PUASA ITU PERISAI DAN PERHIASAN
Pernahkah kita bertanya pada diri, sejauh
manakah kita telah menyempurnakan tuntutan berpuasa ? Kebiasaan
kita hanya mampu menahan diri daripada makan minum dan perkara yang membatalkan
puasa, tetapi tidak mampu menahan diri daripada melakukan perkara mungkar
dan maksiat yang mengakibatkan luputnya pahala puasa dan tiada nilaian
di sisi Allah swt. Apa tidaknya, di dalam kita berbuat taat, kita
juga berbuat dosa.
Sabda Rasulullah saw :"Ramai orang yang
berpuasa, tetapi ia tidak memperolehi apa-apa dari puasanya selain dari
lapar dan dahaga (tidak mendapat pahala)."
-HR an-Nasa'I-
Dari Anas r.a, Rasulullah saw bersabda
:
"Lima perkara yang menghapuskan pahala
puasa iaitu dusta, mengumpat, menfitnah, bersumpah palsu dan melihat wanita
yang bukan mahramnya dengan syahwat."
Dari Abu Hurairah r.a pula, Rasulullah
saw bersabda : "Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan
bertekak seperti orang bodoh. Jika seseorang memakimu, maka hendaklah ia
berkata :"Sesungguhnya saya sedang berpuasa (dua kali)." Demi zat yang
diriku ditangan-Nya, bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum
di sisi Allah daipada bau harum kasturi. Firman Allah :"Ia yang meninggalkan
makan, minum dan syahwatnya kerana Aku, puasa itu untuk-Ku dan Aku yang
membalasnya, setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda."
-HR Bukhari-
Puasa itu perisai yang menghalang kita
dari perbuatan mungkar dan maksiat. Oleh itu, kita patut memelihara
anggota lahir dan batin agar semua berpuasa dalam erti kata sebenarnya.
Sekiranya kita dapat melaksanakan puasa mengikut yang disyariatkan, kita
akan menjadi hamba yang mendapat rahmat dan hampir dengan Allah.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah
saw bersabda : "Setiap amal anak Adam itu akan dilipatgandakan, kebaikan
dibalas sepuluh kali ganda hingga kepada tujuh ratus kali ganda dengan
sekehendak Allah KECUALI PUASA. Di sini Allah berfirman
:"Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya kerana dia
meninggalkan makan minum dan syahwatnya kerana Aku." Orang yang berpuasa
akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya."
-HR Ibnu Majah-
PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN OLEH ORANG
YANG BERPUASA
1. Mencegah diri dari berpuasa di Hari
Syak (akhir bulan Syaaban kerana hendak ditentukan bermulanya
puasa bulan Ramadhan).
Ini termasuk suatu perkara maksiat dan mendurhakai Allah.
2. Menjauhkan diri dari riak, sum'ah (ingin
didengarkan kebaikan) dan bertaklid (mengikut secara membuta
tuli) kepada adat resam.
Kerana sesungguhnya muslim dikehendaki berpuasa secara keimanan dan taat
kepada Allah.
3. Hendaklah berniat puasa di waktu malam,.
Berdasarkan kepada sabda Nabi saw :" Sesiapa yang tidak
berniat puasa di waktu
malam, maka ia tidak dikira berpuasa."
4. Menahan diri dari melakukan perkara
yang membatalkan puasa seperti berupa makan minum dengan
sengaja (termasuk menghisap
rokok).
5. Menjauhkan diri dari melakukan persetubuhan
di siang hari sedangkan pada malamnya perbuatan itu
dihalalkan antara suami
isteri. Jika telah berlaku persetubuhan di siang hari bulan puasa, maka
hendaklah
ia membayar denda
kifarat iaitu :
a. Memerdekakan seorang hamba, atau
b. Memberi makan 60 orang miskin, atau
c. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
6. Menggelak dari sengaja muntah.
Sabda Nabi saw : "Sesiapa yang termuntah, maka tidak perlu ia qadha',
tetapi sesiapa yang
sengaja muntah, maka hendaklah ia qadha, puasanya."
7.Tidak berlebihan dalam menghisap air
ke hidung.
8. Menjauhkan perkataan dusta, sia-sia
dan tidak bermanfaat.
9. Menjauhkan diri dari perbuatan maksiat
seperti berduaan dan bersunyian antara lelaki dan perempuan seta
lain-lain gejala sosial
yang membawa kepada maksiat, perbuatan mungkar seperti meninggalkan solat,
membuka aurat, melakukan
jenayah dan yang berkaitan dengannya. Perkara di atas boleh
menyebabkan kurangnya
pahala puasa yang dilakukan.
Abdullah r.a bertanya kepada Rasulullah saw
:"Apakah amalan yang paling dikasihi oleh Allah?" Jawab baginda saw : "Sembahyang
dalam waktunya, berbuat baik (berbakti) kepada ibubapa dan berjuang pada
jalan Allah ".
