Minggu ini kita teliti kartun Bringing Up Father yang disiarkan di dalam
New Straits Times (Mei 8). Di dalam gambar pertama, watak utama yang bernama
Jiggs (bertopi dan menghisap cerut) membaca senarai makanan yang dihidangkan di dalam
restoran.
Jiggs:Mexican chili...Polish ham, Italian spaghetti...Irish stew...
Do you have any oriental dishes? Cooker:You expect to eat off china in a dump like this?
Setiap jenis makanan tersebut berasal dari negara tertentu atau dimasakkan mengikut
gaya negara tertentu. Jadi, 'chili' (sejenis makanan pedas) berasal dari negara Mexico,
'ham' (daging babi) dimasak mengikut cara orang Poland, 'spaghetti' (sejenis mi) berasal
dari Itali, dan 'stew' (sejenis masakan daging yang berkuah) dimasak mengikut cara
orang Ireland.
Secara umumnya, semua jenis makanan itu berasal dari negara Barat dan Amerika Latin.
Ini membuat Jiggs bertanya (di dalam gambar kedua), 'Do you have any Oriental dishes
?' (Ada tak masakan Timur?). Dishes ialah kata plural bagi perkataan
dish. Dish bererti sejenis makanan atau masakan. Jadi, 'Polish ham, Italian
spaghetti and Irish stew are Western dishes' dan 'Chili is a Mexican dish'
Tetapi seperti kita tahu, kebanyakan perkataan mempunyai lebih daripada satu makna.
Begitu juga dengan dish. Dish juga bererti pinggan-mangkuk. Dan semua
benda yang menyerupai bentuk pinggan juga boleh disifatkan sebagai dish, misalnya
radar dish. Apabila dish membawa maksud pinggan-mangkuk, rangkai kata
meat dish boleh bermaksud 'dish for meat' - iaitu pinggan untuk masakan
daging dan bukan 'masakan daging'.
Wooden dish bermaksud 'dish made of wood', iaitu pinggan kayu. Dan
'Oriental dishes' boleh membawa maksud 'pinggan-mangkuk buatan Timur'. Inilah yang
difahamkan oleh tukang masak apabila dia mendengar pertanyaan Jiggs. Jadi, dia menjawab,
"You expect to eat off china in a dump like this?". (Takkan restoran
macam ni nak hidangkan makanan di dalam pinggan-mangkuk yang baik).
Ejaan perkataan china, iaitu huruf c dieja dengan menggunakan huruf
kecil jika ditulis biasa. Jika huruf c diejakan dengan menggunakan huruf besar
- china, makan perkataan ini merujuk kepada negara China. Tetapi china
secara umum bererti barang tembikar dan juga pinggan mangkuk, khususnya pinggan-mangkuk
yang bermutu tinggi diperbuat daripada tembikar.
Barang-barang tembikar buatan Cina dikenali sebagai china-ware (ware from
China) iaitu barang dari negeri Cina. China-ware kemudian disingkatkan menjadi
china. Tetapi jika anda sedang makan di dalam sebuah restoran dan kawan anda
berkata dengan penuh perasaan, "Wow! that's quite a dish!", anda jangan
serta-merta andaikan bahawa dia sedang memuji masakan yang sedang dimakan atau pinggan
yang cantik.
Anda perlu pandang kiri kanan dahulu. Kemungkinan besar anda akan dapati seorang
perempuan cantik menjadi sasaran kata-kata kawan anda. Dan dia bermaksud "Wow!
dia tu sangat cantik!". Di dalam slang (bahasa tidak formal), dish
bermaksud seorang gadis yang menawan.
Tukang masak di dalam kartun ini juga menggunakan perkataan dump sebagai
slang yang membawa maksud tempat yang kotor dan tidak menarik atau tempat yang
tidak ada 'standard'. Jadi, pinggan-mangkuk yang digunakan tentu tidak bermutu
tinggi. Tukang masak itu sendiri menggambarkan betapa restoran itu tidak ada 'class'
- rokok sentiasa dibibirnya dan janggutnya tidak bercukur!
Dump juga bermakna tempat menyimpan bekalan tentera (misalnya, ammunition
dump) dan juga tempat buang sampah. Baca perbualan berikut:
First woman:When I'm down in the dumps, I buy myself a new hat.
(Bila saya susah hati, saya beli topi baru).
Second woman:I always wondered where you got them.
(Saya dah lama ingin tahu di mana anda beli topi).
Perbualan ini merupakan jenaka yang berkisar pelbagai maksud dump. Rangkaikata
down in the dumps merupakan idiom yang bermaksud susah hati, sedih. Dan
perkataan dumps yang membawa maksud ini hanya terdapat di dalam idiom
ini sahaja. Lagi pula, dumps mesti dieja dengan -s di hujung, iaitu kita
tak boleh berkata down in the dump.
Tetapi perempuan kedua sengaja salah faham rangkaikata ini. Dia sengaja memahami
down in the dumps (plural dump) sebagai "bila saya berada (down in) di
tempat-tempat buang sampah" dengan tujuan untuk mempersendakan perempuan pertama. Jadi,
maksud tersirat 'I always wondered where you got them' ialah 'Patutlah pun
topi-topi kau begitu buruk dan hodoh, rupa-rupanya kau membelinya di tempat buang sampah!'
Latihan
Cari maksud dish seperti yang digunakan di dalam ayat-ayat berikut:
She dished the food up straight out of the saucepan.
The comedian has been dishing up the same state jokes for the last ten years.
The invigilator dished out the examination papers to the candidates.