PERINGATAN IKHLAS SHUKOR RAHMAN
Tuan,
Saya rasa berita Utusan Malaysia siaran 25/11/99
seperti dibawah sesuai disiarkan untuk faedah para
pengundi. Sila siar. Terima kasih.
HAPUSKAN HAK MELAYU - Janji DAP sekiranya pembangkang
memenangi pilihan raya
PETALING JAYA 24 Nov. - DAP yang bersekongkol
dengan
Pas dan Keadilan sekali lagi berjanji akan
Menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu bagi
Memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia
sekiranya memenangi pilihan raya 29 November ini.
Timbalan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng
turut
menegaskan akan menolak sama sekali penubuhan negara
Islam.
Beliau berkata, dengan wujudnya Malaysian Malaysia
semua kaum akan menikmati keistimewaan yang sama adil
tidak seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.
Beliau berjanji, tidak akan wujud lagi sebarang
perbezaan dan diskriminasi kaum di antara orang
Melayu, Cina dan India.
Guan Eng menegaskan demikian semasa berucap
di ceramah
politik yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang, di
sini, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden DAP, Ahmad Nor dan
calon
pakatan pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri Kampung
Tunku, T. Kannan.
''Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak
kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak
akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana
kaum, sebaliknya, semua pihak akan mendapat taraf sama
rata yang lebih adil,'' jelas Guan Eng yang baru
dibebaskan dari penjara atas kesalahan fitnah itu.
Gagasan Malaysian Malaysia pada asalnya dideklarasikan
dalam satu perhimpunan Parti Tindakan Rakyat (PAP)
pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura pada 8 Mei 1965.
Ia kemudian diteruskan oleh DAP yang merupakan
anak
didik PAP setelah Singapura disingkirkan dari
malaysia, ketika parti itu mula memperjuangkan
ideologi mereka pada tahun 1969 yang ternyata berbau
'anti-Melayu.'
Bagaimanapun, gagasan yang kononnya berasaskan
kepada
penyamaan hak semua kaum bagi mencapai keadilan dan
demokrasi yang lebih efisien itu menyepi buat
seketika apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang
memulakan projek Tanjungnya untuk merampas Pulau
Pinang dari terus dikuasai oleh BN.
Gagasan itu yang turut menimbulkan kebimbangan
kepada
tercetusnya kekacauan seterusnya diwujudkan kembali
pada ulang tahun ke-30 parti itu pada 12 Mei lalu,
walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak yang
menyedari muslihat halus gagasan berkenaan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Mahathir
Mohamad ketika mengulas pewujudan kembali gagasan itu
turut menyifatkan ia sebagai punca segala ketegangan
yang akan mencetuskan akibat buruk sekiranya ia
dilaksanakan di negara ini.
Guan Eng juga di majlis itu dengan lantang
DAP menolak
penubuhan negara Islam walhal sekutu mereka, Pas
terang-terangan mengumumkan bahawa mereka akan
mengamalkan corak pemerintahan yang berlandaskan
kepada Islam yang tulen.
Beliau yang mengistilahkan MCA sebagai 'Money
Collective Agency' (Agensi Pengumpul Wang) turut
mendakwa hanya DAP dan parti pembangkang yang lain
seperti Pas, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Keadilan
yang layak dipercayai kerana mengamalkan dasar politik
yang bersih.