MENTAFSIR PETA, JADUAL, GRAF DAN GAMBARAJAH
CARA-CARA PEMERHATIAN
- Pemerhatian penting apabila kita hendak membuat kajian tentang sesuatu ciri geografi.
- Pemerhatian boleh dijelaskan melalui :
- Lawatan ke tempat yang hendak dikaji
- Peta
- Gambar foto
- Graf
- Jadual
- Semua maklumat yang telah diperhatikan itu direkod dan disusun kemas untuk tujuan
penyediaan laporan seterusnya.
- Maklumat yang telah diperhatikan itu boleh direkodkan dalam bentuk
- Lukisan
- Peta
- Jadual
- Graf
MENYUSUN DAN MENTAFSIR PETA DALAM
BENTUK GRAF
- Ada dua jenis graf iaitu graf palang dan graf garisan.
- Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, maklumat yang diperolehi disusun dalam bentuk
data dan jadual supaya mudah dibaca dan difahami.
Cara pelajar datang ke sekolah |
Jumlah pelajar |
Bas |
10 |
Basikal |
8 |
Motosikal |
6 |
Berjalan kaki |
8 |
Kereta |
2 |
Jumlah |
34 |
Jadual : Cara pelajar datang ke sekolah
Graf Palang
Cara melukis graf palang (berdasarkan jadual)
- Lukiskan satu paksi menegak (y) dan satu paksi melintang (x) seperti bentuk L.
- Labelkan garisan menegak sebagai bilangan pelajar dan paksi melintang sebagai cara
pelajar datang ke sekolah.
- Lukiskan palang-palang untuk menunjukkan bilangan pelajar yang datang ke sekolah dengan
cara-cara yang tertentu.
- Lorekkan atau warnakan graf palang yang telah dihasilkan.
- Berikan tajuk yang sesuai bagi graf yang telah dibina.
Graf Garisan
- Graf garisan sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan-perubahan yang berterusan
seperti perubahan suhu dan perubahan harga.
- Data dan maklumat dalam bentuk jadual boleh ditukar ke dalam bentuk graf.
- Cara melukis graf garisan :
- Lukiskan garisan melintang dan garisan menegak seperti bentuk L.
- Labelkan garisan menegak sebagai jumlah suhu (oC) dan paksi melintang sebagai
bulan.
- Tentukan skala yang sesuai contohnya 1cm bagi mwakili 2oC dan 1cm bagi paksi
melintang untuk setiap bulan.
- Dalam graf tandakan x di tempat yang sesuai berdasarkan jadual (titik persilangan
garisan bulan dengan jumlah suhunya).
- Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.
Graf garisan : Jumlah suhu di bandar Kemboja
MENTAFSIR GAMBARAJAH
- Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran air, udara,
bunyi dan alam sekitar.
- Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah sarap serta pengaliran
air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia ke sungai, tasik dan laut yang
berhampiran.
- Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan eksos
kenderaan.
- Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dari rumah, kedai dan
pasar, serta gas dan asap dari kilang ke merata-rata tempat.
- Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat-alat elektronik
seperti radio dan televisyen.
|