MURTAD

 Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun
> 1996.Bagi
> mengetahui hal sebenar , Muslimah sempat menemui bapanya ,Encik
> Kamaruddin Abdul
> Karim ,Abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit
> Kamaruddin yang
> sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut. Malangnya ibunya, Puan
> Kalsom Ghani tidak
> mahu ditemubual atas sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En.
> Kamaruddin yang
> terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya
> dapat
> dikembalikan kepada Islam.
>   Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau
> mendapat pendidikan
> awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chainese
> School(A.C.S), Kampar.
> Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama
> meninggal ketika
> berusia 15 hari ,kedua Hartina ,ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat
> Syukur Yazit (16
> tahun).
>   Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan hartina mendapat sepenuh
> perhatian,
> mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.
> Perbezaan antara Hartina
> dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja,
> maklumlah bagi
> pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa
> dalam pantang
> memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah
> kehilangan anak,
> mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah
> hidup kami, kasih
> kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak
> yang penuh".
> Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak  kami , segala
> permintaanya kami penuhi.
>  Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer di Kampar.
> Tidak lama
> kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama
> Kuala Lumpur.
> Pada tahun 1993 kemudian bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan
> Klang Lama. Inilah
> kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah
> membelikan
> sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal
> bersama rakan-rakanya di
> rumah itu. Bermula dari situ perhubungan keluarga mula renggang kerana
> tinggal
> berasingan. Kami sering menziarahinya .  Segalanya
> bermula pada 26 Mac
> 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya kerana kebiasaanya pada 15
> Mach setiap
> tahun kami menyambut  hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia
> kata tak dapat balik
> kampung. Disebabkan pada tarikh itu saya menerima tempahan sate
> (berniaga sate di
> Pekan Kapar) , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh
> itu. Kami pergi dua
> minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac . Setibanya dirumah, rumahnya
> berkunci, telahan saya
> mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci
> spare, saya
> membuka pintu dan masuk kedalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang.
> Dia pulang
> bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan
> saya sendiri terkejut
> kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang
> sebelum ini ramai
> yang ingin masuk meminang , dia menyatakan yang dia telah ada seorang
> kawan, saya
> kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
> keadannya, baru
> terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India
> tersebut. Walaupun kai
> datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya
> dan dia sendiri
> menyembunyikan dari pengetahuan kami. Melihat keadannya , saya
> menyoalnya "Siapa
> yang kamu bawa ini?" baru kami tahu hal sebenarnya itulah teman
> lelakinya . Sebaik saja
> kami bertanya bila ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan
> Hartina, dia terus
> menunjukkan surat-surat diantaranya surat sumpah bertarikh 1 sept 1995
> yang mengatakan
> bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar
> nama kepada
> Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan bertarikh 24
> Mac 1996 . Saya
> mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka boleh
> mengesahkan apa
> saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu. Berdasarkan
> surat sumpah melalui
> peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam,
> ternyata
> pemnohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama
> kami dia telah
> dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya
> tidak pernah
> mendengar apa-apa mengenainya walaupun daripada kawan-kawannya
> sendiri. Setelah
> berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki itu
> bersekolah di sekolah yang
> sama dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah
> ramai kawan lelaki
> tetapi saya tidak pernah mengesyki apa-apa, maklumlah zaman sekolah
> memang banyak
> bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja
> di Public Bank di Jalan
> Kelang Lama. Bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami
> tidak dapat
> menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh
> berulang dari
> Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulanpun kami tak dapat hidu. Sedangkan
> pada hari raya
> puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Feb 1996 dia balik kampung dan
> bersembahyang bersama-
> sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu
> dan telah menukar
> nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahui nya langsung?.
>  Pada hari itu(26 Mac 1996) selepas bertembung pada 6.30 petang,
> kami telah
> berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan
> menjadi tegang
> kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk  tidak menukar
> agamanya dan
> mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang
> hand-pone sambil
> mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang
> kawan-kawannya naik.
> Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang
> menghairankan saya
> Hartina ketika itu membisu sahaja.Semasa itu Hartina masih Islam
> tetapi telah di paksa
> membuat surat sumpah mengatakan tidak mempraktikkan lagi agama Islam.
> Berhubung
> dengan itu mereka telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny
> Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India , seseorang yang masih
> bernama Islam
> tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu dia menukar
> namanya terlebih
> dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak
> dapat pergi
> pada 15 hb Mac 1996 telah pergi pada 26 hb sedangkan pendaftaran di
> buat pada 24 hb
> Mac 1996 bermakna saya terlewat dua hari. Bermakna hak sebagai anak
> sudah tiada
> kerana telah menjadi isterinya. Bila orangnya ramai di rumah tersebut
> ,baru lelaki itu berani
> menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan saya terkejut,
> jantung saya
> berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah
> dengan kejadian hari
> itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan
> sendiri. Apa yang boleh
> kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan
> agar kami
> membuat laporan polis . Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di
> Petaling Jaya.
