... Sejarah Ringkas ALRISHA
Kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1970.
Pada tahun 1972 sebuah bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, makmal dan dewan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun ini juga PIBG ditubuhkan dengan di Pengerusikan oleh En A Aziz bin Abu Bakar. Mesyuarat jawatankuasa PIBG pertama telah mengambil keputusan untuk menukar nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan dan Inggeris Panchor kepada Sekolah Sultan Alauddin Riayat Shah I sempena dengan sejarah tempatan.
Pada 9 Jun 1990, SMK SARSI telah dirasmikan oleh YAB En Abd Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. YAB En Abd Ghafar juaga telah meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menambah kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Pada hari yang sama pihak sekolah juga telah memajukan permohonan untuk mendapatkan sebuah padang seluas 5 ekar bagi menambah padang yang sedia ada yang saiznya agak kecil.

halaman sebelum
|  lokasi  |  sejarah  |  lencana  |  lagu  |  alrisha  |
1