Adalah normal…….
Sekiranya kita merasa resah
gelisah atau bimbang atau terganggu atas apa yang berlaku kepada kita.
Adalah lumrah …….
Seandainya pada masa yang
tertentu kita merasa keliru dan tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku
kepada kita.
Adalah menyedihkan…….
Sekiranya kita tidak dapat
berfungsi dengan berkesan dalam kehidupan seharian kita kerana gangguan
yang tidak difahami oleh diri kita sendiri.
Adalah tidak adil…….
Seandainya kita membiarkan
diri kita bergelumang dengan masalah tanpa kesudahan.
Adalah lebih mudah…….
Sekiranya kita bersedia
mendapatkan bantuan orang lain untuk menguraikan kekusutan kita.
Adalah tidak wajar…….
Sekiranya kita merasa rendah
diri atau malu untuk mendapatkan pertolongan orang lain.