AHLI PAS PUKUL PETUGAS UMNO

Seorang petugas Gerak 10 Wanita UMNO Kuala Pahang cedera di pipi kiri akibat ditampar oleh penyokong Pas yang tidak berpuas hati dengan kempen yang dijalankan dari rumah ke rumah oleh wanita itu.

Petugas UMNO itu dipukul kerana penyokong Pas tidak puas hati dengan Bakiah yang terlibat aktif di dalam jentera pilihan raya untuk merayu pengundi dari rumah ke rumah.
Mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Daerah Pekan untuk menerima rawatan kerana pipi kirinya bengkak.

Wanita UMNO Kuala Pahang membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.



Kembali ke halaman Berita & Gosip 1