PERIKANAN DI MALAYSIA
- Malaysia di kelilingi laut cetek yang kaya dengan ikan - Pelantar sunda.
- Pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan pantai. Nelayan berkemahiran kerana ia
pekerjaan tradisi.
- Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
- Hasil tangkapan cukup untuk keperluan tempatan.
- Malaysia ada mengekspot udang ke Singapura, Negeri Thai, United Kingdom dan Jepun.
- Perikanan dimajukan lagi melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan FAMA -
pasarkan.
Peta : Taburan Kawasan Perikanan di Malaysia
KEPENTINGAN PERIKANAN
- Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
- Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.
- Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat,
alat menangkap dan memproses ikan.
- Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport.
- Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun,
United Kingdom dan Negeri Thai.
FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN
PERIKANAN
- Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Melaka, Laut China
Selatan dan Selat Tebrau.
- Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan ikan-ikan dan
makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan ikan.
- Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan mudah.
- Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan.
- Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok, belacan, cencaluk
dsbnya.
PERBANDINGAN MENGAPA PERIKANAN PANTAI
BARAT LEBIH PENTING DARIPADA PANTAI TIMUR
PANTAI BARAT |
PANTAI
TIMUR |
1. |
Dapat dijalankan sepanjang
tahun kerana tiada gangguan angin monsun (Monsun Timur laut & Monsun Barat Daya).
Laut-nya tenang sepanjang tahun. |
Tidak dapat dijalankan kerana
laut bergelora (gangguan Monsun Timur Laut). |
2. |
Gunakan cara tangkapan yang
moden. Hasil lebih banyak (Kapal tangkapan moden yang lengkap dengan alat menyimpan ikan)
- Nelayan berada di laut sehingga berminggu-minggu. |
Cara tangkapan yang lama -
hasil tangkapan sedikit (cara tradisional) |
3. |
Kebanyakan nelayannya kaya -
mampu sediakan alat tangkapan moden. |
Nelayan tak mampu sediakan
cara / alat tang-kapan moden. |
4. |
Banyak pelabuhan penda-ratan
bot dan kapal perikanan. |
Kekurangan pusat-pusat
pendaratan ikan menye-babkan ikan-ikan menjadi rosak kerana tidak dapat dipasarkan dengan
cepat. |
5. |
Pasaran - permintaan ikan
lebih banyak - banyak bandar besar dan kepa-datan penduduk tinggi. |
Pasaran kurang meluas. |
6. |
Banyak kemudahan untuk memproses, membeku dan
mengetin ikan dan udang. |
Hasil tangkapan kurang kerana
:
- kurang kelengkapan
- gangguan monsun timur laut
|
7. |
Sistem perhubungan - pengangkutan yang lengkap
dan teratur - hasil tangkapan dapat dipasarkan dengan cepat dan mudah |
Sistem pengangkutan kurang maju - hasil tangkapan
tidak dapat dipasarkan segera. |
8. |
Jalankan perikanan laut dalam dan pinggir pantai. |
Kebanyakan nelayannya hanya menjalankan kegiatan
perikanan pinggir pantai. |
JENIS-JENIS PERIKANAN
- Perikanan pinggir laut
- Perikanan laut dalam
- Perikanan air tawar
- Perikanan akuakultur (menternak ikan)
Perikanan Pinggir Laut
- Jenis perikanan yang terpenting
- Melibatkan ramai nelayan tempatan - mendapatkan paling banyak ikan.
- Dijalankan di kawasan 30km dari pantai.
- Gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul
- Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam.
- Hasil tangkapan tidak banyak.
Perikanan Laut Dalam
- 30 - 300 km dari laut.
- Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi.
- Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat
tunda
- Berada di laut selama beberapa hari/minggu.
- Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia.
- Hasil tangkapan tinggi.
Perikanan Air Tawar
- Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai.
- Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar).
- Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya.
- Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing.
- Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besar-besaran di kolam
atau sangkar.
- Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia.
Perikanan Akuakultur (Menternak Ikan)
- Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar.
- Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan.
- Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat dan kerang)
dalam sangkar atau kolam.
- Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu.
CARA-CARA MENANGKAP IKAN DI LAUT
Pukat Tarik
- Diturunkan ke dalam laut untuk mengepung ikan yang banyak.
- Satu hujung pukat ditarik nelayan ke pantai dan satu hujung lagi ditarik oleh nelayan di
dalam bot.
- Ikan terperangkap dalam pukat - biasanya ikan bilis ditangkap menggunakan cara ini.
Pukat Tangkul
- Berbentuk segi empat sama.
- Gunakan unjang untuk tarik perhatian ikan supaya berkumpul.
- Bila ikan berkumpul dengan banyaknya - satu unjang baru akan diturunkan dan ikaa-ikan
akan bergerak ke arah unjang baru yang di bawahnya ada pukat.
- Pukat ditarik ke atas dengan menggunakan keempat-empat penjurunya.
