LAPORAN TERBARU DARI KELANTAN
Ini adalah laporan yang baru kami terima. Berdasarkan tinjauan pendapat yang dibuat di Kelantan, UMNO kemungkinan besar akan menawan negeri itu daripada tangan Pas. Mengikut kedudukan sentimen minggu lalu, UMNO dijangka memenangi 23 buah kerusi (18 kerusi dalam tangan, 5 kerusi 50:50) daripada 43 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Kami akan kemaskinikan maklumat ini dari masa ke masa. Amaran kami ialah supaya anda faham bahawa cara rakyat Kelantan berfikir adalah sedikit berlainan dengan orang negeri-negeri lain. Jika tidak kena gaya, mereka beramai-ramai akan mengundi BN dan Pas boleh hanyut dalam arus itu. Berdasarkan kempen-kempen sejak beberapa bulan lalu, para pemimpin Pas di Kelantan kini dalam keadaan cemas. Mengikut maklumat yang Scarwalker terima, kedudukan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat adalah selamat. Dia menang tetapi akan kehilangan negeri.