BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA
Latihan ini mengandungi 10 soalan. Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan.
Klik pada jawapan yang tepat.
1
Gunung _____ ialah gunung yang tertinggi di Malaysia.
Korbu
Tahan
Murud
Kinabalu
2
Semenanjung Malaysia terpisah dari negara jirannya Singapura oleh Selat
Melaka
Tebrau
Sunda
Johor
3
Pada keseluruhannya sebahagian besar bentuk muka bumi Malaysia adalah
bergunung-ganang
beralun-alun
bertanah pamah yang luas
bertanah paya yang luas
4
Banjaran ini merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia.
Ia merupakan banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Pernyataan di atas adalah sesuai dengan ciri-ciri Banjaran
Crocker
Tahan
Titiwangsa
Bintang
5
Negeri yang terbesar di Malaysia ialah
Johor
Sabah
Pahang
Sarawak
6
Ketinggiannya 4104 meter.
Merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung berkenaan terletak di kemuncak Banjaran
Titiwangsa
Crocker
Kinabalu
Everest
7
Manakah antara berikut tasik buatan manusia?
Tasik Cenderoh
Tasik Chini
Tasik Kenyir
Tasik Bera
8
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang BENAR tentang keadaan negara Malaysia?
I. Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang sesuai untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi.
II. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari Sabah dan Sarawak oleh Selat Sunda.
III. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan dua buah wilayah persekutuan.
IV. Banjaran-banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan banjaran gunung lipat muda.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
9
Berikut adalah kepentingan kawasan pinggir laut KECUALI
menjadi tumpuan pelancong
untuk kegiatan perikanan
perlombongan bijih timah
tapak pelabuhan
10
Sungai ini adalah sungai yang terpanjang di Sabah.
Ia penting untuk menghanyutkan kayu balak.
Huraian di atas adalah berkaitan dengan
Sungai Kinabatangan
Sungai Rajang
Sungai Baram
Sungai Padas