Jawab semua soalan di bawah ini.

31 Daerah Jelebu.
Kuala Pilah.
Sekitar Lahat Datu.

Senarai di atas mungkin sekali merujuk kepada kawasan ______ di Malaysia.
penanaman padi.
paling kering.
paling basah.
kawasan paya air tawar.

Soalan 32 merujuk kepada jadual perkhidmatan keretapi dari Seberang perai ke batu Gajah yang telah disediakan.
                      Stesen                       Masa bertolak
                  Seberang Perai                 7.00 pagi
                  Bukit Mertajam                    7.14 pagi
                  Taiping                               8.27 pagi
                  Kuala Kangsar                   9.04 pagi
                  Ipoh                                   9.57 pagi
                  Batu Gajah                       10.11 pagi
32 Merujuk kepada jadual di atas, jarak dari segi masa yang paling panjang ialah bagi perjalanan dari ______ ke ______
Seberang Perai, Bukit Mertajam.
Bukit mertajam, Taiping.
Taiping, Ipoh.
Ipoh, Kuala Kangsar.

33 Pasangan berikut adalah benar mengenai taburan mineral di Malaysia kecuali
Bijih timah - Lembah Kinta
Bauksit - Teluk Rumania
Marmar - Pulau Langkawi
Tembaga - Teluk Rumania

34 Temenggor, Sungai Antu, Cenderoh, Batang Ai.
Tempat-tempat di atas adalah berkaitan dengan ______
pusat pelancongan.
pusat perlombongan.
pusat penjanaan kuasa elektrik hidro.
pusat pembalakan.

35 Dataran Kedah Perlis.
Delta Rajang.
Delta Kelantan.

Kesemua kawasan di atas mungkin sekali merujuk kepada kawasan ______
penanaman getah.
penanaman kelapa sawit.
perlombongan bijih timah.
penanaman padi.

36 Pokok-pokoknya tinggi iaitu antara 30-60m.
Hutan ini padat, malar hijau dan mengandungi pelbagai jenis pokok.
Antara jenis-jenis pokok yang terdapat ialah cengal, meranti dan keruing.
Pokok-pokoknya penting untuk industri pembalakan.

Hutan ini mungkin sekali merujuk kepada ______
Hutan Monsun Tropika.
Hutan Khatulistiwa.
Hutan Paya.
Hutan Malar Hijau.

Soalan 37 hingga 39 adalah merujuk kepada peta di bawah

rajah3.jpg (80978 bytes)

37 Angin yang bertanda K bermula dari Selat Melaka dan bertiup di antara bulan Mei hingga September dan sering merosakkan harta benda di selatan pantai barat Semenanjung Malaysia'. Angin ini dikenali sebagai ________
Angin Sumatera.
Angin Selat.
Angin Monsun Barat Daya.
Angin Taufan.

38 Apakah sebabnya kawasan yang bertanda L menerima hujan yang sangat lebat?
  I. Terdapat tanah tinggi.      II. Terletak di tepi laut
III. Berhutan tebal                  IV. Menghadap angin monsun timur laut.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II dan IV

39 Apakah sebabnya kawasan yang bertanda M menerima hujan yang sedikit?
I. Kawasan ini terletak di kawasan pedalaman.
II. Kawasan ini terlindung oleh Banjaran Crocker semasa Monsun Timur Laut.
III. Kawasan ini terlindung oleh Tanah Tinggi Sarawak dan Kalimantan.
IV. Kawasan ini lebih rendah dibandingkan dengan kawasan sekitarnya.
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

40 Pengeluaran hasil perusahaan desa banyak melibatkan _____
modal
penggunaan mesin
kemahiran tangan
teknologi tinggi

Soalan 41 berdasarkan kepada peta di bawah.

rajah4.jpg (19693 bytes)

41 Pilih pasangan yang SALAH tentang taburan mineral dan jenisnya.
P : Batu marmar
Q : Emas
R : Arang batu
S : Tembaga

Soalan 42 adalah berdasarkan peta di bawah.

rajah5.jpg (18659 bytes)

42 Kawasan yang berlorek di dalam peta di atas menerima hujan lebat terutama dari ______
Angin Sumatera
Angin Monsun Barat Daya
Angin Tenggara
Angin Monsun Timur Laut

Soalan 43 hingga 45 berdasarkan jadual suhu dan taburan hujan di bandar P di bawah.

rajah6.jpg (50753 bytes)

43 Bulan yang mengalami suhu yang paling tinggi dan jumlah hujan yang paling rendah ialah ______
Mei
Jun
Jun dan Julai
Mei dan Jun

44 Bandar P menerima hujan paling banyak dalam bulan _____
Januari
November
November dan Disember
Januari, November dan Disember

45 Pilih pernyataan yang SALAH tentang jadual di atas.
Bandar P menerima hujan yang banyak semasa suhunya rendah.
Bandar P menerima hujan paling sedikit semasa suhunya rendah.
Suhu bandar P boleh dianggap stabil.
Perbezaan suhu bulanannya boleh dianggap kecil.

