Rancangan Tempatan Kawasan Dalaman Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur [KLIA], 1998-2015

LATARBELAKANG

Perancangan pembangunan bagi keseluruhan kawasan KLIA adalah berasaskan kepada beberapa pengesyoran garis panduan yang terkandung dalam KL International Airport Master Plan, 1992 dan Kajian Rancangan Struktur Sepang, 1995. Bagi memastikan perancangan teratur di kawasan KLIA, pihakberkuasa perancang tempatan Majlis Daerah Sepang perlu menyediakan Rancangan Tempatan bagi mengawal dan memandu pembangunan selaras dengan keperluan Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan statutori yang mampu menampung keperluan-keperluan perancangan lapangan terbang masa depan dengan mengambilkira aspek keselamatan seperti di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 dan aspek-aspek kesejahteraan alam sekitar seperti di dalam Environmental Impact Assessment bagi KLIA.

Penyediaan Rancangan Tempatan KLIA juga mengambilkira cadangan-cadangan dan keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam Rancangan Struktur Sepang. Antara dasar yang terlibat ialah Polisi PK1 yang mana pihakberkuasa perancang tempatan akan memastikan pembangunan dikawasan sekitar KLIA adalah berharmoni dengan pembangunan dan keperluan KLIA.

Oleh itu, adalah penting supaya pembangunan di dalam KLIA tidak mencetuskan pembangunan-pembangunan lain di luar KLIA yang akan menjejaskan operasi, kesejahteraan dan keselamatan kawasan lapangan terbang. Rancangan Struktur Majlis Daerah Sepang juga telah mengenalpasti KLIA sebagai "Kawasan Pembangunan" kategori tiga yang hanya membenarkan pembangunan yang telah ditentukan dalam KLIA Master Plan 1992 dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan operasi KLIA. Pembangunan fizikal yang telah dan sedang dibangunkan adalah 2421.65 hektar dan merupakan 25 peratus daripada keseluruhan kawasan KLIA. Pembangunan sedia ada adalah seperti berikut:

Kawasan Terminal Pusat:
Kawasan Apron di selatan kawasan terminal pusat dan Bangunan Satelit
Tapak Litar Formula One
Kawasan Kemudahan Sokongan Lapangan Terbang (Southern Support Zone)
Kawasan Landasan
Kawasan Tempat Letak Kereta

Sebelah barat KLIA, kawasan pertanian dijadikan rezab kawasan hijau untuk pembangunan masa hadapan. Cadangan pembangunan masa untuk sebahagian kawasan ini melibatkan pembangunan tiga landasan terbang dan airside facilities. Selain dari itu, Kegunaan bagi kawasan pembangunan masa hadapan (lebih kurang 7,400 hektar) tidak di tentukan dalam KLIA Masterplan 1992. Justeru, Deraf Rancangan KLIA 1998 memberi cadangan mengenai kegunaan yang sesuai untuk kawasan ini.

KONSEP PEMBANGUNAN

Konsep Pembangunan KLIA mengambilkira isu-isu perancangan dan potensi pembangunan yang disesuaikan dengan syor-syor dalam Laporan KLIA Master Plan 1992, keputusan-keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan rumusan rumusan isu-isu semasa. Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah berteraskan kepada beberapa kriteria perancangan seperti berikut :

Pengekalan dan peningkatan mutu alam persekitaran dan selaras dengan Doktrin Perancangan Sejagat;
Fungsi KLIA sebagai lapangan terbang tanpa deviation gunatanah ketara;
Fungsi KLIA sebagi Transportation Hub;
Pengwujudan lapangan terbang antarabangsa yang serba lengkap dan futuristic serta berfungsi sebagai pintu masuk utama;
Kawasan green lung bagi kawasan MSC dan sekitarnya;
Selaras dengan dasar pembangunan Rancangan Struktur Sepang;
Penyesuaian keperluan pembangunan jangka panjang;
Mengambilkira garispanduan perancangan fizikal dan alam sekitar MSC;
Penyesuaian terhadap perubahan-perubahan fizikal dalam dan sekitar kawasan MSC; dan
Kompromi di antara keperluan KLIA sebagai hub airport yang berdaya saing (competitive) dengan keperluan untuk mengelakkan percanggahan di dalam gunatanah dan impaknya terhadap kawasan lapangan terbang.