-Sahih Bukhari-
PERKARA YANG DILONGGAR ATAU DIHARUSKAN KETIKA
BERPUASA
1. Menghisap air ke hidung dan menghembuskannya
ketika berwudhuk. Apa yang ditegah cuma melakukan
nya secara berlebihan
(menghisap kuat).
2. Bercelak mata atau menitikkan air ke
dalam dua telinga atau mata, sekalipun terasa setitis masuk ke dalam
mulut.
3. Menyuntik (pada tubuh) dengan apa cara
samada di leher, lengan, badan atau lain anggota badan untuk
perubatan. TETAPI
dilarang menyuntik zat-zat makanan (vitamin) keana ia bererti makan atau
minum,
bukan mengubat.
4. Berbekam pada mana-mana bahagian tubuh,
demikian juga menderma darah (tidak sebaliknya iaitu
memasukkan darah; sebab
darah adalah berunsur makanan)
5. Memakai bauan dan wangian, menghidu
haruman dan mencium bunga-bungaan.
6. Bersugi gigi secara tidak melampau
pada waktu pagi atau petangnya. Bolehlah menggunakan berus dan
ubat gigi atau tanpa
ubaat gigi. Ubat gigi boleh digunakan ketika awal bangun pagi dan
sesudah itu elok
bersugi tanpa ubat
gigi.
7. Hisapan yang digunakan oleh pesakit
Asma (lelah), dalam bentuk angin (tanpa bahan butiran atau pekatan
debu), maka diharuskan..
Jika ia mengandungi bahan ubat yang berupa banda, maka hendaklah ia ditahan
daripada pesakit.
Maka jika pesakit menelannya (sesudah disedut seperti menelan bahan-bahan
makanan
yang terlekat dileher
atau dikerongkongan, maka batallah puasanya dan hendaklah ia mengqadha'nya,
jika
dia mampu, atau hendaklah
dia membayar fidyah; jika sakitnya berlanjutan..
8. Bercumbu-cumbuan antara suami isteri
(sentuh menyentuh) dan mengucupnya; selama tidak membawa
persetubuhan. Berwaspadalah
supaya puasa anda tidak rosak.
9. Bermimpi di waktu malam atau siang yang
membawa kepada mandi junub.
10. Makan dan minum secara TERLUPA kerana
itu adalah kurniaan Allah; maka teruskanlah berpuasa.
11. Keluar darah daripada mana-mana bahagian
tubuh; termasuk daripada mulut, hidung atau mencabut gigi.
12. Mengecap rasai makanan dan sebagainya
selama kecapan itu tidak masuk ke dalam halkum.
13. Mencurahkan air sejuk ke atas kepala
atau mandi.
14. Muntah dengan tidak sengaja.
15. Wanita yang mengalami darah penyakit
(istihadhah). Darah yang melebihi tempoh haid. (15 hari ke atas,
ia boleh
solat, puasa dan bersetubuh)
16. Orang yang musafir, harus berbuka di
siang hari Ramadhan.
17. Seorang wanita yang mendapati dirinya
suci sejak malam, maka ia boleh menangguh mandi junub
sehingga
Subuh.
BAGAIMANA NABI MUHAMMAD SAW MENYAMBUT BULAN
RAMADHAN?
1. Tidak berpuasa sehingga nampak anak
bulan dengan penglihatan (rukyah) dan yakin bahawa anak bulan
sudah nampak; cukup
dengan seorang saksi.
2. Nabi s.a.w melarang umatnya berpuasa
sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari
Syak (samada ia 30
Sya'aban atau 1 Ramadhan).
3. Berniat puasa di waktu malam sebelum
menjelang fajar.
4. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak berimsak(menahan
atau berhenti dari makan dan minum) sehingga
nyata terbitnya fajar
Shaadiq atau masuk waktu Subuh.
5. Mengamal menyegerakan berbuka puasa
dan melewatkan bersahur.
6. Makanan berbuka Nabi saw adalah sedikit;
hanya dengan beberapa biji buah kurma dan beberapa teguk
air kosong( untuk kesihatan),
kemudian baginda mendirikan solat Maghrib. (pada awal waktu)
7. Menjamu makan orang berbuka puasa.
8. Tidak meninggalkan sahur, sekalipun
hanya dengan seteguk air kosong kerana Allah dan para Malaikat
memohon rahmat kebaikan
kepada orang yang bersahur.
9. Sentiasa mengawasi akhlak diri, hak
anak isteri dan memperelokkan pergaulan dengan mereka lebih
daripada bulan2 lain
serta menggelakkan daripada akhlak yang tidak baik.
10. Bersugi ketika berpuasa iaitu sebelum
tergelincir matahari dan selepasnya.
11. Berbekam semasa berpuasa (mengambil
darah untuk perubatan).