Soalan 46 dan 47 merujuk kepada rajah di bawah.

rajah7.jpg (35926 bytes)

46 Apakah jenis hujan yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
Hujan perolakan
Hujan bukit
Hujan Khatulistiwa
Hujan gerimis

47 Pernyataan-pernyataan berikut adalah benar tentang pembentukan hujan sperti dalam rajah di atas KECUALI _____
permukaan bumi dipanaskan oleh matahari.
hujan ini biasanya berlaku pada waktu petang atau malam.
kawasan ini dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.
wap-wap panas yang terkandung di dalam udara panas akan terpeluawap menjadi awan.

Soalan 48 dan 49 berdasarkan rajah ini.

rajah8.jpg (28339 bytes)

48 Apakah kaedah perlombongan yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
Lombong dedah.
Lombong syaf.
Mendulang.
Pam kelikir.

49 Mineral apakah yang dilombong menggunakan kaedah di atas?
Bijih besi
Bijih timah
Tembaga
Emas

50 Antara berikut yang manakah tasik semulajadi yang terdapat di Malaysia?
Tasik Temenggor.
Tasik Kenyir.
Tasik Chini.
Tasik Chenderoh.

51 Projek penjaaan kuasa tenaga suria dijalankan di kawasan-kawasan _____
I. Pulau Langkawi           II. Pahang          III. Kuala Lumpur         IV. Sarawak
I dan II
I dan III
II dan III
I dan IV

52 Pilih pasangan yang betul lokasi dan kawasan berikut.

I. Persimpangan jalan keretapi - Johor Bahru
II. Sepanjang sungai - Kota Bharu
III. Jambatan sungai - Temerloh
IV. Muara sungai - Kuala Lumpur

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

53 Antara berikut yang manakah di antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh PERHILITAN Malaysia untuk melindungi dan memelihara hutan di Malaysia?
I.   Menghadkan pewartaan hutan simpan dan membanyakkan hutan rimba untuk pembalakan.
II.  Mengajar petani pindah menjalankan kegiatan pertanian pindah yang betul.
III. Menghadkan lesen pembalakan.
IV. Memberi perlindungan khas kepada hidupan liar dan fauna yang hampir pupus.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

54 Lemak binatang dan lemak ikan paus yang ditangkap oleh penduduk di kawasan Tundra dijadikan ______.
I. pakaian     II. makanan panas          III. minyak petrol          IV. minyak sapi
I dan II
II dan III
III dan IV
II dan IV

55 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan untuk _____
I. menentukan gred ikan.
II. menentukan jumlah tangkapan ikan.
III. membantu nelayan untuk memasarkan ikan.
IV.mencari pasaran baru seperti di Singapura dan Thailand.
I dan II
II dan III
I dan IV
II dan IV

56 Kepupusan flora dan fauna di Malaysia adalah disebabkan oleh aktiviti
I. pertanian pindah            II. pembalakan         III. perlombongan                   IV.pelancongan
I dan II
II dan III
II dan IV
I dan IV

57 Tiga kawasan perindustrian yang terletak di Lembah Kelang selain daripada Kuala Lumpur ialah _____
I. Shah Alam         II. Pelabuhan Kelang        III. Sungai Besi            IV. Petaling Jaya
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV

58 Faktor yang mempengaruhi penanaman kelapa sawit ialah _____
I. kilang yang moden.
II. kos penyelenggaraan yang tinggi.
III. tanah rata dan berair.
IV.buruh yang ramai.
I, II dan III
I, II dan IV
I, II, III dan IV
II, III dan IV

59 Tumbuhan semulajadi yang terdapat di Malaysia adalah berbeza mengikut kawasan. Antara faktor-faktor yang berikut yang manakah mungkin sekali mempengaruhi fenomena ini?
I. Tanah tanih.        II. Ketinggian.         
III. Arah tiupan angin.         IV. Kedudukan dari laut.
I dan II
II dan III
III dan IV
I, II, III dan IV

60 Antara yang berikut ciri yang manakah menjadikan Pualu Pinang terkenal?
    I. Pusat kraftangan                II. Pusat pelancongan       
III. Pusat Perindustrian           IV. Pusat Perikanan
I dan II
II dan III
III dan IV
II dan IV

1