Konsep Pilihan

Konsep Alternatif 2 merupakan konsep terpilih kerana dapat memenuhi kriteria-kriteria perancangan yang ditetapkan serta mengambilkira perkara-perkara seperti berikut :

Kompromi di antara mengoptimumkan penggunaan tanah dan mewujudkan keseimbangan pembangunan KLIA dengan kawasan sekitar.
Memperlengkapkan dan merealisasikan visi Airport in the forest yang menjadi identiti pembangunan KLIA.
Menyediakan ruang yang secukupnya untuk keperluan pembangunan industri penerbangan negara pada masa hadapan.
Memastikan penyediaan ruang yang mencukupi bagi pembangunan dan pembesaran keperluan lapangan terbang pada masa hadapan.

Konsep Alternatif 2 memberi fokus kepada pembangunan gunatanah yang seimbang dengan memberi tumpuan kepada penghijauan dan kesejahteraaan alam sekitar. Ciri-ciri utama dalam Konsep Alternatif 2:

Komponen gunatanah sediada dan pembangunan yang ditetapkan (committed development) KLIA dikekalkan.
Cadangan di sebelah timur KLIA sebagai kegunaan institusi (pejabat pentadbiran dan pusat latihan) manakala Litar Formula One dikekal kerana telah pun diluluskan oleh Kabinet di samping itu, tapak ini di dalam pembinaan.
Di sebelah barat pula dicadangkan kawasan industri berintensiti rendah dan berkaitan langsung dengan aerospace dan aviation. Cadangan ini adalah untuk mengimbangkan cadangan Gateway Park yang dikurangkan pembangunannya.

Cadangan kawasan hijau di sebelah barat ini dicadangkan sebagai kawasan pemeliharaan dan rekreasi. Kawasan ini boleh dibangunkan dengan pembangunan rekreasi, taman tema, tapak semaian dan aktiviti yang menyokong pemuliharaan hutan sedia ada yang mana pembangunannya hendaklah mematuhi syarat-syarat oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Penerbangan Awam.

PETA CADANGAN

Peta Cadangan bagi kawasan KLIA dibahagikan kepada dua blok perancangan. Blok Perancangan terletak di bahagian timur merangkumi kawasan terminal utama, kawasan aktiviti-aktiviti sokongan pengoperasian lapangan terbang (Southern Support Zone), kawasan Litar Lumba Formula One, kawasan kemudahan awam (masjid, kompleks haji dan balai polis), cadangan kawasan rekreasi dan taman tema, landasan 1 dan 2. Blok Perancangan Dua terletak di bahagian barat yang menempatkan pembangunan masa hadapan bagi pembangunan tiga landasan, kawasan industri dan kawasan pemeliharaan dan rekreasi.

Pelan Cadangan KLIA

5 klasifikasi gunatanah dikenalpasti untuk pembangunan keseluruhan KLIA.

Kawasan Kegunaan Khas

Kawasan Terminal Pusat
Kawasan Apron dan Bangunan
Kawasan Kemudahan sokongan berkaitan lapangan terbang
Kawasan Kemudahan Sokongan
Kawasan Landasan
Kawasan Kolam Imbangan
Kawasan Restricted Navigational Area
Kawasan Kemudahan sokongan [warehousing]

Kawasan Perdagangan

Litar Formula One
Kawasan Pusat Perdagangan Runcit (Retail Business Park)

Kawasan Institusi

Kawasan pejabat pentadbiran dan pusat latihan
Kawasan kemudahan awam (kompleks tabung haji, masjid dan balai polis).
Kompleks Kuarantin (pejabat agensi yang berkaitan dengan aktiviti kuarantin).

Kawasan Hijau dan Taman

Cadangan Kawasan Rekreasi dan Taman Tema
Cadangan Taman Awam dan Linear Park
Cadangan Kawasan pengekalan dan pemeliharaan ekologi semulajadi
Cadangan Pengekalan Hutan dan Rekreasi Pasif

Draf Rancangan Tempatan bagi Kawasan KLIA telah diluluskan untuk seranta oleh Mesyuarat Majlis Daerah Sepang pada 12.12.1998 dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada 31.12.1998. Seranta Draf Rancangan Tempatan KLIA dijangka pada bulan April 1999.

Kembali kepada "Projek"

This page hosted by Get your own Free Home Page

1