> Laporan itu tidak diterima kerana dikatakan perkahwinannya sah. Yang
> menyedihkan polis
> itu uga orang Melayu dan urusan pendaftaran sebelum ini  semua di
> kendalikan oleh orang
> Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. Mereka
> menyuruh saya
> membuat laporan ke jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak
> saya telah
> dilarikan. Jadi pada 27 hb Mac saya membuat laporan . Selepas membuat
> laporan polis
> ,saya dan isteri pulang kerumah ,kami tunggu mereka tetapi mereka
> tidak pulang kerumah
> pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan dipejabat Agama Wilayah
> tetapi tiada
> sebarang tindakan. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi
> saya telah
> menemui pegawai pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak
> saya, saya
> kata kepadanya " Tuan sepatutnya tuan memaklumkan terlebih dahulu
> kepada saya sebab
> di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa tuan tidak
> memaklumkan kepada
> saya?. " Dia kata kami telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
> Wilayah . Bila
> saya semak di JAWI, mereka kata tidak menerima apa-apa laporan
> daripada Jabatan
> Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah
> berulang-alik kesana kemari
> tanpa sebarang tindakkan.
>  Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang kerumah. Saya
> cub mencari
> seorang rakan silelaki itu yang turut sama pada malam 26 Mac itu.
> Lelaki itu bekerja di
> Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis untuk mencarinya
> untuk mengetahui
> dimana mereka berdua tinggal. Lelaki itu mahu bekerjasama dengan polis
> dan telah
> menunjukkan tempat tinggal mereka berdua iaitu di Jalan Kelang Lama.
> Polis berjaya
> menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seprti dahulu, langsung tidak
> mahu bercakap
> dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila
> memikirkan orang
> mereka ramai saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa dia
> langsung tidak
> mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangai nya
> benar-benar
> berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi
> bagaimana dengan ibu yang
> telah mengandungkannya?.
>  Selepas itu saya telah membawanya ke Pulau Pinang dan tinggal
> bersama
> saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
> menelefon saya
> mengatakan mereka akan mengadakan majlis makan malam meraikan
> perkahwinan
> mereka di sebuah dewan di Perak. mereka mengedarkan kad jemputan
> kahwin kepada
> kaum India. Sebaik sahaja mendapat berita, saya terus sahaja bertolak
> ke Perak. Setibanya
> saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam
> Perak dengan
> mengatakan pada 15 hb April 1996 mereka akan mengadakan majlis makan
> malam. Pada
> 14 April, kira-kira pukul 12.00 malam , JAbatan Agama Islam Perak
> membuat serbuan  dan
> berjaya menangkap Hartina dan ditahan  di Balai Polis Ipoh.
> Keesokkannya dia dibawa ke
> mahkamah syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu.
> Sebelum sampai
> tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama
> Islam  yang ingin
> menyerahkan Hartina kepada saya. Atas faktor keselamatan saya telah
> menyerahkan
> kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20
> April 1996 dengan
> bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawanya ke
> Kelantan. Kami
> menetap di sana sehingga 1 Mai 1996. Semasa kami di sana, saya
> diberitahu bahawa pihak
> lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan
> mereka di
> atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam
> Perak
> meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina . Pada 31 hb Aprill
> , kami terus
> membawanya ke Pejabat Agama Islam Kelantan, di sana dia telah mengaku
> masih
> beragama Islam dam mengucap dua kalimah syhadah kembali di hadapan
> tuan Kadi.Tuan
> Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa dia
> telah memeluk
> agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. Bermakna
> kami telah
> menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanya tidak terhenti
> setakat itu, selepas itu
> sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat
> itu mereka menuntut
> gantirugi sebanyak 30 juta kepada Kerajaan Negeri Perak, Japbatan
> Polis, Majlis Agama
> Islam dan Jabatan Agama Islam atas dakwaan memalukan mereka pada
> majlis makan
> malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas
> hati dan terus
> mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
>  Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran
> Petaling Jaya untuk
> proses pertukaran nama kembali kepada Hartina di atas persetujuannya.
