-7007148

 3. Puan Julia Yacub

                     Telefon : 03-2915111 samb. 3441

 

  TENTATIF SIMPOSIUM

 Tarikh : 17hb Rejab 1419 H - 7 November 1998

  08.00 pagi - 08.30 pagi - Pendaftaran Peserta Simposium

  08.30 pagi - 09.00 pagi - Majlis Perasmian

  09.00 pagi - 10.00 pagi - Kertas Kerja 1

                     ISA dan kaitannya terhadap penindasan hak-hak
asasi kaum wanita dalam kesatuan sekerja dan       Masyarakat Malaysia
masa kini.

                     Oleh :- Puan Irene Fernandez

                            Pengarah Tenaganita

  10.00 pagi - 10.15 pagi - Sesi soal-jawab

  10.15 pagi - 10.30 pagi - Rehat dan Jamuan

  10.30 pagi - 11.30 pagi - Kertas Kerja 2

                     Insiden-insiden penyalahgunaan ISA masa kini dan
    kenapa ianya perlu dihapuskan.

                     Oleh :- Dr. Syed Hussein Ali

                            Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)

 11.30 pagi - 11.45 pagi - Sesi soal-jawab

 11.45 pagi - 12.45 pagi - Kertas Kerja 3

                     ISA dan Pengunaannya dalam Perspektif Islam

                     Oleh :- Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

                            Naib Presiden PUM

 12.45 t/hari - 01.00 t/hari - Sesi soal-jawab

 01.00 t/hari - 02.00 petang - Rehat : Makan Tengahari , Solat Zohor

 02.00 petang - 03.00 petang - Kertas Kerja 4

                            Kenapa kita menentang ISA

                            Oleh :- Hj. Mahfuz Omar

                                  Naib Ketua DPPP

                                  Ketua Sektariat GERAK

 03.00 petang - 03.15 petang - Sesi soal-jawab

 03.15 petang - 03.45 petang - Penggulungan / rumusan

 04.00 petang - Bersurai

 09.00 malam - 11.00 malam - CERAMAH PERDANA : ISA PEMUSNAH KEADILAN
ISLAM

 

 AHLI PANEL -

 1) Puan Sabariah Abdullah - Wakil Ketua PRM

 2) Prof. Dr. Chandara Muzaffar - Presiden, International for a Just
World

 3) Tuan Hj. Khalid Samad - PAS

1