Re: BELANJAWAN MAHATHIR 99: HIKAYAT KENDURI BESAR, PAKAI BAJU TAK PAKAI SELUAR SYABAS ANAK PAK TEH!
ADA PUN YG DIKATAKAN BELANJAWAN MESRA IALAH KERANA BELANJAWAN GULA2
UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA. BANYAK GULA2 DITEBARKAN KPD RAKYAT UNTUK
MEMANCING UNDI. TAK ADA CUKAI KONON. TENGOK LEPAS UNDI NANTI, CUKAI
PASTI NAIK SEBAB NAK COVER YG DAH RUGI.
PELEPASAN CUKAI AIRCOND. SAPA DAPAT FAEDAH? ORG KG TAK PAKAI AC. ORG
KAYA JE YG PAKAI AC.
JANGAN SAMPAI LEKA DGN GULA2 MAHATHIR.>From: "Mambang" <hifni@hotmail.com>
>To: anwarxtpm@egroups.com
>Subject: [anwarxtpm] BELANJAWAN MAHATHIR 99: HIKAYAT KENDURI BESAR,
PAKAI BAJU TAK PAKAI SELUAR
>
>BELANJAWAN MAHATHIR 99:
>HIKAYAT KENDURI BESAR, PAKAI BAJU TAK PAKAI SELUAR
>
>Belanjawan 1999 menyaksikan satu lagi drama hebat Dr. Mahathir yang
memperjudikan nasib dan masa depan rakyat. Seperti biasa Mahathir
mempesonakan mereka yang tidak faham hakikat ekonomi negara dengan suara
lantang menyerang orang lain.
>
>
>
>Dia mengelirukan orang dengan memperalatkan istilah mesra rakyat..
Orang kampung yang tak pernah mengaji ekonomi memang tak faham keadaan
sebenar. Yang mereka faham cuma cukai naik atau turun. Yang mereka faham
hanyalah harga barang akan naik atau turun. Yang mereka ingin tahu
hanyalah berapa banyak wang akan diberikan melalui projek di kampung
mereka.
>
>
>
>Semuanya ini telah berjaya Mahathir persembahkan kepada rakyat dengan
baik. Tetapi sebahagian rakyat yang tak faham perjalanan ekonomi negara
tak akan nampak apa-apa yang merbahaya dalam belanjawan yang
dibentangkan kali ini.
>
>
>
>Rakyat di kampung ramai yang tak faham dan Mahathir menggunakan
ketidakfahaman ini untuk memperhebat gelembongnya dan mengaburi mata
rakyat. Rakyat di kampung harus fikir dalam-dalam. Jangan sampai ke
hujung jalan baru perasan telah tersasar dan tersesat. Oleh itu sebelum
puji dan terima kasih dan sokong belanjawan Mahathir ini cuba fikir dan
tenung dalam-dalam. Paling tidak cuba tanya diri kita sendiri. Apa yang
kita faham dengan belanjawan defisit yang dibawa oleh Mahathir itu.
>
>
>
>Makna Belanjawan Defisit ialah belanja lebih, pendapatan kurang. Duit
yang tak cukup minta hutang. Rakyat kena tahu, negara kita sekarang tak
cukup duit untuk berbelanja besar. Negara kita tak cukup duit nak
sambung dan tambah projek-projek besar. Duit yang ada cukup untuk makan
dan belanja secara sederhana. Yang nak hutang berbilion semata-mata nak
teruskan projek besar kononnya nak pulih ekonomi tu buat apa? Nak pulih
ekonomi ada banyak lagi cara lain, bukan semata-mata buat projek besar
dan harap rakyat dapat kerja.
>
>
>
>Galaklah rakyat ramai-ramai berniaga. Janganlah asyik sibuk sediakan
duit dan tambah peluang berniaga kepada beberapa kerat kroni yang besar
sahaja. Yang tauke besar-besar tu sekali dia belanja makan boleh buka
2-3 buah bengkel jahitan atau 4-5 buah warung kopi. Cukuplah bagi hutang
pada yang kaya tu !! Rakyat miskin yang ramai pun tahu buat kerja untuk
pulihkan ekonomi. Kalau rakyat semua kurangkan berbelanja, kalau boleh
berpuasa dan tambah produktiviti kerja serta elakkan bergantung kepada
sesiapa, kita tidak akan susah apa-apa. Kalau banyak orang ceburi sektor
niaga dan jujur pula, hidup kita akan bahagia. Tuhan dah jamin bahawa
90% punca rezeki adalah dari berniaga. Berilah sebanyak-banyak peluang
dan peruntukan untuk rakyat terbanyak berniaga, bukan dua tiga kerat
korporat yang tidak pernah ingat nak bantu orang kecil berniaga. Tapi
nampaknya Mahathir lebih suka menjayakan yang kaya raya dari memajukan
rakyat miskin dan sederhana.