12. Keluar bermusafir bersama para sahabat
dalam keadaan; siapa yang ingin berpuasa, maka bolehlah
berpuasa
dan siapa yang ingin berbuka; maka bolehlah berbuka.
13. Bersifat belas kasihan terhadap orang
sakit, miskin, orang tua, perempuan hamil dan menyusukan
anaknya.
14. Sangat giat beribadat di bulan Ramadhan
melebihi bulan2 yang lain.
15. Beri'tikaf (berada atau diam dalam
masjid dengan niat dan cara tertentu bagi mendekatkan diri kepada
Allah swt.)
pada 10 hari dan malam akhir di bulan Ramadhan kerana mencari
Lailatul Qadar.
16. Membaca al-Quran dengan Jibril a.s
di bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan al-Quran. (ia diturunkan
pada
17 Ramadhan)
17. Sentiasa bersifat murah hati di bulan
Ramadhan; selalu bersedekah dan berterusan mengeluarkan
perbelanjaan
untuk kebaikan.
18. Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana
terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
19. Mengeluarkan zakat fitrah di akhir
Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.
HATI-HATI MAKSIAT DI HARI RAYA
BERHARI RAYA di kampung memang berbeza
dengan berhari raya di bandar. Kalau di kampung, pukul 4.30 pagi emak-emak
sudah kejutkan anak-anaknya pergi mandi, pakai baju kurung atau baju melayu
yang baru dibeli. Pukul 6.00 pagi sudah ketuk rumah datuk dan nenek untuk
minta maaf.
Memang kita digalakkan untuk bermaaf-maafan,
tapi tengok dulu dengan siapa kita bersalam. Kononnya untuk hapuskan
dosa-dosa yang lepas tapi sebenarnya kita buat dosa lagi. Bersalam dengan
orang yang bukan muhram, hukumnya berdosa. Kita tidak boleh bersentuh
kulit dengan orang yang bukan muhram kita. Dahlah tu ada pula yang
terlalu sibuk di pagi raya dengan memasak juadah atau menyediakan kuih
muih sehingga tidak solat subuh.
Seperkara lagi, pasangan bercinta mulalah
memenuhi panggung wayang setelah sebulan tidak menjejak kaki ke dewan gelap
itu. Macam orang lepas geram. Pada hal itulah nilaian puasa kita
tahun ini. Orang puasa kita puasa. Hakikatnya nafsu kita tidak berpuasa.
Sebab itu, buat maksiat lagi lepas bulan puasa. Sebenarnya bulan
puasa untuk didik nafsu. Tetapi nampaknya semakin dilayan di hari
raya.
Ada yang lebih teruk lagi, dahlah bebeas
bersalaman lelaki dan perempuan, tengok wyang bersama, buat date raya di
rumah girlfriend atau boyfrienf. Ada pula di samping air oren, air sirap
dan lain-lain, disediakan minuman keras untuk tetamu bukan Islam.
Kononya untuk meraikan kawan tapi sampai sanggup tanggung dosa kerana mereka.
Bukannya tak tahu hukum, Orang yang membawa, menyimpan, tolong beli, inikan
pula hidangkannya, sama saja dosanya dengan orang yang minum arak.
Alangkah elok, orang Islam menunjukkan amalan dan akhlak mulia orang Islam
supaya masyarakat bukan Islam tahu perkara yang disuruh dan dilarang dalam
Islam.
Berhati-hatilah, jangan berani tempah
dosa kerana raya atau tidak raya. NASIHAH.
ADAB BERPAKAIAN WANITA ISLAM MENYAMBUT HARI
RAYA
Oleh : ANIS/1/99
1. Mulakan memakai pakaian dengan Bismillah
kerana memang disunatkan membaca Bismillah dalam setiap
pekerjaan yang baik.
2. Berniat untuk menunaikan perintah Allah
yakni menutup aurat. Bukan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk
dengan kecantikan pakaian.
3. Berdoa ketika memakai pakaian samada
pakaian lama atau baru
4. Memakai pakaian yang sederhana serta
tidak terlalu mahal.
5. Pastikan kebersihan pakaian supaya
sah dipakai untuk beribadah.
6. Mulakan memakai dari kanan.
7. Sunat mengibas-ngibaskan pakaian untuk
memastikan tiada serangga atau seumpamanya yang
membahayakan.
8. Melipat pakaian setelah dibasuh dan
menyebut nama Allah ketika menyimpannya. Jangan dicampakkan di
merata tempat.
9. Wajib memakai pakaian yang labuh hingga
menutupi kaki kerana kaki juga adalah aurat yang wajib ditutup.
10. Tidak memakai pakaian yang menyerupai
lelaki.
11. Tidak memakai pakaian yang disulam
berlebihan dengan pilihan warna yang menarik perhatian umum.
12. Menjauhi pakaian yang ketat dan jarang.
Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa
berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka diampuni
dosanya yang telah lalu."
Kembali