PUSAT SUMBER SEKOLAH
DATA PUSAT SUMBER
NAMA SEKOLAH SMK PASOH 2 ALAMAT SMK PASOH 2, 72300 SPG. PERTANG,NSDK TELEFON 06-4961185 E-MAIL/FAX 06-4961185 NAMA PENGETUA ENCIK ABU BAKAR B. HASSAN NAMA GPK1 TN. HAJI MD. KAHAR B. KASIM NAMA PEYELARAS PSS MOHD. SUHAIDI MD. JUNUH NAMA GURU PERPUSTAKAAN CIK ZARINAH MD. JAHIM NAMA GURU MEDIA PN. NUZILA MD. DOM NAMA GURU PROJEK NILAM PN. NUZILA MD. DOM BIL. GURU 39 ORANG BIL. MURID 750 ORANG KEPAKARAN GURU EN. NASRI RAMLI - JURU FOTO DAN ALATAN EN. ZAINAB BIBI HAMID - BAHAN BANTU MENGAJAR CIK ZARINAH MD.JAHIM - KOMPUTER
DATA PENYELARAS PUSAT SUMBER
NAMA SEKOLAH SMK PASOH 2 NAMA PENYELARAS MOHD. SUHAIDI MD. JUNUH TARIKH LAHIR 24 MAC 1970 KAD PENGENALAN 700324-03-5187 TEL. SEKOLAH 06-4961185 TEL. RUMAH 06-4814082 FAX SEKOALH 06 -4961185 FAX RUMAH ALAMAT E-MAIL PENGALAMAN MENGAJAR 4 TAHUN PENGKHUSUSAN BM & SASTERA JUMLAH MINIT MENGAJAR 1020 MINIT PENGALAMAN BIDANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN TIADA MINAT &KEPAKARAN TIADA
RANCANGAN AKTIVITI PUSAT SUMBER 1999
Bil AKTIVITI J F M A M J JL O S O N D 1 Pelantikan AJK / 2 Mesyuarat AJK / / / / 3 Kursus Dalaman / / 4 Kursus Peningkatan Staf 5 Projek Keceriaan / / / / / / 6 Projek BBM / / / / 7 Perkemahan Membaca 8 Laluan Iqra / / / / / / / / / / / / 9 Ceramah buku 10 Bengkel Pengkelasan Buku/ Bahan Bukan buku / 11 Minggu Bahasa/Panitia 12 Tayangan Perdana / / / / 13 Fotografi 14 Mengemaskini Taman sumber / / / / 15 Lawatan 16 Kursus/Hari Profesional 17 Minggu Sains & Matematik 18 Minggu Sejarah 19 Minggu Kemahiran Hidup 20 Galeri Sejarah / 21 Program Nilam / / / / / / / / /
PROGRAM CRP.
Pusat sumber sekolah telah mengadakan pelbagai program untuk mendedahkan pelajar kepada penerokaan seluruh gedung ilmu pengetahuan. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Class Reader Programme (CRP) di semua sekolah menengah. Untuk menjayakan program ini satu waktu daripada lima waktu yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dikhaskan untuk CRP.
Objektif utama CRP ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada elemen -elemen kesusasteraan dalam bahasa Inggeris melalui pelbagai genre seperti novel,cerpen, drama dan puisi. Disamping itu ianya dapat memotivasikan dan menanamkan minat dan tabiat membaca dikalangan pelajar, meningkatkan lagi kefasihan berbahasa agar dapat meningkat dan mengukuhkan pembelajaran.
PROGRAM SAL.
Selain dari program tersebut, satu kursus dalaman juga telah dijalankan iaitu 'Self Access Learning' ,(SAL) yang hampir sama objektifnya dengan program CRP.Cuma program SAL ini lebih menitik -beratkan latihan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pertuturan pelajar dalam bahasa Inggeris. Kursus yang telah diadakan selama dua hari, menyediakan guru atau fasilitator yang pakar dalam bidang ini. Mereka menarik minat pelajar, melatih tubi dalam pertuturan,pemahaman dan pengetahuan juga mengadakan bengkel-bengkel kemahiran.
PROGRAM NILAM.
Prgram yang masih dalam perlaksanaan PSS ialah program NILAM. Matlamat program ini ialah membina budaya atau tabiat membaca dikalangan para pelajar secara berterusan. Kumpulan sasarannya ialah peringkat sekolah menengah iaitu tingkatan 1 pada tahun1999. Walaupun demikian, program ini dilaksanakan terhadap semua tingkatan tetapi diwajibkan kepada Tingkatan 1 sesi 1999 sehingga ke tingkatan 5 tahun 2003 serta para pelajar tahun berikutnya.
Kebanyakkan bahan bacaan lazimnya terdiri dari:
i. Koleksi Buku Pusat Sumber /Perpustakaan Sekolah.
ii. Koleksi Buku Perpustakaan Awam.
iii. Koleksi Perpustakaan bergerak.
iv. Koleksi Perpustakaan Desa.tem Ganjaran
v. Lain-lain badan yang difikirkan sesuai.
Sistem Ganjaran Program Nilam.
Lantaran untuk menarik minat pelajar, program ini telah mengadakan pelbagai ganjaran untuk menarik perhatian pelajar. Antaranya ialah :
i. Sistem Ganjaran Jauhari
ii. Sistem Ganjaran Emas.
iii. Sistem Ganjaran Perak.
iv. Sistem Ganjaran Gangsa.
Sistem ganjaran Jauhari bermaksud para pelajar akan diberi pengiktirafan . Pengiktirafan ini akan diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar, Sijil Berhenti Sekolah malahan pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh atau temuduga penajaan. Jumlah buku bacaan untuk mendapat pengiktirafan ini ialah sebanyak 288 ke atas.
PROGRAM NILAM BERORENTASIKAN SEK. MEN. KEB. PASOH 2.
Program Nilam SMK Pasoh 2 secara dasarnya akan berteraskan program yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan. Namun begitu, bergantung kepada kemudahan dan penyesuaian yang sesuai diterapkan di sekolah ini.
* Program ini dilaksanakan terhadap semua tingkatan dan wajib kepada Tingkatan 1 sesi 1999 sehingga ke tingkatan 5 tahun 2003 serta para pelajar tahun berikutnya.
*Setiap pelajar yang telah membaca buku akan diberikan borang program Nilam untuk diisi dan direkod. Semua rekod disimpan di perpustakaan sekolah. Buku yang bukan dari pinjaman perpustakaan sekolah boleh direkodkan dengan meminta borang di Kaunter Pinjaman / Pemulangan Buku.
* Pada akhir bulan, perpustakaan sekolah akan mengumpulkan data jumlah buku yang telah dipinjam oleh pelajar untuk simpanan guru perpustakaan/ kelas.
* Guru kelas akan diberi cap pengesahan Program Nilam untuk dicapkan dalam rekod kemajuan (kerja ini boleh diminta kerjasama ketua kelas atau di kalangan pelajar yang sesuai).
* Setiap Staf, ibu bapa dan para pelajar mempunyai peranan penting dalam perlaksanaan program ini untuk membentuk tabiat membaca sepanjang hayat.
* Para pelajar diminta membaca seberapa banyak yang mungkin, mempastikan setiap bahan bacaan yang dibaca direkodkan, mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana berada dan sedaya upaya mendapatkan pengiktirafan yang dijanjikan.
[Kokurikulum][Peperiksaan][PIBG][Galeri][Rayuan Derma Surau]