Kelong
- Pancang dan kayu yang dipacak berbaris dihujungnya da perangkap / jaring.
- Tidak digunakan di pantai timur kerana laut bergelora.
Pukat Hanyut
- Direntangkan dalam laut seperti jaring badminton.
- Ikan yang berenang kearah pukat akan terperangkap bila kepalanya tersangkut di mata
pukat.
- Biasa digunakan oleh nelayan di pantai timur.
Pukat Pompang
- Dipasang di muara sungai.
- Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap dalam pukat.
Pukat Tunda
- Pukat yang besar - berbentuk seperti beg dan mulutnya terbuka luas.
- Digunakan oleh nelayan laut dalam / dasar laut.
PUSAT-PUSAT PERIKANAN DI MALAYSIA
peta
MASALAH DALAM PERIKANAN DI MALAYSIA
- Hasil tangkapan semakin merosot kerana :
- Penangkapan yang berlebihan.
- Pencemaran air - sisa-sisa buangan kilang dan tumpahan minyak.
- Penggunaan pukat tunda yang berleluasa - musnahkan habitat ikan.
- Kemusnahan kawasan pembiakan ikan.
- Penggunaan bot-bot kecil, jala, pancing dan pukat hanyut.
- Nelayan tak mampu memmbeli peralatan moden - amalkan cara tangkapan yang tidak
produktif.
- Bekalan dan permintaan tidak tetap - harga tak stabil.
- Gangguan angin Monsun Timur Laut terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia.
- Kekurangan kemudahan perikanan seperti loji ais untuk mengawet ikan terutamanya di
pantai timur (kemudahan mendingin beku, mengawet dan menyimpan ikan - kos yang tinggi).
- Pelabuhan pendaratan ikan kurang terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia -
nelayan terpaksa pergi ke bandar / tempat lain untuk pasarkan hasil tangkapan.
- Nelayan dapat pulangan yang rendah daripada jualan ikan kerana ditindas oleh orang
tengah / peraih ikan.
- Perairan Malaysia dicerobohi oleh lanun / nelayan asing dari Indonesia, Thailand atau
Filipina - rampas hasil tangkapan / peralatan.
- Cuaca terlalu panas menyebabkan ikan cepat ikan cepat busuk (rosak) jika lambat dihantar
kepasaran.
- Musim tengkujuh hasil sampinganseperti keropok dll tidak dapat dijemur - jejaskan
pendapatan nelayan .
- Pelepasan sisa toksid dari kilang dan tumpahan minyak cemarkan air laut - jejaskan ikan
dan hasil laut lain.
LANGKAH MENGATASI MASALAH
- Peranan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dalam menenntukan gred dan harga ikan di
pasaran.
- LKIM cari pasaran baru ikan ke luar negara seperti Singapura.
- LKIM galakkan pengusaha untuk majukan penternakan secara akuakultur dengan cara memberi
bantuan khidmat nasihat dan kewangan.
- Tambah pusat-pusat pendaratan ikan dan pelabuhan perikanan seperti Kemaman, Kuala Kedah
dan Sedili.
- Tubuhkan koperasi nelayan (NEKMAT) untuk bantu nelayan dapatkan bantuan kewangan beli
peralatan menangkap ikan yang moden.
- Malaysia bekerjasama dengan negara jiran seperti Singapura dalam majukan industri
perikanan terutama-nya dalam perikanan laut dalam.
- Polis Marin pergiatkan rondaan dan kawalan perairan Malaysia supaya bebas daripada
pencerobohan nelayan luar dan gangguan lanun.
- Perketatkan undang-undang untuk mereka yang mencemarkan laut (kilang-kilang dan kapal -
tumpahan minyak / pembuangan sisa toksik)
- Melalui Pusat Latihan Nelayan - nelayan dilatih mengendalikan pelbagai alatan
penangkapan moden, contohnya di Batu Maung, Kuala Terengganu dan Pulau Labuan.
- Skim Keselamatan Nelayan (SEKENAL) diadakan bagi membolehkan nelayan pasang telefon
radio di bot untuk kecemasan (serangan lanun dsbnya).
- Tukun-tukun tiruan yang diperbuat daripada tayar-tayar buruk untuk tambahkan tempat
pembiakan ikan diperbanyakkan.
- Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan supaya ikan dan dan hasil laut lain
dapat dipasarkan dengan segera - jamin harga lebih baik.
- Nelayan pantai timur digalakkan cari kerja sampingan terutama musim tengkujuh untuk
tambah pendapatan - tidak hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata (bercucuk tanam
dan kerja tangan).
- Kerajaan menggalakkan penternakan ikan dalam kolam dan sangkar secara besar-besaran
untuk pelihara ikan, kerang, ketam dan udang, di kawasan pinggir laut yang tenang airnya
di Kuala Kurau, Kuala Sedili dan Pulau Aman.
- Mengetatkan undang-undang untuk mengawal pencemaran laut.
|