BN AKAN MENANG DUA PERTIGA KERUSI PARLIMEN
(Sumbangan pengunjung bernama Shukor Rahman)

Akhbar The Star 16.11.99 telah menyiarkan penemuan satu kajian kecenderungan pengundi oleh sepasukan pengkaji daripada UIA Malaysia yang diketuai oleh Prof Syed Arabi Idid. Penemuan itu dikatakan telah dibincang di satu koloquim bertajuk The Star's Voter Poll : Analysis Of Public Opinion and Voting Intention bersama Prof Johan Saravanamuthu daripada USM, Prof Madya Mahadzir Mohd Khir daripada UM, Dr Khong Kim Hoong daripada Help Institute, kolumnis politik akhbar The Star Shamsul Akmar, dan Ketua Pengarang Berita The Star sendiri Chua Yew Kay.

Kajian itu antara lain mendapati :
1. 63% daripada 56% responden yang layak mengundi akan mengundi BN, 21% PAS, 5% DAP, 6% Keadilan, dan 5% lain-lain.
2. 52% daripada responden Melayu akan mengundi BN, 33% PAS, 3% DAP, 10% Keadilan, 2% lain-lain.
3. 73% daripada responden Cina akan mengundi BN, 4% PAS, 10% DAP, 3% Keadilan, 9% lain-lain.
4. 91% daripada responden India akan mengundi BN, 7% PAS, 0% DAP, 0% Keadilan, 2 lain-lain.

Penemuan-penemuan diatas ini mencerminkan bahawa :
1. BN masih kekal sebagai parti pilihan majoriti rakyat.
2. BN akan menang pilihanraya ke 10 dan boleh membentuk Kerajaan dengan majoriti kerusi 2/3 - (sebabnya semakin ramai mereka yang pada mulanya taksub dengan ceramah-ceramah pembangkang telah sedar bahawa mereka selama ini telah diperdaya telah kembali ke BN semula)
3. Parti Keadilan adalah parti yang paling kurang diminati. Oleh itu calon-calonnya akan kalah teruk di tangan BN. 67 kerusi tu!
4. Proses pembangunan negara akan berterusan. Ini kerana Kerajaan BN kembali berkuasa. Program-program untuk kebaikan masyarakat dan negara yang telah dirancang pasti akan terlaksana.
5. Malaysia akan terus berjaya menyakinkan negara luar. Hasilnya fikirlah sendiri. Toleh kebelakang lihatlah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Negara luar akan menghormati kita. Sebuah negara Islam pertama yang boleh diiktiraf sebagai hampir maju. Bukan negara daif. Bukan negara yang boleh dipersenda atau dibuli.

Berdasarkan pencerminan-pencerminan ini para penyokong kerajaan haruslah mempastikan BN memperoleh kemenangan tersebut. KITA HARUS KELUAR MENGUNDI DAN MENGUNDI HANYA BN. UNDILAH BN.

SHUKOR RAHMAN





Kembali ke halaman Berita & Gosip 1