> Setelah segala-
> galanya selesai, pada 1 May 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
> Pulau Pinang. Di
> Pulau Pinang keadaanya seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara
> mara seperti
> biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman
> daripada si lelaki
> mengatakan kami telah menculik isterinya. Saya membawa Hartina ke
> mahkamah Pulau
> Pinang , peguam di sana telah mengatakan ia adalah afidavit tertuduh,
> jadi kami
> memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996
> saya bersama
> anak saudara saya (Borhan) telah pergi keKuala Lumpur  untuk
> mendapatkan peguam.
> Saya berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di  Batu Caves
> untuk
> menguruskan segalanya. Tiba-tiba saya mendapat berita mengatakan
> mereka telah tiada .
> Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa .Kemudian
> saya terus ke
> Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai
> polis tersebut
> mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina mengatakan
> dia keluar
> daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya
> tidak boleh
> berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan
> saya,
> bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya
> terpaksa
> melalui segalanya secara seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan
> perniagaan saya
> berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan ,Pulau
> Pinang ,Kuala Lumpur
> dan Shah Alam. Walaubagaimana laporan yang dilakuka ,tiada langsung
> tindakan susulan
> di ambil untuk mengesan mereka. Alasan mereka mereka tidak tahu di
> mana mereka
> berdua berada.Akhirnya saya mengupah kawan saya mengintip mereka .
> Empat minggu
> kawan saya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Dia memerlukan masa
> yang agak lama
> kerana menguruskanseorang diri ,tambahan pula dia bekerja diwaktu
> siang. Menurut rakan
> saya ini, Hartina menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama bersama
> lelaki itu. Apabila
> saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke
> bahagian
> Penguat kuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana mereka tidak
> bertindak, seterusnya say
> ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM) , Pusat Islam. Mereka menyuruh saya
> membuat sato
> laporan baru .Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang
> mereka telah
> menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 sept 1996
> sebagai langkah untuk
> menyerbu rumah itu.
>  Pada 5  Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang
> pegawai Pusat
> Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
> pergi kerumah
> tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta
> mereka memberi
> keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan diri, baru saya
> mendapat tahu Hartina telah
> menukar kembali namanya kepada nama hindu. Pada 31 Sept 1995  sia
> menukar namanya
> kepada nama Hindu buat pertama kali , pada 31 April 1996 saya menukar
> pula namanya
> kepada nama Islamdan pada 27 Mei 1996 dia tukar namanya kembali kenama
> Hindu .
> Bermakna semasa dia keluar dari Pulau Pinang pada 9 Mei 1996, pada 27
> Mei 1996 dia
> menukar kembali namanya ke Hindu.Ini bermakna proses pertukaran nama
> hanya dalam
> masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalifon
> pegawai pendaftaran
> dan memberi ingatan agar jika ada percubaan mereka ingin menukar nama
> kembali, cuba
> lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya
> tetap
> mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika
> proses pertukaran
> tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakkan mereka lebih
> cepat ini bukan
> bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedaya
> upaya saya , tetapi
> seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya
> seorang diri dan pihak
> berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
>  Pada kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar
> kewibawaan
> saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat
> apa-apa" Saya
> mula naik ketingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
> Hartina masuk ke bilik
> dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan
> pintu sambil mencekak
> pingang.
> Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi dia
> terlebih dahulu telah
> membawanya masuk kedalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
> memujuk lelaki itu
> pula untuk memeluk Islam dan boleh mengambil anak saya sebagai isteri
> dan saya boleh
> memberikan rumah di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan
> yang sering saya
> ulang beberapa kali , tetapi dia diam sahaja.Tidak lama kemudian dia
> bersuara dalam
> bahasa Tamil , dengan bahasa yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
> "kalau hendak
> mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil
> itu dia
> mengutuk Islam dengan kata-kata lucah. Ketika itu saya thu bukan dia
> seorang sahaja,
> tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam,
> saya tidak dapat
> menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
> panas, saya
> mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar, saya tidak sedar yang
> pisau itu saya gunakan
> untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada
> di belakang saya,
> ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran
> pecah pintu untuk
> membawa Hartina ke balai. Anggota Polis terkejut dan segera menahan
> darah yang
> memancut keluar dari leher Rajeswaran dan memabwanya turun ke bawah.
>   Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996
> dengn jaminan
> RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
> kemana-mana lagi
> , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Okt. 1996 saya mula berniaga.
> Kegiatan saya
> selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1
> Dis 1996 dia
> datang bersama rombongannya dan minum betul-betul  di hadapan tempat
> saya berniaga.
> Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 petang ,saya
> ditemani anak
> bongsu saya Syukur yazit yang ketika itu berumur 14 tahun . Semasa
> saya baru
> mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima
> meter dihadapan
> saya, saya nampak mereka sedang minum. Saya meletak barang dan cuba
> pergi kearahnya
> (Hartina) tujuan saya adalah bersembang dan memujuknya sekali lagi.
