Bahasa Melayu En. Nasri b. Ramli Kesusasteraan Cik Asmah bt. Awang Sastera Ikhtisas Pn. Ajura bt. Ahmad Matematik Cik Nor Fazila bt.
Hanapi Bahasa Inggeris Cik Zainab Bibi bt.
Hamid Sains Cik Norsiah bt. Mohd.
Sapari Sejarah En. Mohd. Nazri b.
Jaafar Geografi Pn. Noraizan bt. Salim Pendidikan Islam Ust. Khairuddin b. Said Ekonomi Rumahtangga Cik Suria bt. Ishak Ekonomi /Perdagangan /Prinsip
Akaun Cik Khairunisaa bt.
Shafie Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan En. Abd. Mutalib b.
Johar Pendidikan Seni Cik Siti Noraini bt.
Amran Sains Pertanian Pn. Noorifah bt. Mohamed Kemahiran Hidup En. Mazlan b. Abdullah
PANITIA BAHASA MELAYU.
Panitia bahasa Melayu telah mengadakan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam perbahasan, syarahan, balas pantun,mendeklamasi sajak dan penulisan. Disamping itu pertandingan ini juga penting untuk memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah ke pertandingan selolah-sekolah dan daerah.
PANITIA SAINS DAN MATEMATIK.
Panitia Sains dan Matematik telah bergabung untuk menjayakan program Minggu Sains dan Matematik. Antara program yang dilaksanakan ialah mengadakan pertandingan mereka-cipta alatan sains terbuka untuk kelas menengah dan rendah, kuiz Matematik dan Sains dan lawatan sambil belajar di tempat-tempat ilmiah Kuala Lumpur. Program berkekalan dan berterusan panitia ini ialah mengadakan Mingguan Infosains yang disampaikan oleh pelajar di setiap hari Isnin pada waktu perhimpunan pelajar.
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM.
Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti Musabaqah al-Quran untuk lelaki dan perempuan, berzanji, syarahan ,forum dan pertandingan tulisan khat Jawi. Objektifnya ialah untuk mencungkil bakat pelajar yang terbaik bagi mewakili sekolah di peringkat daerah dan seterusnya. Disamping itu , panitia ini turut menganjurkan ceramah pungutan zakat,kelas Fardhu Ain dan perarakan sempena Majlis Maulidur Rasul.
PANITIA SEJARAH.
Panitia Sejarah menganjurkan pameran alat-alat sejarah yang hampir ditelan zaman sempena Minggu Sejarah yang akan diadakan. Pameran ini akan dijayakan oleh usahasama semua pelajar dimana mereka bertindak mencari dan mengumpul peralatan -peralatan lama . Antara peralatan tersebut ialah radio lama, duit-duit syiling lama, beliung dan lain-lain lagi
[Kokurikulum][Peperiksaan][PIBG][Galeri][Rayuan Derma Surau]