| |
The International and Commonwealth University of Malaysia
[TICUM]
Cadangan Bandar International University of
Commonwealth Malaysia dan Kampus International University of Commonwealth, Malaysia
merupakan merupakan usahasama antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak,
Batang Padang Incorporated Bhd., Renong Bhd. dan University of Cambridge, England untuk
menubuhkan sebuah universiti bertaraf dunia dan bandar universiti di negara ini.Cadangan
pembangunan ini telah dipersetujui di Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan International
University of Commonwealth Malaysia Bil.1/97 pada 6 Mei 1997 yang di pengerusikan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri. Tapak Bandar UCM seluas 2097 hektar [5180 ekar] teletaknya di
Mukim Batang Padang dan Mukim Bidor, Perak Darul Ridzuan di antara bandarTapah dan Pekan
Jalan Tapah lebih kurang 6 km dari persimpangan bertingkat Tapah. Dalam konteks wilayah,
kawasan ini mempunyai ekses yang baik dengan bandar-bandar utama di Negeri Perak dan
Selangor ia-itu lebih kurang 50 km dan 120 km dari Ipoh dan Kuala Lumpur.
Pelan Konsep telah pun diluluskan oleh Mesyuarat Jawankuasa Pembangunan
International University of Comonwealth Malaysia pada 28 Mei 1997 di mana 1,619 hektar
[4,000 ekar] dan 40.5 hektar [100 eakr] adalah untuk Bandar Baru International University
of Commonwealth Malaysia dan Kompleks Kerajaan.
Matlamat
Matlamat pembangunan ini adalah seperti berikut:
 | melengkapkan Dasar Pendidikan Negara sebagai penting untuk mencapai Wawasan 2020
disamping membantu negara untuk mengekalkan profil yang tinggi dalam perhubungan
antarabangsa; |
 | memperbanyakkan peluang pendidikan universiti antarabangsa kepada pelajar tempatan
disamping mengurangkan pertukaran wang asing melalui penghantaran pelajar ke luar negara;
dan |
 | mewujudkan pembangunan infrastruktur untuk menjadi asas pembangunan ekonomi masa hadapan
dengan memperluaskan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat ke kawasan luar Lembah
Klang amnya disamping membangunkan kawasan yang tersisih dari pembangunan bandar. |
Konsep Pembangunan
Konsep utama dalam pembangunan bandar UCM berasaskan Jalinan Hubungan
Tiga Hala iaitu:
 | Hubungan manusia dengan penciptaNya; |
 | Hubungan Manusia dengan manusia; dan |
 | Hubungan manusia dengan alam sekeliling |
Pelan Konsep Bandar International
University of Commonwealth Malaysia
Ciri-ciri utama pembangunan Pelan Konsep Bandar International
University of Commonwealth Malaysia termasuknya:
 | Pembangunan pusat bandar utama dikawasan tengah tapak dengan memaksimakan kegunaan kolam
bekas lombong yang tersedia sebagai elemen penyatu antara pembanguan kampus universiti
dengan keseluruhan pembangunan; |
 | Mewujudkan jaringan kawasan hijau dan kawasan lapang yang bersatupadu dengan
mengambilira ciri-ciri semulajadi seperti kolam bekas lombong dan aliran anak-anaka
sungai. Jaringan ini juga akan menghubungkan Taman Sukan, kawasan hijau utama universiti,
kawasan pusat bandar dan pusat-pusat kejiranan di kawasan perumahan; |
 | Perletakan masjid utama dan Taman Sentral di tengah-tengah kawasan pembanguanan
universiti, pusat bandar dan pembangunan perumahan. Kedududkan kedua-dua pembanguanan
fokus ini juga memandangkan potensi estetik yang tinggi boleh memberikan pandangan yang
menarik dari pelbagai arah ke kawasan pembanguanan bandar ini; |
 | Pembangunan perumahan berasaskan unit kejiranan yang disokong oleh pusat-pusat kecil
yang menyediakan perkhidmatan bagi penduduk tempatan; |
 | Pembangunan industri mesra alam sekitar berasaskan intensif modal dan teknologi yang
akan ditempatkan di kawasan berhampiran dengan laluan keretapi dan disokong oleh
pembangunan industri penyelidekan dan pembangunan yang berkaitan dengan universiti; |
 | Merancangkan kawasan rezab bagi laluan transit untuk keperluan masa hadapan
menghubungkan kampus universiti dan kompleks kerajaan ke seluruh kawasan dan ke stesten
keretapi baru ke Tapah; dan |
 | Pembangunan laluan terus utama menghubungkan Bandar Seri Iskandar dan Bidor sepertimana
dipersetujui secara dasar untuk tujuan meningkatkan eksesibiliti dan pembinaan jalan baru
dari persimpangan bertingkat Tapah ke Kg. Getah sebagai salah satu penghubung utama ke
Lebuhraya Utara Selatan. |
Pelan Konsep Kampus International
University of Commonwealth, Malaysia
Pelan konsep tidak menunjukkan komponen pembangunan universiti secara
terperinci. Walau bagaimanapun, pelan konsep cadangan universiti adalah menepati ciri-ciri
yang disarankan untuk mencapai suasana ‘Cambridge’ serta tidak bercanggah dengan
pembangunan keseluruhan bandar ini. Integrasi yang baik di antara dua pembangunan adalah
penting untuk memastikan keuntungan bersama dari segi pertumbuhan dan kemudahan yang dapat
dikonngsi.
Ciri-ciri utama pembangunan universiti termasuk:
 | Pembangunan axis utama kampus universiti yang merupakan satu laluan bebas
kenderaan akan bertindak sebagai tulang belakan pembanguanan kampus ini. Di kiri dan kanan
laluan pejalan akan dibangunkan fakulti-fakulti dan kolej kediaman pelajar. Persekitaran
sedemikian dapat memastikan pembinaan pagara mengelilingi kawasan kampus dapat dibuat
sekiranya timbul keperluan untuk berbuat demikian; |
 | Pembangunan kawasan kolam bekas lombong sebagai tarikan utama yang
menghubungkan kawasan kompleks kerajaan dan kampus universiti; |
 | Pembangunan kawasan kompleks kerajaan dan kampus universiti dengan akses
terkawal bagi tujuan memastikan satu persekitaran pembelajaran yang condusive dapat
diwujudkan; |
 | Pembangunan kawasan hijau utama universiti yang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan rekreasi dan sukan akan membentuk satu zon penampan antara kampus dan
pembangunan komersil yang berkaitan; dan |
 | Zon penampan dirancang antara kawasan kampus universiti dengan jalan
masuk utama . |
Berkaitan:
Kembali kepada "Projek"

This page hosted by Get your own Free Home Page
|