>
>
>
>Rakyat juga kena tahu bahawa yang akan mengatur segala urusan
perbelanjaan negara adalah Mahathir. Yang akan tanggung hutang adalah
kita rakyat jelata yang sokong kerajaan Mahathir. Akhir tahun 1999 kita
akan berhutang lebih 16 billion ringgit . Yang kena tanggung dan bayar
hutang adalah kita rakyat jelata. Yang akan banyak guna duit yang rakyat
hutang adalah beberapa kerat orang kaya yang sudah ada rumah besar luar
negara. Kalau apa-apa yang buruk jadi pada negara, mereka boleh lari
bila-bila masa. Jet peribadi pun sudah ada. Apa yang susah bagi mereka.
>
>
>
>Mahathir bercakap sedap pasal belanjawan, sebab dia buat andaian dapat
pinjam wang dari luar negara. Soalnya bolehkah Malaysia sekarang ini
dapatkan hutang dari luar. Bank Dunia dulu yang janji nak bagi pinjam 1
billion pun hanya serah 300 juta sahaja . Lagi 700 juta kena tahan,
sebab tak puas hati cara Mahathir urus ekonomi dan politik negara. Nak
pinjam dari Jepun pun belum tentu dapat. PM Jepun nak bagi signal. Kalau
nak pinjam kenalah pastikan kestabilan politik di dalam negara. Jarang
benar PM Jepun cakap macam tu sebelum ini pada tetamunya. Apa maknanya ?
Maknanya tak mudahlah nak pinjam dari Jepun. Lagipun Jepun kena tanya
Amerika dulu sebelum bagi pinjam. Dari IMF memang pantang Mahathir.
Amerika, lagilah tak ada. Pak-Pak Arab tak mungkin bagi pinjam dengan
mudah sebab mereka semua subuh-subuh lagi sokong Anwar.
>
>
>
>Jadi Mahathir nak pinjam dari mana? Kalau tak dapat pinjam dalam tempoh
4-5 bulan ini apa akan jadi dengan belanjawan 99. Yang akan terjadi
hanyalah hikayat janji-janji kosong. Hikayat Kenduri Besar. Duit tak
ada, cerita berdegar. Hikayat pengantin berbaju, tak pakai seluar. Atas
nampak cantik, tengok bawah, susah nak khabar. Hikayat ini memang sesuai
sekali diperdengarkan kepada orang kampung menjelang pilihanraya umum
akan datang. Orang Melayu memang selalu terpegun dengan hikayat-hikayat.
Orang Melayu boleh terlena kalau dengar hikayat. Kini Mahathir sedang
dalam proses menceriterakan sebuah hikayat yang boleh melenakan orang
Melayu yang kurang sedar.
>
>
>
>Inilah antara modal akhir Mahathir untuk memenangi hati rakyat dan
seterusnya memenangi pilihanraya. Mahathir akan terus mendendangkan
hikayat belanjawan mesra rakyat ini sehingga rakyat terlena dan dalam
terlena inilah Mahathir akan kutip segala cap jari rakyat untuk
tunjukkan pada dunia tentang sokongan rakyat yang terlena kepadanya.
Jadinya kalau rakyat terpedaya dengan hikayat belanjawan Mahathir kali
ini , bermakna sekali lagi kekayaan negara akan difaraid oleh Mahathir
dan kerabat serta kroninya.
>
>
>
>Tapi Mahathir silap kira-kira kali ini. Dia barangkali tidak tahu
bahawa se tahun dua ini Internet dah masuk kampung. Kalaupun internet
tak nampak dalam kampung tapi anak pinak dan kerabat yang kerja di pekan
dan di bandar bawa pulang berita dari internet hari-hari. Anak-anak dan
adik beradik di kota pun telepon dua tiga kali seminggu cerita dan
yakinkan mak bapak mereka tentang usaha Mahathir memperbodohkan rakyat.
>
>
>
>Sebab itu di warung kopi Pekan Kodiang (sempadan Arau), sudah terdengar
bunyi tokoh UMNO tempatan yang dalam nada geram menyebut : "Awat depa
ingat oghang kampong macam kita ni bodo ? Cukai naik ka, turun ka , kali
ini kami tak peduli . Belanjawan mesra ka, belanjawan meresah ka kami
tak kira ! Yang penting kali ini Mahathir mesti turun ! Ada ka patut,
juai minyak petrol berbilion-bilion, ambil duit tu bayak hutang geng
dia. Apa ceghita ni ! Dah tu kompeni anak dia rugi bemelion-melion dia
suruh kerajaan beli . Mana boleh jadi. Kali ini dia tengok ! Bagi duit
kami ambik, bagi peruntukan kami terima. Undi …Sori . Kita mesti sokong
…. apa tu ? … REPOMASI ka.. apa ka !! Yang Anwar punya tu la !"
>
>
>
>Anak Pak Teh
>Felda Guar Napai
>Kubang Pasu, Kedah.