KEHIDUPAN DI KAWASAN GURUN
UMUM
- Gurun ialah kawasan yang rata, gondol, gersang, tandus, berpasir dan berbatu.
- Terletak di antara garisan lintang 15o-30oS.
- Kedudukannya jauh daripada lautan.
- Angin laut yang bertiup dari laut hilang kelembapannya bila sampai di pedalaman benua.
- Hampir tiada tumbuhan kerana terlalu kering.
- Ada 2 jenis gurun, iaitu :
- Gurun panas
- Gurun hawa sederhana
7. Ada 12 buah gurun utama di dunia :
- Gurun Sahara di Afrika terpanas dan terbesar di dunia
- Gurun Arab di Arab Saudi
- Gurun Iran di Iran
- Gurun Kalahari di Afrika
- Gurun Namib di Afrika
- Gurun Besar Australia
- Gurun Atacama di Amerika Selatan paling kering di dunia, hujan kurang 125mm
- Gurun Mohave di Amerika Utara
- Gurun Gobi di Mongolia
- Gurun Patagonia
- Gurun Thar
- Gurun Turkestan
IKLIM GURUN
- Iklim panas dan kering sepanjang.
- Suhu siang sangat tinggi (35oC-40oC) kerana langit tak berawan.
- Suhu malam sangat sejuk (10 oC-16 oC).
- Julat suhu harian sangat besari kira-kira 23 oC.
- Jumlah hujan terlalu kurang (kurang drp 250 mm) turun sekali-sekala dalam beberapa bulan
kerana angin yang lalu kering.
- Selalu berlaku ribut pasir.
TUMBUHAN SEMULAJADI
- Tumbuhan jarang kerana iklim panas dan kering.
- Tumbuhan semula jadi kaktus, rumput dawai, semak samun berduri dan rumput kasar.
- Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair (dapat simpan air
dan kulit tebal untuk halang air daripada tersejat.
- Rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah.
- Pokok akasia bantut dan palma yang batangnya berkulit tebal.
- Tumbuhan yang berkulit benih yang tebal, tahan kemarau dan tumbuh bila ada hujan.
- Cara penyesuaian dengan iklim :
- Akar panjang mencari air dalam tanah.
- Tumbuhan tidak berdaun tapi berduri.
- Berdaun kecil, berlilin atau berbulu kurangkan perpeluhan.
- Batang berbendalir besar dan besar untuk menyimpan air.
OASIS
- Oasis kawasan sumber air di gurun.
- Aras air bawah tanah hampir sama permukaan bumi.
- Penduduk sekitar oasis dapat menjalankan pertanian tanaman kurma (paling utama),
sayur-sayuran, buah-buahan, barli dan jagung.
- Di oasis rumah dibuat daripada batu dan tanah liat.
- Bumbung rata untuk menakung air hujan dan mengeringkan barang.
- Ribut pasir atau simoon berlaku di kawasan gurun.
- Tembok dibina di keliling oasis untuk melindungi kawasan pertanian dari ditimbus pasir.
CARA HIDUP PENDUDUK
- Didiami oleh puak-puak yang tertentu yang hidup dengan pindah ternak dan mengumpul
makanan.
- Pertanian hanya bertumpu di kawasan oasis - dengan tanaman utamanya kurma.
- Pertanian tetap dijalankan dengan bantuan pengairan, terusan atau telaga seperti yang
dijalankan di
- Lembah Nil (Mesir)
- Lembah Tigris-Eupharates (Iraq)
- Lembah Indus (Pakistan)
- Perlombongan yang dijalankan :
- Petroleum - Gurun Sahara dan Gurun Arab
- Tembaga dan Nitrat - Gurun Atacama
- Emas, perak dan plumbum - Gurun Besar Australia
- Ada 2 jenis petempatan :
- petempatan sementara - bina khemah dan mengembara bersama binatang ternakan untuk cari
air dan padang rumput.
- Petempatan kekal - bina rumah drp tanah liat, berdinding tebal dan berbumbung rata yang
boleh menakung air hujan.
Kehidupan orang Badwi
- Orang Badwi gemala nomad di Gurun Arab dan bahagian timur gurun Sahara.
- Badwi bererti pengembara.
- Mereka menternak unta, kambing biri-biri dan kuda.
- Binatang membekalkan minuman dan makanan seperti susu dan daging.
- Kulit binatang dibuat pakaian, kasut dan bekas menyimpan air.
- Unta binatang sangat penting digelar kapal gurun, yang dapat membawa beban
dan berjalan beberapa hari tanpa makanan dan minuman.
- Orang badwi berpin dalam kumpulan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mencari rumput
bagi ternakan mereka.
- Mereka tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kulit binatang.
- Mereka menjalankan perniagaan dengan saudagar yang dipanggil kafilah.
- Kafilah mengembara dalam kumpulan untuk berniaga.
- Kini ramai orang badwi menetap di oasis.
Kehidupan kaum lain di gurun
- Orang Bushmen tinggal di gurun Kalahari memburu binatang.
- Orang Hottentot mengembara sambil menternak binatang di gurun kalahari.
- Orang Bindibu di gurun besar Australia memburu binatang.
Puak/kaum |
Kawasan |
Kegiatan |
Badwi |
Gurun Sahara
Gurun Arab |
Gembala nomad yang menternak binatang |
Kafilah |
Gurun Sahara |
Saudagar yang mengembara dan menjual
barangan kepada penduduk di gurun |
Bushmen |
Gurun Kalahari |
Memburu binatang dan mengumpul makanan |
Bindibu |
Gurun Besar Australia |
Memburu binatang |
|