> Mana tahu jika
> hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya
> sampai , Hartina
> bangun , seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka
> bersedia
> untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai saya untuk
> mengambil parang untuk
> mempertahankan diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
> menunggu ,
> lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya
> yang
> sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
> melawan. Saya jatuh
> tersungkur. Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru kearah
> saya, ada yang
> menendang, memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada
> saya.
> Ada juga yang melemparkan batu kearah saya. Akhirnya saya pengsan
> kerana tiada tenaga
> untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di
> Hospital Kampar. Dari
> Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di Hospital
> saya nampak ada
> seorang polis menuju kearah saya. Saya ingatkan mereka mengawal saya ,
> tetapi rupa-
> rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya
> disabit melakukan
> jenayah di atas aduan Hartina mengatakan saya menyerang mereka. Saya
> menyoal polis
> itu, apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur
> semata-mata
> untuk minum di situ?. Berdasarkan report itu, keluar saja dari wad
> saya terus dibawa kebalai
> dan di tahan didalam lokap selama 8 hari. Bayangkanlah dari wad saya
> terus kebalai tanpa
> pulang kerumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah
> di tahan. Dia
> dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya
> semasa saya
> diserang, Yazit telah bertindak mengambil parang dan membelasah
> orang-orang
> Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup menggunakan
> senjata tajam
> semata-mata untuk mempertahankan bapa.(terhenti seketika sambil
> menyapu airmata) .
> Selepas sembilan hari kami dibebaskan denga jaminan RM2000.00 seorang.
> Selepas itu
> saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa
> sakitnya. Walaupun
> saya berehat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam saya untuk
> mendapatkan
> sumber maklumat mengenai perkembangan mereka.
>  Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah
> yang telah
> menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
> Lelaki itu adalah
> saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu,
> iaitu 20 Mei 1998 pada
> sebelah pagi, dia terkena dua das tembakan. Maknanya dari Mac 1996
> tidak ada kena apa-
> apa tembakkan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas perbicaraan dia
> terkena tembakan.
> Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini mengatakan jika ada
> apa-apa terjadi
> ke atasnya, orang yang pertama disyakki adalah saya. Berikutan itu
> saya telah ditahan
> sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.
> Saya diheret bersama
> Yazit yang turut disyakki. Yang menghairankan ialah Yazit turut
> terlibat sedangkan ketika itu
> usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak
> seusia Yazit yang
> dibawa berama, kami digari.
>  Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya
> sebelum kejadian
> itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi
> melakukan
> kekecohan, dia menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
> Saya ikut
> nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan
> tulang belakang.
> Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?. Tetapi saya
> tidak berkuasa,
> saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,
> Yazit telah di paksa
> mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu. Selepas
> seminggu Yazit
> dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akaun saya di
> siasat. Mereka
> bertanya saya mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah
> penjenayah
> itu. Saya tetap tidak mengaku dan tidak tahu apa-apa. Mereka memukul
> Yazit dengan tujuan
> supaya saya mengaku , setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.
> Akhirnya Yazit terpaksa
> berbohong dengan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan
> dipukul dengan
> teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk,
> segala yang benar
> menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku
> sehingga polis
> menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggu saya di
> bebaskan,
> sehingga kini ia masih dalam kes.
>  Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang
> dialami oleh kami
> sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya
> lebih bertujuan
> sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang saya
> harapkan agar tidak
> ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina. Sebelum
> tidur macam-
> macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa
> begitu kuat ujian
> yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini. Apabila
> teringatkan
> terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125  saya beristighfar. Ayat
> yang bermaksud.
> "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan
> sesiapa yang tidak di
> kehendakki, maka akan disempitkanNya" .Apabila sesuatu perkara telah
> menimpa keatas
> kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun  Iman.
> Qada dan Qadar dari
> Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati
> saya.
>  Harapan saya sekarang ialah agar dia kembali kepada Islam. Dunia
> ini luas,
> duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia
> kembali kepada
> kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan
> penyiksaan yang
> kami lalui atas perbuatannya .Bak kata pepatah nasi sudah menjadi
> bubur. Perasaan kami
> semakin hambar terhadapnya. Apa yang kami harapkan hanya satu,
> kembalilah kepada
> Islam, hanya Islam menyelamatkan kita di akhirat kelak.
>  Apa sudah jadi dengan sistem perundangan Malaysia kita yang
> tercinta? sebaik-
> baik sistem ciptaan manusia tidak sesempurna perundangan Allah Taala.
1