Pusat Pentadbiran Persekutuan Negeri Sarawak
PENGENALAN
Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan 2 tapak sejumlah 818 hektar [2020 ekar] di Rambungan dan Sampadi kepada Kerajaan Persekutuan sempana Majlis Pelancaran Pintu Gerbang Delima di Kampung Jaya Bakti oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada bulan Ogos 1997. Kerajaan Negeri Sarawak telah mencadangkan bahawa kawasan tersebut dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan [PPP] Negeri Sarawak dan di samping itu, mencadangkan kawasan persekitaran di majukan sebagai Pusat Penyelidikan [R&D] bagi:
![]() | Pembangunan pelancongan |
![]() | Rekreasi hidupan liar |
![]() | Rekreasi marine |
![]() | Rekreasi hutan/ pertanian |
Kawasan ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri teknonolgi tinggi dan komunikasi IT. Rasionale bagi cadangan pemajuan tersebut termasuknya:
Pembangunan tersebut akan mengawal pertumbuhan penduduk bandaraya Kuching supaya tidak melebihi jumlah 2 juta penduduk mengikut Rancangan Struktur Kuching. Tambahan penduduk perlu diagih keluar dari Kuching dalam koridor 30-50km sekeliling bandaraya Kuching. Tindakan ini juga telah dicerminkan dalam Pelan Strategi Wilayah Kuching. Tapak yang telah dikenalpasti itu terletak dalam zon pembangunan perbandaran yang antara lain:
![]() | mempunyai potensi menampung limpahan pembangunan dari Kuching menghala ke persisiran pantai; |
![]() | menarik kerana di kurnia dengan kawasan air di persekitarannya; |
![]() | terletak dalam kawasan pembangunan lingkungan 50km jejari konsentrik dari pusat bandaraya Kuching; |
![]() | merupakan tanah Kerajaan; |
![]() | terdapatnya banyak tanah milik di persekitarnya; dan |
![]() | kawasan sekitar telah dicadang sebagai kawasan pertanian dan konservasi mengikut Pelan Strategi Wilayah Kuching. |
Perkara ini telah diumumkan kapada Jemaah Menteri pada 20.8.1997 dan pihak Kabinet bersetuju bahawa kawasan tersebut boleh dimajukan untuk pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Negeri Sarawak dengan syarat:
![]() | Kawasan hijau dan penanaman pokok melebihi kawasan pemajuan; |
![]() | Topografi semulajadi hendaklah dikekalkan; |
![]() | Konsep perancangan pembangunan PPP Sarawak hendaklah mirip Putrajaya yang bertema garden city dan |
Projek ini akan diswastakan supaya penyertaan Kerajaan dari segi kos pembinaan adalah minima.
MATLAMAT KAJIAN
Tujuan pembangunan PPP Sarawak adalah untuk mewujudkan pusat pentadbiran Persekutuan bagi Negeri Sarawak yang berprestij dan dapat mencerminkan kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang moden, pintar dan dinamik serta berharmoni dengan alam sekitar.
OBJEKTIF KAJIAN
![]() | Memberi keselesaan dan kemudahan dalam perhubungan dan integrasi di antara jabatan-jabatan Persekutuan; |
![]() | Merealisasikan strategi pembangunan wilayah Kuching untuk mengagihkan pertumbuhan penduduk Bandaraya Kuching ke kawasan persekitaran luar bandar; |
![]() | Pemangkin pembangunan kepada kawasan sekitar Rambungan serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi tempatan; dan |
![]() | Memastikan ciri-ciri keindahan kawasan semulajadi; |
KONSEP PERANCANGAN PPP SARAWAK
Ciri-Ciri Utama Bagi Konsep PPP Sarawak adalah seperti berikut:
![]() | Penterjemahan falsafah Perancangan dan Pembangunan Sejagat ke dalam bentuk pembangunan fizikal; |
![]() | Pembangunan pusat pentadbiran Kerajaan yang serbalengkap termasuk perkhidmatan sokongan, perumahan, kemudahan masyarakat dan infrastruktur asas; |
![]() | Gunatanah Kerajaan termasuk Institusi dan perumahan akan dibangunan secara lingkaran supaya aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai kesinambungan dan harmoni antara gunatanah berbeza. |
![]() | Sebahagian besar daripada kawasan kajian kekal sebagai kawasan hijau dan pemiliharaan semulajadi supaya kawasan pembangunan fizikal tidak melebihi kawasan tumbuhan; dan |
![]() | Pembangunan PPP Sarawak akan mirip konsep pembangunan Putrajaya yang bertema 'BANDARAYA DALAM TAMAN'. Elemen air yang di ekspolitasikan dalam pembentukan tasik di Putrajaya di cerminkan di Rambungan melalui badan-badan air semulajadi dalam bentuk sungai-sungai yang merintasi kawasan kajian dan lautan di bahagian utara. |
![]() | Pada dasarnya, trafik intra-wilayah tidak digalakkan bercampur-aduk dengan trafik tempatan. |
KESIMPULAN
Pusat Pentadbiran Persekutuan dirancang sebagai satu Pusat Pentadbiran Kerajaan yang serba lengkap, moden dan canggih yang dapat menggambarkan hasrat Kerajaan untuk membangunkan Negeri Sarawak ke tahap negara bangun selaras dengan VISI 2020. Di samping itu juga rekabentuk pembangunan ini telah menterjemahkan falsafah perancangan dan pembangunan sejagat ke dalam bentuk pembangunan fizikal yang simbolik kepada masyarakat tempatan.
This page hosted by Get your own Free Home Page